20081220

BERITA TAK TERGEMBAR LANGSUNG

Shisha is 100 times worse than cigarettes.

http://www.arabianbusiness.com
Aku ingat xde pape. Ternyata aku silap. Hampeh betul.




AKU DAN TOPI BRAINSCAN-KU

Perut mula berkeroncong lagu 3 kupang. Lapar. Malam semalam menghabiskan masa dengan Power Rangers Putih dan Kumpulan Kung Fu Panda. Jadi aku seronok apabila kami sama-sama mengupas dengan lebih mendalam sebuah buku yang di rahsiakan tajuknya.

Maka hari ini baru bermula. Belum mula mandi. Mungkin sebentar lagi. Aku tonton Upacara Akad Nikah Mawi Ekin. (Atas desakaan Mummy). Dan meluap-luap perasaan ingin berkahwin. Aha!

Power Rangers Putih sila masuk meminang ye. Alamat surat menyurat boleh hubungi talian telefon saya ye. Details saya akan maklumkan kemudian. Terima kasih.

Mampos aku kalu Mummy tahu. Duit nak makan pun minta Abah. Bangun pagi pun Mummy kejutkan. Ada hati nak bersuami pula. Mampos suami aku kelaparan nanti gara-gara kene makan makanan segera sahaja. Oleh itu, aku berinisiatif untuk mempelajari skill-skill masakan yang bagus-bagus.

Tapi tunggu la dahulu.

20081219

ADUAN RINGKAS TERHADAP BLOG

Maka hampir berakhirlah 2008. Banyak juga yang terjadi di tahun ini. Semuanya pengajaran untuk aku. Wah! Aku belajar dari semua kesilapan. Dan mungkin tidak ulang kesilapan sama. Insyalaah.

TV yang baru di beli tak sampai setahun ini buat hal pula. Gambarnya macam bengong. Atas gambar kelihatan besar. Bawah kelihatan kecil pula. Aku sudah report. Orang LG tu telepon aku. Dan aku terangkan kepada amoi itu. Dan dia ketawa terbahak-bahak. Ayo! datang ajela baiki. Dalam hati jela cakap cmtu. Tapi hingga ke hari ini masih tiada tanda-tanda. Sungguh memeningkan. Macam mana nak tengok Mawi kawin ni. Ahaks.

Best je macam kalau dapat kawin. Power Rangers Putih masuklah meminang. Kita bina istana cinta kita bersama. Cewah. Sekiranya ada raksasa datang membuat onak, kita lawan bersama menggunakan kuasa kita. Kalaulah ada kuasa kan. Ni macam kuasa pun tak ada. Duduk umah sewa, orang tak nak bayar sewa pun tak tahu macam mana nak lakukan.

Aih susah nak kasi orang faham. Mintak sewa rumahh dah 2 bulan. Tak nak bayar. Penat la bai nk kene dahulukan duit sendiri dulu. Aku pun mau makan juga. Bil-bil lain juga susah gila nak bayar. Kena dahulukan duit aku sendiri dulu. Aku bersyukur tak kongsi time pasang astro haritu. Jika tidak mahu nya astro kene potong. Mujur aku pasang aje dalam bilik. Tak yah sharing is caring. Sebab aku memang tak caring pun. Tapi kalau bawa kawan ramai-ramai datang rumah memang kau selamber.

Dahlah aku malas lah.

Bye.

20081218

KAWAN ATAU LAWAN?

Betapa aku tidak menulis untuk beberapa hari yang agak lama la juga. Malas dan juga pelbagai perkara terjadi dalam beberapa hari tersebut atau lebih presis beberapa bulan yang lampau. Malas untuk aku terangkan kenapa.

Tetanya kenapa aku menulis blog. Trend kan?

Jawapan jujur dari aku merupakan aku benar-benar belum pasti kenapa. Yang pasti kadang-kadang Hati Power Rangers Kuning ini sering kali mahu melontarkan sepatah dua kata. Tapi tidak pasti mahu dilontarkan kepada siapa. Power Rangers Putih pastilah akan mendengar jika aku mahu berceloteh. Namun kadang-kadang perbualan tersebut akan di akhiri dengan perselisihan kecil yang mana membuatkan aku mahu tidak makan.
(Namun tidak pernah berjaya).

Oleh yang demikian, hari ini tiba-tiba seolah-olah ada semangat yang membuatkan aku menulis dengan pantas.
(Ok baiklah aku tipu, tidak pantas kerana aku berhenti beberapa ketika untuk bermain game yang baru di beli)

Namun, point nya merupakan aku menulis. Apa tah??

Sebenarnya, aku sedang mengasingkan diri aku dengan dunia luar. Yakni, dunia yang aku mahu dan ingin buang jika boleh. Aku kiranya mahu menukar set kawan-kawan dan tidak mahu mengantikan dengan apa-apa. Kawan-kawan di Kota Metropolitan kiranya bagi aku amat kompleks untuk di fahami. Jadi untuk tidak mengusutkan keadaan diri aku, aku mahu mengekalkan sebilangan set kawan-kawan dalam kumpulan premier dan yang selebihnya dalam kumpulan sekunder. (Ah! aku sendiri xfaham. Tapi macam best)

Maksud:

Kawan Kumpulan Biasa

Mereka : Ramai. Semua yang rasa aku kawan mereka.

Jenis : Aku tidak akan berkongsi perasaan, cara hidup, kefahaman, info yang aku rasa mereka tidak perlu tahu, lebih kepada hai-hai bye-bye-type.

Tindakan : Aku tidak pilih kawan. Berkawan sahaja secara sukarela dan percuma.

Kawan Kumpulan Istimewa

Mereka : Tidak ramai. Malahan mungkin seorang sahaja.

Jenis : Yang aku benar-benar percaya nak mati.

Tindakan : Jenis yang percaya dan bertanya jika ada tak kena. Dan jika aku salah dia tegur. Dan tidak cuba terlalu kuat untuk menjadi kawan terbaik. Serta sifar perasaan cemburu.

Kawan Kumpulan Kawan dan Teman

Mereka : Power Rangers Putih shj.

Penerangan : Tiada yang lain.


Mungkin tulisan ini sangat memeningkan. Namun percaya atau tidak, tulisan ini sedikit sebayak melegakan perasaan aku yang bergelora. wah!

20081215

PEMBUKAAN YANG TAK BERAPA NAK MERIAH

Wah lama yang amat tidak menulis.

Perasaan yang sama. Walaubagaimanapun, aku rasa bersalah tidak ke institusi pengajiaan aku. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin.

*Gelak kecik*

Esok mahu berjalan-jalan. Se-ro-no-k-nye!

Tak sabar. Kene kemas-kemas baju-bajaan. Bagi perjalanan selama 3 hari.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Hati aku sering berdebar-debar untuk segala hal pada masa sekarang. Apakah ini satu dari sintom parkinson ke? Aih. Jauhkan lah.

20081202

SAPAAN YANG MUNGKIN MELAMPAU. AKU INSAF.

Hari ini. Aku tegur orang. Aku jarang tegur orang. Bahkan jika ada orang tegur aku pun aku malas nak menjawab kembali. Pura-pura mati. Bukan aku sombong. Cuma kadang-kadang aku tidak rasa ingin berteguran. Maaf ya! Tapi aku sgt kagum dengan keupayaan orang ni untuk tampil seksi. Jadi aku tegur dia. Berdebar-debar macam lah nak ambik keputusan peperiksaan. Macam kentut je aku ini. Aku tegur dia. Dia balas kembali. Kemudian bila aku yakin aku tanya soalan pula. Ok disitu baru aku sedar mungkin aku telah buat dia rasa aku nak mengorat dia. Oh! Aku tak salah kan dia. Aku yang salah.

Adoiyaii.

Tapi tidak mengapa. Sekurang-kurangnya aku beritahu dia betapa dia seksi dimata aku seolah-olah Harimau Bintang.

Senyum. Kemudian berhenti senyum.

Alamak! Kalu aku jua akan takut jika ada seseorang berperangai seperti aku menegur aku dengan cara begini.

Ampun ya saudari. Saya tidak sengaja. Mungkin akibat "cuti bulan ini" saya jadi extra teruja.

20081201

KUCING HITAM YANG COMEL, KASAR TAPI MENAWAN.MEOW.

Akibat daripada kesibukan tahap kuda kepang, maka aku tiada masa untuk bersenang diri menulis blog dan sebagainya.

Sepatutnya aku sudah mulai belajar hari ini. Tapi akibat kemalasan jadi aku tidak memulakan apa-apa. Baru minggu pertama. Mengenangkan Power Rangers Putih yang sudah boleh bersenag lenang akibat tamat pengajian, aku dalam diam rasa jeles kepadanya ( dalam cara yang baik). Mulalah aku terkenang detik-detik aku malas belajar. Siapa suruh aku pergi drop subjek-subjek tu semua. Padanlah muka aku. Kini aku sendiri menghabiskan sisa-sisa pengajian tanpa di temani teman-teman yang aku kenali. Tapi percaya atau tidak, aku sebenarnya selesa bila duduk di kalangan rakan sekelas yang aku tidak kenali. Takde lah aku bercakap banyak sangat. Sekaligus menambah kosentrasi aku di dalam kelas. Hekhek

Aku fikir hari Jumaat ini, aku mahu pulang ke Kuantan. Rindulah kepada dua ekor kura-kura yang memang busuk Ya Rabbi. Konfius aku. Arini kasi mandi 14 jam kemudian dah busuk balik. Sebab tu aku selalu mengusulkan agar keluarga kami membela seekor kucing kembali. Tapi seperti biasa msg pending. Abah cakap dah cukuplah Awau (Kata ganti diri kepada kucing). Asek kene curi takpun hilang tah kemana ataupun mengatal dengan kucing lain (Lela) yang merupakan isteri kepada kucing Makcik Som. Maka, apabila hubungan sulit mereka di hidu oleh Suami Lela, (Majnun) maka, aku rasalah Majnun ajak geng dia belasah Awau aku. Kemudian menghalau Awau dari kawasannya. Dan sampai sekarang aku tak jumpa Awau aku yang bernama Fabuloso itu.

Rahsia Besar ---> Bila aku jumpa Lela. Aku tak pandang matanya. Sebab aku rasa dialah puncanya. Aku ibaratkan Lela seperti watak Sofia Jane dalam Isteri Perempuan dan Dot Dot Dot. Bila aku terlihat Majnun pulak aku panggil dia Kucing Lembu. Sebab dia bertompok hitam putih. Aku akan pura-pura terpijak ekor dia. Dan seperti faham-faham pula, dia pusing kepala buat-buat tak sakit dan buat bunyi "Miau?" (Walaupun aku jatuh cinta bunyi merdunya namun aku tetap tegarkan hati demi Fabuloso) Dan bila Majnun buat aksi sebegitu, aku selalu bayangkan dia cakap "Itu je yang kau boleh buat? Ah tak sakit pun" dan tonggek kan punggung sambil berjalan perlahan ala-ala kawat perlahan.

Dan sekarang Mummy aku bagitahu yang Lela sudah lari ikut jantan. (Tepat sangkaan aku, Lela ialah Isteri Perempuan dan Dot Dot Dot). Majnun pula sedang bersedih. Hari-hari makan rumput. (Aku tak heran sebab dia Kucing Lembu). Lela tinggalkan 5 ekor anak yang comel hasil perkongsian hidup bersama Majnun (.....atau mungkin Fabuloso?)

DAN SOALAN CEPU EMAS MUMMY....

Mummy : Makcik Som nak kasi Awau.
Aku : Yeke? (Excited)
Mummy : Aah. Anak Si Lela. bla bla (Cerita Lela ikut jantan ......)
Aku : Perempuan Isteri dan Dot Dot Dot sungguh.
Mummy : Jadi macam mana? Nak tak? Abah cakap ikut sukala..
Aku : Ala..anak si majnun kan...
Mummy : Aah..tapi mungkin anak si Fabuloso jugak.
Aku : Oh shit!


p/s - Bagaimana ni? Aku terkeliru antara dua jalan. Aku tak mau bela keturunan Majnun. Jika anak Fabuloso, kesian la mereka-mereka. Isk! Takkan nak kene buat ujian DNA dulu baru aku boleh bela Awau. Tapi ada ke ujian DNA untuk Awau.. Masalah peribadi sungguh!