20090626

PENGE-TAG-AN

Di-tag oleh Nanie-Yang-Di-Rindui. Oh dan ada beg tangan yang sangat kacak.
Ehem ehem Power Rangers Putih, saya mahu satu bolehkan?
Jika tidak, kasut pun boleh. Saya tak memilih. wahwah

1. Bekas kekasih saya adalah : Lelaki? 2. Saya sedang mendengar : Bunyi kipas. Terlalu pagi untuk mendengar muzik. 3. Mungkin saya patut : Mandi manda dan mengoda Power Rangers Putih agar misi-misi pembeli-belahan berjaya! 4. Saya suka : Memasak, makan, bergosip bersama Power Rangers Putih dan pulang ke Kuantan jumpa mummyabah. 5. Sahabat-sahabat baik saya : Mungkin sudah bangun dari tidur. 6. Saya tak faham : Kenapa mesti kejam. Contoh: bakar kucing ke ape. Macam bangang gila. hem 7. Saya kehilangan : Kekacakan telefon gengam saya setelah telefon gengam patah. herm 8. Ramai yang berkata : Babi sebagai ayat carutan. 9. Makna nama saya : Cahaya. Entah kurang pasti. 10. Cinta itu adalah : Power Rangers Putih saya. 11. Di suatu tempat, seseorang sedang : Pergi Avon. uh 12. Saya akan cuba : Mengawal emosi saya. 13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : Forever (21) uh.
14. Telefon bimbit saya : Patah. eh 15. Bila saya terjaga dari tidur : Segara tgk blog dan FB. Ya saya tahu saya teruk. herm 16. Saya paling meluat apabila : Orang buat pandai. 17. Pesta / Parti adalah : Menyeronokkan? 18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : kutcheng. 19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Ketika kecil.
20. Hari ini : Saya akan bayar bil dan berjalan-jalan bersama Power Rangers Putih. Oyeah. 21. Malam ini saya akan : Menemani Power Rangers Putih ber-futsal. 22. Esok pula saya akan : ke URBANSCAPES? woot woot 23. Saya betul-betul inginkan : Ketenangan minda.
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : Ya Rabbi. Ada jerawatla puloik. Kambing betul. 25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : Arked Permainan.
26. Makanan Barat atau Jepun : Jepun pun sodap. 27. Bilik yang terang atau gelap : Gelap.
28. Makanan segera adalah : Tidak baik untuk kesihatan. 29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : Woi tido tak cakap gud nite pun. Cis. (Dialog Semalam) 30. Siapa yang anda mahu Tag? : Sesiapa.

Wah wah. Selesai sudah.
Bye.

20090624

BULAN JUN

Banyak yang berlaku sekitar hari-hari yang dah terlepas.

Antaranya :

1) Abah dan Mummy serta seisi keluarga yang mana cuma 2 org adik lelaki melawat ke KL.
Biasa saja bukan? Cuma yang luar biasanya Power Rangers Putih turut serta. Agak menakutkan la. Tapi segalanya berjalan lancar. Famly aku dah angkat kad hijau dah. Kira kalu dalam ujibakat AF kira cam dah lepas la. Alhamdullilah.


Dua lelaki kesayangan


Belanja adik-adik makan untuk mendapat undia lebih


Ke Pusat Sains Negara.
Adik nak jumpe ayah Bio-Nik?
watafishoo?

2) Birthday Power Rangers Putih. Istimewa sikit tahun ni. Sebab Abah aku kasi kek dan belanja minyak full tank. Kehkeh. Power Rangers Putih biasalah. Berpeluh-peluh. Ketakutan. Nasib bukan kegersangan. Kehkeh.

3) Tengok Transformers semalam. Ni malas nak ulas. Aku kasi 5 bulan la. Besar sikit dari bintang. Betul tak? Kehkeh

Itu ajelah yang major. Banyak lagi yang minor-minor. Kalu nak tahu bolehlah kontek aku. Aku cerita satu-satu.

Tata.

20090616

DIMENSI YANG LEBIH DARI SATU

Terlalu sibuk untuk menaip entri baru. Melayan budak bercuti sekolah. Terlalu banyak aktiviti. Beberapa keping gambarajah. Kongsi ramai-ramai. Cerita minggu lepas punye ni. Baru nak menujuk.

Ahaks~ (Gelak gedik dunia vitual)


Cyclops. ke Cycles.
Eh bende bende la kentut.



Flash melampau. Biasalah nak nampak putih.
Kini saya dua tona lebih cerah.
wtfwtf.

20090603

GEDIK GEDIK