20110728

BERJELAGA

Tiba-tiba ini muncul di kepala.

" Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai "




" Kepada yang tercinta / Inginnya ku mengeluh / Semua resah di diri / Mencari jawab pasti

Cinta hanyalah cinta / Hidup dan mati untukmu / Mungkinkah semua tanya kau yang jawab

Dan tentang seseorang / Itu pula dirimu / Ku bersumpah akan mencinta "

; Anda, Tentang Seseorang.

x

ADUAN RAKYAT

Bukan nak mengadu. Cuma rasanya nak geram sahaja.
BBM macam lahabau. Tak deliver. Keluar gambar bentuk jam.
Bila saat memerlukan, time tulah keluar jam.

Jamban benar.

Ataupun dia pergi sent tak ikut turutan. Kelihatan seperti "Eh-kau-ni-dah-kenapa"

Tahi.

Ah. Hidup memang macam ni agaknya. Tak selaunya gembira. Serupalah bbm. Tak selalunya deliver.

Heho.

20110727

MONKEYS

Yellow.




Lagu dua hala.


And you've got the face on. So Yeah.

XXX

20110725

MENDULLA OBLONGATA

Bukan kakitangan TNB. Tapi tumpang bergembira di hari keluarga majikan Abah. Buat kat Gambang Waterpark. Memang syok.

Bila perasmi majlis sebut. "Gimik kita pada tahun ini. Lihat di belakang saya" Kami pandang. Takde apa-apa sebenarnya. Perasmi menyambung. "Ada ombak!" Kami WOW -_-

Kami join banyak aktiviti sebenarnya. Cabutan bertuah dapat hamper. Takde rezeki dapat penyedut hampagas ataupun tv ataupun segala bagai perkakas eletronik. Namun tetap syukur. Bertuah juga.

Tapi dalam banyak-banyak, bawah ni aktivi antara Amer dan Abah. Aku dan Nasrul duduk tepi keras perut gelak. Sebab kelakar :|

Akhirnya, Amer kasi Abah menang. #EhYeke.



Dua-dua aku sokong. Dua-dua aku punya. Dua-dua aku sayang. Dua-dua sayang aku. Heh

XX

20110718

K

Hellos.

Against Tomorrow by Khottal

"And it makes me feel so fine I can't control my brain". - W


XX


WITH STRANGERS

16/07/2011
Relay For Life Malaysia 2011.
Stadium UKM, Bangi.

Beri kesedaran pada aku terutamanya.





Lingkungan jam 9++ malam, lampu stadium di tutup. Luminaria di nyalakan. Bila pusing satu round baca setiap luminaria, memang boleh meruntun jiwa.








Kalau tak tahu apa itu Relay For Life, Google. Tak kena bayar pun.

:'(

XX

SOPHIA AND ALI

Minggu lepas. Tak pergi Urbanscapes. Tapi tapi aku hadir untuk Majlis Pertunangan Sophia dan Ali. Sophia super cantik! Aku tumpang gembira! Kawan masa UNITEN. Salah seorang yang terawal dan terbaik pernah aku kenal.









Bijak pandai pernah bilang :

"Sometimes you find yourself keep coming back to certain people but you don't care,
because you are comfortable with the awkwardness."

I love you Fea :')


Gambar ambil dari Facebook Fiqi.

20110715

LITTLE BUNNY FOO FOO

Salam. Hello.

Harini seperti mahu mengimbau kenangan lalu. Lagu kegemaran suatu masa dulu. Bila murung dengar. Sebab saje je. Nak tambah feel murung. Heh.

Pelik tapi benar.

The Moldy Peaches - Nothing Came Out by wilfredallen

Bait-bait lagu ada bilang "I'm just a huge manitee. A huge manitee."

Aku rasa nak kurangkan berat badan. Bukan tak bersyukur. Cuma yeah. Ingin kurus dan langsing. Itu sahaja. Masalah dalaman aku.

Selamat Hari Jumaat.

XX

20110714

ONLY ONE WHO KNOWS

Terbiar.
Tak dibaja. Tak dijaga.
Bukannya hamba. Bukannya patung bernyawa.
Pinjaman Tuhan semata.
Tak tentu kekalnya sampai bila.


" You may hate a thing although it is good for you, and love a thing although it is bad for you. God knows but you know not. "(2:216)

XX

20110713

SIGN


Mungkin tiba masanya tukar mentol baru.
Rumah dah kuning kehitaman bila waktu malam.
Heh.

20110712

HELLO CONSCIENCE

Hai.

" In psychological terms conscience is often described as leading to feelings of remorse when a human commits actions that go against his/her moral values and to feelings of rectitude or integrity when actions conform to such norms. "

Aku terhakimi sepasang kekasih. Di klinik. Pagi tadi. Maaf. Tapi aku tak mampu nak menahan fikiran dan hati dari mengulas. Mungkin kerana klinik cuma ada aku dan mereka. Serta seorang ahli farmasis.

Bermula.

"Saya sayang awak. Kalau saya nak apa-apa awak belanja. Awak usahakan. Awak faham saya bila saya perlukan apa-apa." Ujar Hawa.

Adam hanya tersenyum. Angguk-angguk.

Barangkali terlalu lemah untuk membalas. Demam agaknya. Atau dia sedar yang aku mendengar perbualan mereka. Salah satulah.

Kiranya, Adam tak mampu memenuhi kehendak Hawa. Tak mampu manabur wang ringgit untuk Hawa. Adakah Hawa masih setia padanya? Adakah Hawa masih sayang padanya? Wujudkah cinta Hawa untuk Adam? Masih samakah layanan Hawa kepada Adam?

Otak aku berteka-teki. Adakah perlu cinta dibina dan diukur dari segi kemampuan material seseorang? Padamkah api cinta kiranya tiada baja material untuk ditabur di atas benih yang di panggil cinta?

Cinta zaman sekarang agaknya. Tak ada duit nak makan guna apa kan? Cinta dan kasih sayang bukan boleh beli beras secupak dua pun.

" Ligat berfikir seketika. Di hitung dan di kira. Bimbang aku jua sama. Atau dia turut serta. Di timba dalam beberapa ketika, rasanya tidak sebegitu rupa. Jika material ukurannya. Dah lama aku ditinggalkan merana.

Mungkin cara bercinta manusia berbeza-beza. Ada pelbagai rupa. Tak boleh dibandingkan dengan cereka. Doakan yang terbaik untuk semua. Mudahan Allah lindungi jiwa kita. "

Aku pergi klinik sebab cirit birit dari semalam. Kemudian pagi ni demam tak tentu hala. Tengahari masuk office juga. Kalau layankan sakit, konfirm melarat.

Mainan fikiran orang sakit.

Macam terlebih sensitif sebab lenguh otot.

Byes.


20110711

:'O

Sepanjang pagi sampai ke kantor. Aku mengomel tak berhenti. Dalam hati jela. Heh

Sakit kepala. Sakit gigi. Sakit perut. Sakit hati rasa. Nak berjalan ke klinik pun rasa malas. Sakit dalam satu masa. Mungkin tanda-tanda demam.

Tiba-tiba tah macamana tangan terclick satu link. Terus termuhasabah diri :|

"Do not slander fever, because it takes away many wrong actions, just as the blacksmith's bellows remove dross and impurities from iron."
[ Sahih Muslim ]

Err skeri la juga. Laptop aku ni terlalu canggih ke sampai boleh sedarkan aku? Seolah-olah laptop dapat detect "O o pemilik aku (yang cute) ni dah nak terpesong ni. Hulurkan bantuannnnn. Kamoooooon" :|

Bila guna fikiran aku yang waras, aku yakinkan diri ini semua takdir Allah. Ketentuan Ilahi. Kehebatan Allah :')

Tapi ini benar-benar Wah! Hebatnya!

TICKET TO RIDE

Salam dan Hello.

Hujung minggu.

Sabtu 9/7.
Mulanya malas nak keluar pasal bimbang jalan sesak. Ternyata meleset. Ibu kota mungkin sesak. Namun sekitar kawasan Bangsar dan menghala ke Mid Valley, memang sangat sangat dan tersangatlah lengang. Jalan biasa ke kantor lancar lain macam. Kan best jika setiap hari pun macam tu.




Gambarajah di atas menunjukkan kawasan parking Mid Valley yang semua duk bising paling susah nak dapat parking la. Ramai sangat orang atau banyak sangat kenderaan. Sabtu lepas lengang. Boleh golek dari kiri ke kanan. Tapi aku tak buat lah. Sebab er sebab kalau buat kebarangkalian Amer tinggalkan aku sendirian di situ amatlah cerah. (Heh)


Seterusnya hari Ahad 10/7.
Siang nya ada Majlis makan-makan di rumah Wan di Ampang. Wan masak nasi beriyani (kot) dan sekaligus dengan sambutan hari lahir Amer, Danial dan Wan sendiri. Aku walaubagaimanapun terlupa nak tanya umur Wan berapa tahun. Tak berapa prihatin di situ. (Tsk)

Tiada gambarajah. Terlalu sibuk makan dan tolong ( baca:makan ). Oh Oh dan terlalu sibuk layankan 13 cucu Wan yang lain (tak termasuk yang kecil dan tak mahu orang lain pangku kecuali ibubapa sendiri) Oh dan tak termasuk juga budak laki-laki yang ikut Amer pergi main bola kat luar rumah. Alahmak berapa jumlah sebenar eh :|

Malam. Ke Citta Mall. Wondermilk Cuppacakes Show. Sempat tengok Capoeira. Dan jumpa Ami dan Naz dan Yanny.

Oh oh dan Kak Aini rakan sejawatan. Rumah Kak Aini depan Citta. Pergi Citta jalan kaki. Anak-anak pakai seluar tidur je. Semua comel-comel. Semua comel-comel. Comel-comel.








Itu booth Ami. Selain tu boleh jelajah sini untuk shoping koleksi yang cantik menarik kedebom.

<3

Byes.



20110709

THE RISING DAWN


In The Name of God, The Most Beneficent & Most Merciful


Say, "I seek refuge in the Lord of daybreak
From the evil of that which He created
And from the evil of darkness when it settles
And from the evil of the blowers in knots
And from the evil of an envier when he envies."



Surat Al-Falaq (The Daybreak)


SEVEN O NINE

Yo.

Tujuh tahun yang lepas. Dengan izin Tuhan, aku kenal Amer. Lepas seminggu orientasi kami bersama.

Alhamdulillah. Sampailah sekarang.

Okay. Aku ingat tahun ke tujuh ni. Aku nak buat kelainan sikit lah. Maklumlah tahun depan mungkin kami kira Anniversary baru pula.
Hah!

Jadi, Yeah.
Sebenarnya,

Aku ingin jadi yang terbaik untuk dia.
Yang dapat di banggakan.
Yang dapat di harapkan.

Aku ingin jadi cahaya yang menyinari kegelapannya.
Bersama menentang dunia.
Bersama membina bahagia.

Aku ingin hadiahkan dia sebuah keluarga sempurna.
Tempat menumpang kasih.
Tempat mengaduh sakit.

Namun segalanya adalah misteri Pencipta.
Yang memberi nikmat.
Yang memberi rahmat.

Doaku,
Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkanlah jodoh kami selamanya. Lancarkanlah perjalanan hidup kami. Mudahkanlah rancangan kami. Teguhkanlah hati kami. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Amin.

Hah!

Tak kreatif. Tak puitis. Tak berbakat. Tak apa.
Aku jujur. Heh

Aku tahu kalau Amer baca ni. Mesti dia juih-juih bibir dan buat mulut itik :|
Ekspresi muka dia pun aku boleh bayangkan. Sengaja cari gaduh. Sengaja bikin panas.

Happy Seventh Anniversary MerLan. <3


Byes.

20110708

HERE THERE & EVERYWHERE

Untuk bercakap banyak. Realitinya bercakap tu memang kegemaran aku.

Namun vitualnya, aku tak pandai nak karang panjang-panjang. Teringin juga nak cerita panjang-panjang. Olahan yang membina mental, duniawi dan ukhrawi. Tapi memang tak berapa nak canggih bila nak mengarang.

Tapi aku cubalah untuk kali ni. Kamon.

Nak cerita pasal apa tah. Hmp.

Kehidupan seharian? Tak dela menarik sangat. Cuma sana sini ada penambahan dan pengurangan. Sudah tentulah pengurangan tu dari segi kewangan. Heh.

Bekerja ni bukan buat diri makin kaya pun. Makin banyak tanggungjawab adalah. Makin kaya dengan hutang. Semua benda nak kena bayar. Nak kena selesaikan. Tapi setakat ni, kerja aku memang aku suka. Bos semua best-best. Persekitaran sungguh syok. Kakak-kakak sebagai kawan-kawan memang semua best-best. Pelik la bila cerita soal kerjaya kat sini. Jadi malas lah cerita.

Syukur Alhamdulillah kerana perkerjaan yang memang aku suka ni. Thank you Allah.

Pasal Amer. Amer biasalah. Kerja dia memerlukan dia banyak berjalan ke sana- ke sini- ke sinu. Hal pindah ke region lain tu dah tak jadi. Tapi di ganti yang macam ini. Yang macam sekarang. Bila soal Amer kerja apa? Dia jawab. Kerja jaga tol. Kasi kad untuk tol di tol booth :|
Sabar je lah aku. Amer memang macam tu.

Syukur Alhamdulillah untuk pekerjaan yang Amer suka ni. Thank you Allah.

Pasal Keluarga. Belah aku. Mummy Abah sihat walafiat. Depa nak p melancong ke Langkawi minggu ni. Maklumlah. Tinggal Haziq sorang je sekarang. Nasrul dah p belajar di Melaka. Belah Amer. Hmp. Mak Abah sihat walafiat. Mereka mungkin sibuk dengan rumah baru (kot?) Maklumlah nanti menantu nak datang. Eh bukan. Maklumlah nanti nak raya. (Heh) Updates pasal adik beradik belah Amer. Tak de updates. Sebab takde adik beradik.

Syukur Alhamdulillah untuk keluarga-keluarga yang menerima dan sayangkan kami. Thank you Allah.

Pasal Kami. Hmp. Kita tunggu sama-sama. Nak cerita panjang lebar takut pulak. Oh 09 Julai 2011, aniversary kami yang ke 7. Tak sangka aku boleh tahan dengan perangai Amer. Dan tak sangka Amer boleh tahan dengan perangai aku. Tapi konfirm lah Amer boleh tahan. Sebab aku ni baik dan sopan orangnya. (Heh)

Syukur Alhamdulliah untuk jodoh ini. Thank you Allah.

Er. Oklah. Cukup panjang? Lantaklah.


"
If someone were to harm my family or a friend or sombody I love, I would eat them. I might end up in jail for 500 years, but I would eat them
"
John Christoper Depp II


#EhSamelah.

Byes.

20110707

ROLL OVER BEETHOVEN


Jumpa Drugbuddy masa kat Penang hari itu. Legend ni. Sama-sama orang Kuantan. Tapi tak terjumpa pula kat Kuantan :|

Dulu Drugbuddy, sekarang aksijari. Tapi masih Drugbuddy.



Pi/as :
Jangan nak mengaku blogger tegar lah kalau Drugbuddy pun kau tak kenal. Heh.

20110706

CAN'T BUY ME LOVE


Yeah.

Bila rasa down gusar dan malas nak peduli dunia. Himpunan suara dia yang aku dengar. Kene korek dalam komputer. Sebab sekarang banyak dengar muzik tahun selepas 1993. Ye ke? Macam tak je sebenarnya.

Kononnya yang bentuk aku dari zaman sekolah. Ini lah dia. Bentuk jadi apa? Jadi busuk.

Bukan bau. Penampilan. Busuk. Budjet Grunge ah? Heh

Kenal dia dulu. Baru kenal Amer. Jadi. Yeah.

Tapi ini ialah forever love. Bagi aku lah. Tak tahu lah pulak bagi kau.

Di petik dari dia.

My heart is broke and I have some glue
Help me inhale and mend it with you
We'll float around, hang out on clouds
Then we'll come down

:')