20110712

HELLO CONSCIENCE

Hai.

" In psychological terms conscience is often described as leading to feelings of remorse when a human commits actions that go against his/her moral values and to feelings of rectitude or integrity when actions conform to such norms. "

Aku terhakimi sepasang kekasih. Di klinik. Pagi tadi. Maaf. Tapi aku tak mampu nak menahan fikiran dan hati dari mengulas. Mungkin kerana klinik cuma ada aku dan mereka. Serta seorang ahli farmasis.

Bermula.

"Saya sayang awak. Kalau saya nak apa-apa awak belanja. Awak usahakan. Awak faham saya bila saya perlukan apa-apa." Ujar Hawa.

Adam hanya tersenyum. Angguk-angguk.

Barangkali terlalu lemah untuk membalas. Demam agaknya. Atau dia sedar yang aku mendengar perbualan mereka. Salah satulah.

Kiranya, Adam tak mampu memenuhi kehendak Hawa. Tak mampu manabur wang ringgit untuk Hawa. Adakah Hawa masih setia padanya? Adakah Hawa masih sayang padanya? Wujudkah cinta Hawa untuk Adam? Masih samakah layanan Hawa kepada Adam?

Otak aku berteka-teki. Adakah perlu cinta dibina dan diukur dari segi kemampuan material seseorang? Padamkah api cinta kiranya tiada baja material untuk ditabur di atas benih yang di panggil cinta?

Cinta zaman sekarang agaknya. Tak ada duit nak makan guna apa kan? Cinta dan kasih sayang bukan boleh beli beras secupak dua pun.

" Ligat berfikir seketika. Di hitung dan di kira. Bimbang aku jua sama. Atau dia turut serta. Di timba dalam beberapa ketika, rasanya tidak sebegitu rupa. Jika material ukurannya. Dah lama aku ditinggalkan merana.

Mungkin cara bercinta manusia berbeza-beza. Ada pelbagai rupa. Tak boleh dibandingkan dengan cereka. Doakan yang terbaik untuk semua. Mudahan Allah lindungi jiwa kita. "

Aku pergi klinik sebab cirit birit dari semalam. Kemudian pagi ni demam tak tentu hala. Tengahari masuk office juga. Kalau layankan sakit, konfirm melarat.

Mainan fikiran orang sakit.

Macam terlebih sensitif sebab lenguh otot.

Byes.