20101019

ITS 11:40 AM

Mengantuk siot. Kelip-kelip mata aku nak elak tertidur.

Harini nak start buat apa yang patut. Bulan depan akan buat semua benda yang patut.

Aku harap aku ada lebih banyak masa dan lebih banyak wang untuk clearkan semua yang tak clear dan juga untuk beli semua barang yang patut. Tapinya aku bersyukur sangat sangat bersyukur dengan semua yang aku ada sekarang.

Dan aku kadang-kadang terbeban bila fikirkan soalan yang aku tak tahu jawapan.

Aku akan teruskan hidup seperti biasa dan bersama mereka-mereka yang penting dan bermakna untuk aku. Cewah.

Bak kata Scarlett Johansson "It's nice to have everybody not know your business."

Kiukiukiu

20101018

ILL EAT YOU UP. I LOVE YOU SO











Bulan depan aku start diet :'




20101014

CRUNCHIES MEAL












Lunch bersama kakak-kakak. Ini sangat love yo!


OCTOB-ER

Lama tak menulis.

1) Si Garam di tawarkan kenaikan pangkat, namun terpaksa berpindah dan kami berjauhan. So ini sangat sob sob sob :(

2) Harap-harap semua perangcangan akhir tahun dan tahun depan dapat terlaksana dengan jayanya :)

3) Kerja menyeronokkan. Kakak kakak serta bos-bos di pejabat sangat awesome.

4) Banyak masa habiskan dengan meluangkan masa dengan Garam. Memang double awesome.

5) Garam cakap jangan peduli sangat benda-benda yang tak penting. Bersyukur je dengan apa yang ada.

Hoyeh.

20100927

INVISIBLE TO EVERYONE

Hai Selamat Hari Raya yo.

Memang malas nak menaip. Banyak benda nak cerita. Tapi biasalah. Pusing-pusing kot tu ja.
Raya. Biasalah. Makan macam-macam dan kemudian rasa bersalah pada diri sendiri.Tapi raya tahun ni special sikit. Sebab. Raya rumah bakal nenek mertua yang dipenuhi 7 adik beradik belah mak (ehem).

kui kui kui

Tahun ni raya kena bagi duit raya kepada kanak-kanak.

Cuti lama. Tapi banyak masa di habiskan beraya bersama si garam.

Kemudian, lepas raya ekonomi pun meleset.

Bulan ni, aku mengharapkan yang terbaik untuk semua ya.

Dan ada benda nak cerita tapi... simpan dulu lah ya. Biar betul-betul jadi dulu.
hihu.

20100907

THURSDAY OR FRIDAY?

ffffound


20100825

KATAKAN DENGAN INDAH




20100816

LOVE IS SLOWEST FORM OF SUICIDE

Hai.

Nak tulis entri emo. Memang hari-hari rasa emo sekarang ni. Macam-macam datang. Bertalu-talu. Satu-satu. Kehidupan biasalah kan Senah.

Tahun ni,rasanya sangat mencabar. Raya ni nak pergi Terengganu pun rasa malas. Tak sangka, bilamana orang boleh jadi sangat kecil corak pemikirannya. Dan bilamana semua yang mereka nampak hanyalah keburukan walaupun 4 juta guni kebaikan yang di curahkan. Aku terpaksa yakinkan diri sendiri yang mana, orang berubah. Dan kecenderungan untuk menjatuhkan satu sama lain terjadi bilamana perasaan cemburu dan syaiton nurojim merasuk diri. Muahaha (Gelak Syaithon)

Bulan puasa tahun ni rasanya, bulan puasa paling mencabar untuk aku dan Abah. Demi Allah dan Rasulnya, aku cintakan Abah selamanya. Seumur hidup aku. Sampai nafas aku yang terakhir. Dan Abah ialah anugerah yang paling tiada tolok bandingnya bagi aku. Dan Abah lah sebab aku ada disini. Atas titik peluh dan jasa dialah aku hidup. Abahlah segalanya.

Dan Mummy juga.

Yang tak pernah jemu dengan kerenah aku. Dia. Yang berdiri di hadapan aku. Yang menyambut aku bila aku terjatuh. Secara realitinya, dia tak sambut pun. Gelak-gelak. Geleng-geleng kepala. Dan bebel. Memang tak sambut. Berat katanya. Tapi aku tahu dia ada. Jika di takdirkan benar kita berjauhan, kita laluianya bersama ok. Memang bukan ini kehidupan yang kita mahukan. Jika berlaku. Kita . . . . . . . . .

Kita tak akan mati.

And we'll die, we'll die together. ----------

Aku pun tak tahu sejauh mana aku boleh bertahan.

Dan untuk yang pergi. Bye bye jelah. Wa tak heran.

With your mercy God, we become happy. Our hopes can survive, our works can be accepted and our conditions can become better.

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan.

20100811

RAMADHAN

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan ini bulan yang terlalu mencabar.

Dan syukur kepada Tuhan, untuk kesayangan yang teguh berdiri bersama.

20100804

SOPH

Soph,
Hidup memang aneh. Dulu kita rapat. Satu masa kita tidak. Sekarang kita kembali. Atau aku sahaja yang aneh.

Soph,
Biar mana jauh kehidupan bawa aku pergi. Tapi kau tetap ada sini. Dekat dengan hati.

Soph,
Suatu masa ya, aku salah. Aku minta ampun minta maaf.

Soph,
Biar siapa kita akan datang. Aku harap kau ada. Kerana, aku perlukan kau. Walaupun aku tidak kelihatan seperti perlukan kau. Jauh mana aku lari, kau tetap ada. Teruk mana aku cuba lupakan, kau tetap ada.

Soph,
Segala apa yang kita lakukan. Hanya kau yang tahu keseluruhannya. Walaupun kini mungkin berbeza.

Selamat Hari lahir Soph.

I suppose u could say it only took a second and it was just a few letters and figures. But I thought about you so hard in those few moments everyday.

I love you.

20100727

ABNORMAL



Suka. Bukan sebab ada karaoke boleh melalak sama-sama. Bukan sebab Peterpan. Bukan sebab Ariel. Bukan sebab siapa-siapa. Suka. Sebab lirik nya.

Dan mungkin kerana Ariel juga. Hoh

Bye

MIRACULOUSLY

Bila kita tak tahu apa yang kita mahu dan apa yang kita perlu. Susah kan?





Aku? Selalu sangat rasa macam ni. Bila kita dah ada barang yang kita perlu dan kita mahu tapi kita masih lagi mahukan barang yang kita tak tahu kita perlu dan kita tak tahu kita mahu.





Pelik kan?





Tapi manusia lagi pelik. Aku pelik. Kau pun pelik. Atau aku je yang pelik dan rasa kau pelik. =_=




20100722

BLAX HRT

I somehow see what's beautiful in things that are ephemeral

20100721

FELIS CATUS

















Boleh tak jangan comel sangat? Kadang-kadang tak tahan. Rasa nak gigit.
Gigit boleh?
Dan. Sekarang banyak perasaan pelik. Tapi masih rasa nak mengigit.
Gigit boleh?
:O







20100718

RAZ O


I just can't listen to the words of fools
I don't give away too much


20100716

A FOR AMBRELA

Entri kali ini nak tuju khas untuk A.

Tiada bengkang bengkok. Lurus dan terus untuk A.

Aku memang jarang lah nak mengarang kisah jiwang atau carca merba kehidupan romatika aku dengan A. Sebab nya mudah. A tak romantik. Selama enam tahun bersama, rasanya baru 2 kali dapat bunga. Kata-kata manis berbunga pun bila paksa baru boleh dengar. Tu pun dengan nada mendatar ataupun muka tiada riaksi. Sendol la. Tapi aku selasa. Ehem selesa.

Entri ini aku nak ingatkan diri sendiri yang macam mana aku rasa untuk A.

Rasa sama tak pernah hilang. Noktah.

Kadang-kadang bila aku bangang, aku mengidamkan A jadi lebih romantik. Namun setelah ditimba, aku rasa bukan itu yg aku mahukan. Hoh kekeliruan gender betul. 

Kadang rasa bersalah bila buat salah. Sepatutnya memanglah rasa bersalah. Tapi bila fikir rasa rasa kesian bilamana aku terlalu bingai. Pelik. Macamana A boleh tahan dengan aku. Hoh

Tiba-tiba dah malas nak taip. Hoh

Untuk A, iloveyoulikekrezi.

20100712

RANDO-M-ODNAR








Untuk kita-kita yang rajin kerja.
Dan Ya!
A untuk Amir.

20100709

ANY--------

Selamat Ulangtahun ke 6 ye kekasih.

Iloveyoulikecrazy.

20100702

ZYX

Bangun untuk sebuah pekerjaan. Dan kehidupan yang lebih baik. InsyAllah.

Oh dan bangun untuk kena bebel siap lambat -_-"

20100628

MY URB













Gambarajah : Sophia Zahayup's


1) Kaunter tiket.

2, 3, 6) Arts.

4) Junk. Tahun lepas pun ada.

5) Tilu!

7) Gila. Namanya Amir.

8) Love. Namanya Sophia.

9) Arabyd. Terlepas. But Amir stay untuk Arabyd. Sedih.

10) Terlepas Arabyd untuk Muallaf by Arwah Yasmin Ahmad.

11) Cinta Gila.

12) Lagi gila. I love Kajang ( lah sangat) -_-"

Tapi semuanya sangat LOVELOVELOVE.



20100622

HAPPY BIRTHDAY TO

  


Tahun ke 6 sambut hari lahir bersama. Many syukran. Lagu masa first date. Ini adiah ekau. HOH

Passion spins around love and I am dizzy always around you.

HAPPY BIRTHDAY ASAMBOI.

I love you forever, everyday of forever :* :* :*



20100616

MIX & MATCH BEBE


Main online mix and match. Menyeronokkan juga. Nak main?

Kalau nak main, main kat sini ;

YEAHYEAHYEAHS



CARRY ON, CARRY ON AS IF NOTHING REALLY MATTERS

"Taip panjang-panjang pun tak guna kalau tak ada point."


Kawan aku cakaplah. Aku angguk tanda setuju.

Aku nak taip pendek sahaja. Tapi kalau terpanjang pun tak kesahlah kan. Kita sama-samalah cari point.

Tak gitu kawan?

HORMAT

Bagi aku paling penting. Tak kesah la kau bijak pandai macamana pun, ambil kos canggih-canggih, tapi jangan rasa diri terlalu bagus sampaikan tak hormat orang di sekitar. Pemunggut sampah pun kau kene hormat. Atas dasar kemanusiaannya.

Itu pun kalau kau manusia lah kan.

Hormat ni pelbagai segi. Nak terang kan satu-satu memang tak senang. Aku rasa hormat ni perbuatan dua hala. Rasanya bukan belajar dari sekolah. Sebab kadang-kadang cikgu tak hormat murid sedangkan murid digesa hormat cikgu. Bila budak kelas bawah cikgu mengajar pun lebih kurang. Tak cerdik, cikgu tak tumpu sangat. Pada pendapat aku jela.

Tak taula pada pendapat kau.

Aku ada dalam situasi yang mana seorang ini secara terang-terangan menghakimi perempuan yang tak berhijab. Pendapat dia mudah sahaja.


"Perempuan berhijab baik yang tak berhijab jahat. "


Dia tanya pendapat aku. Aku secara jujurnya menjawab.


"Ibu bapa saya tak mengajar saya supaya menilai manusia dari segi begitu. Oh lelaki kegemaran saya pun fikir kita tak patut nilai manusia dari luarannya sahaja."


Dia diam.Aku diam. Sama-sama diam. Malaikat lalu kot. Entahla. Tuhan sahaja yang tahu.

Aku fikir kenapa dia fikir macam tu? Lelaki kegemaran bersuara.


"Mungkin dia tiada dalam situasi kita kot."


Mungkin juga aku fikir. 

Aku jumpa ramai je perempuan berhijab buat dosa-dosa kering. Dan ada juga je yang kasi nasihat ilmiah tentang pandangannya terhadap situasi berpasangan secara kebaratan namun dia pun lakukannya. Mungkin sekali sekala. Namun, buat juga. Jadi apa bezanya. Ibarat bercakap di hadapan cermin. Masam betul.

Tapi kita semua manusia. Ada hati ada perasaan. Atitude tidak diukur dari segi cara pemakaian dan corak pergaulan. Segalanya ada dalam hati masing-masing. Niat dan pegangan. Dari situ menunjukkan siapa diri kita sebenarnya. Ha baru boleh buat penilaian. Penilaian Menengah Rendah. Heh

Malas nak sentuh soal budaya hormat menghormati antara sahabat. Kang banyak pula isu aku taip. Kang ada pulak yang tak puas hati.

Budaya hormati tuan rumah. Ah ni pun malas nak cerita. Kawan-kawan pandai bukan? Bijak-bijak semua. Jadi fikirla sendiri.

Semua dah besar panjang. Pandai-pandai la fikir. Nak nasihat lebih-lebih, beri pandangan panjang berjela kang ada yang tersalah anggap pulak.

Dunia ini luas. Lihat dunia dulu. Jangan rasa diri terlalu bagus. Keputusan segala peperiksaan masa di sekolah mahupun di universiti bukan penentu sejauh mana bagus dan geniusnya kita berfikir tentang kehidupan. Kehidupan banyak definasinya.

Hormat tu nombor satu.

KOKPANDAMULAH.

X

20100614

CLOTHSLINE

KL - Kuantan - Pekan - Rompin - Kuantan - KL

 

Tanjung Lumpur - Ikan bakar dengan petai


Anak abah yang paling manja ( read: mengada)


Anak abah yang paling nakal ( read:sopan )


Anak mummy paling banyak bulu :O

Kacip Fatimah


SMS Sharifah Ain Nabila la tu. Oh lupe kredit takde kan? 


Tengok World Cup dengan gigihnya


Kesian anak mummy kene tunduk untuk kasi laluan pada menantu mummy HOHO


Budak-budak miang


Budak-budak miang


Sesat cari jalan pulang


Meroyan 


Jangan gemuk pls. Saya suka yang macam ranting. 

Eh, dah pandai senyum!


Puan Normadiah-ku






Berhibur sepanjang hujung minggu. Seronok serius tak tipu. Sangat cinta bila dapat kumpul semua koleksi kesayangan. 

Ke Pekan melawat kuburan moyang Asamboi. Tapi straight ke Rompin pula bila mummy meyakinkan semua, yang nenas di depan rumah Rafaeh Buang manis-manis belaka. -_-"

Malam, pergi Tanjung Lumpur. 

Ahad pergi bawa kanak-kanak menonton Price of Persia. Jake, I-LOVE-U disitu. Dek tertipu dengan tarikh sebenar Hari Bapa, maka kami beli kek untuk Abah. 

Petang, pukul 5 lebih kot. (Tah) bertolak pulang ke Kota Berlumpur.

Isnin, kerja. SEDIH.

 


P/S : Serima Sasih @weirdscyno untuk VAIO. Saya suka! *lompat bintang* OH CHUP! Adakah ini petanda yang koi kene beli hadiah untuk aok semperna Hari Jadi aok bulan ni? HMP HMP