20110711

TICKET TO RIDE

Salam dan Hello.

Hujung minggu.

Sabtu 9/7.
Mulanya malas nak keluar pasal bimbang jalan sesak. Ternyata meleset. Ibu kota mungkin sesak. Namun sekitar kawasan Bangsar dan menghala ke Mid Valley, memang sangat sangat dan tersangatlah lengang. Jalan biasa ke kantor lancar lain macam. Kan best jika setiap hari pun macam tu.




Gambarajah di atas menunjukkan kawasan parking Mid Valley yang semua duk bising paling susah nak dapat parking la. Ramai sangat orang atau banyak sangat kenderaan. Sabtu lepas lengang. Boleh golek dari kiri ke kanan. Tapi aku tak buat lah. Sebab er sebab kalau buat kebarangkalian Amer tinggalkan aku sendirian di situ amatlah cerah. (Heh)


Seterusnya hari Ahad 10/7.
Siang nya ada Majlis makan-makan di rumah Wan di Ampang. Wan masak nasi beriyani (kot) dan sekaligus dengan sambutan hari lahir Amer, Danial dan Wan sendiri. Aku walaubagaimanapun terlupa nak tanya umur Wan berapa tahun. Tak berapa prihatin di situ. (Tsk)

Tiada gambarajah. Terlalu sibuk makan dan tolong ( baca:makan ). Oh Oh dan terlalu sibuk layankan 13 cucu Wan yang lain (tak termasuk yang kecil dan tak mahu orang lain pangku kecuali ibubapa sendiri) Oh dan tak termasuk juga budak laki-laki yang ikut Amer pergi main bola kat luar rumah. Alahmak berapa jumlah sebenar eh :|

Malam. Ke Citta Mall. Wondermilk Cuppacakes Show. Sempat tengok Capoeira. Dan jumpa Ami dan Naz dan Yanny.

Oh oh dan Kak Aini rakan sejawatan. Rumah Kak Aini depan Citta. Pergi Citta jalan kaki. Anak-anak pakai seluar tidur je. Semua comel-comel. Semua comel-comel. Comel-comel.








Itu booth Ami. Selain tu boleh jelajah sini untuk shoping koleksi yang cantik menarik kedebom.

<3

Byes.