20090116

ALIEN WORKSHOP & CONEHEAD

Biar saya terangkan bahawasanya mungkin semalam alien telah merasuk Power Rangers Putih dan menyebabkan dia menjadi sedikit berperasaan.

Dan bila hari ini, alien dah lepaskan dia. Jadi dia kembali ke keadaan asal.

Kiranya alien baca tulisan aku ini, maka ingin aku sampaikan pesanan ringkas berbunyi "Tolonglah alien. Rasukla Power Ranger Putih untuk 3 hari. Jasamu ku kenang.

PERKARA PALING SEKSI DAN HAMPIR LUCAH PERNAH DIA LAKUKAN

Bila dia bagitahu aku INI adalah untuk aku, maka ini merupakan perkara termanis pernah dia lakukan untuk aku.

Aku selalu rasakan dia tiada perasaan. Sebab tu namanya Power Rangers Putih.Ternyata aku silap.

"She loves him more than he'll ever know. He loves her more then he'll ever show."
Source Unknown
It's true.

20090111

10 JANUARI ( TAHUN DI RAHSIAKAN ) = HARI PERTAMA KALI MELIHAT DUNIA

Setiap tahun, 10 Januari agak penting la untuk aku. Biar pun xpenting untuk sesiapa. Mampos la. Untuk aku masih penting.

Kerana.

Hari lahir aku. Setiap tahun umur meningkat. Dan aku semakin matang. Agaknye la kan. Atau mungkinla kan.

Oleh itu, tahun ini sungguh istimewa. 10 Januari di sambut bersama Power Rangers Putih dan Perempuan Kesayangan Juliss. Dan sekumpulan warga asing di kedai arab. Mereka baik-baik sahaja. Agak muhibah la sambutan tahun ini.

Tiada lilin. Kerana tidak mahu kontroversi. Hakikatnya tiada mancis mahupun sejenis peralatan yang orang sekarang panggil sebagai "lighter". Jadi aku hanya baca Bismilah. Dan doa kepada Yang Maha Esa.

Terima Kasih di atas ucapan-ucapan Hari Lahir. Dan kepada Perempuan Kesayangan Juliss, terima kasih ke atas kek, hadiah rahsia yang super comel dan yang paling penting Kiub Persahabatan.


Kiub Persahabatan Dari Sudut 1


Kiub Persahabatan Dari Sudut 2

Dan di atas nya tertulis sebuah sajak / pantun / qoute / syair / apa-apa sahajala yang berbunyi :

Dear **,
With every flip,

U know my love is deep,

So let it flip,
Till u get sick..
haha :p
Luv u hunn.

Smooches,
***** jan 10th 09


*Sumpah terharu. Dan oleh itu saya maafkan tulisan "Ella" yang awak tuliskan atas meja saya ketika kita di Sekolah Menengah dahulu. I Luv U too.


Kesayangan Juliss.
Yang bersedih kerana habis wang serta di buli oleh Perempuan Hari Jadi.
Haha Sayang Awaks.
Dan Terima Kasih untuk segalanya.

20090108

MAAF ATAS PENYAMARAN POISON IVY YANG TAK MENJADI

Aku selalu kadang-kadang berimaginasi untuk menjadi seorang ala-ala Poison Ivy dalam Batman tu. Cam ala-ala tunjuk jahat cmtula. Tapi baik sebenarnya. Then aku cm wujudkan sesuatu yang namanya agak jahat. Atau pun memang jahat. Sebenarnya nama itu aku cipta ketika aku marah. Dan memang kelihatan jahat gila la.

Setelah beberapa ulasan dan perjalanan maya ke kawasan-kawasan yang aku sebenarnye ketagih mengunjungi tetapi cam ala-ala taknak mengaku ( seperti peminat rahsia la), kemudian aku dapati yang mana kunjungan aku dengan bertopengkan nama yang jahat bukan mengunakan nama yang biasa tersebut mewujudkan rungsing di hati peneroka asal kawasan tersebut.

Alamak!

Aku tidak datang dengan sebarang niat jahat. Saje aje mahu tengok-tengok. Sungguh tiada apa-apa niat songsang. Cuma guna nama yang agak keterlaluan mungkin. Hehe

Dengan ini aku pohon maaf. Minta maaf sangat-sangat. Minta maaf betul-betul la ni. Maafkan kelakuan aku yang konon-konon ingin jadi ala-ala Poison Ivy tetapi nampaknya ter-poison diri sendiri dan menggundang gundah di hati orang-orang baik semua.

Maaf ye. Tak buat lagi dah. Hehe

KETAM BATU, KETAM NIPAH, KETAM PAPAN & KETAM-PI


Sangat la malas tahap entahla.

Minggu ini agak sibuk. Tak tekejar rasanya. Mujurla aku ada kuasa halilintar. Jadi semuanya dalam kawalan. Syukur.
Dalam keadaan sebegini kadangkala hati aku berdebar-debar. Takut-takut. Aku pun tak faham kenapa. Mungkin kerana aku tertakut apabila di desak oleh keadaan. Entahla. Apela aku merepek ni.

Tapi entah kenapa perasaan aku bergelora. Angin kipas sepoi-sepoi bahasa pun bagaikan suasana di dalam peti ais. Padahal jam menunjuk kan pukul 1 tengahari. Wah!



Rajah menunjukkan aksi ketika makan sifood.
Aksi terlampau tersebut diambil dengan sepontan dan menyebabkan gadis itu bergaya terlampau seksi. Maafkan dia. Dia memang begitu.

20090105

SILA LIHAT. MAKLUMAN PENTING.


Sumber dari : http://yasminthefilmmaker.blogspot.com

P/S : Maaf ye. Aku link kan terus sahaja. Hehe

20090104

HORMAT ITU PENTING DOW

Sekurang-kurangnya, jika enggan membayar apa-apa.. boleh tolong respect orang lain tak?

Dan satu lagi kami tak ganggu kau. Sukahati kau lah nak buat apa pun. Cuma kau juga aku harap lakukan benda yang sama juga.

Hormat ok.

20090102

BERGAUL MESRA BERSAMA BLOG.

Entri pertama untuk tahun baru. Yeay!

2008 bukanlah tahun yang bagus untuk aku. Berlaku pelbagai perkara yang tidak memberangsangkan jiwa. Tapi takpe la. Azam tahun lepas masih lagi belum tertunai rasanya. Tapi ada jugak yang tertunai dan ada jugak yang baru aku tahu tak mungkin akan tertunai. Contohnya aku ingin jadi pendiam. Aku cuba juga. Untuk beberapa minit di dalam kenderaan bersama Power Rangers Putih.

PRP : Asal diam sangat?
Aku : Nak cuba jadi pendiam.
PRP : Gila ke ape? Tak mungkin punya.
Lagipun tak best la awek pendiam.
Cepat bosan.

*Cepat-cepat bercakap. Menarik nafas dan meluahkan semua bende yang terlintas di kepala aku ketika aku berdiam diri.

Itu adalah azam tahun baru aku yang hampir mungkin tak tercapai. Atau mungkin aku akan ubah nya kepada aku akan jadi pendiam dengan orang yang aku tak kenal atau baru kenal. Tapi entahla. Aku tak tahula macam mana. Atau mungkin aku boleh lupakan saja dan teruskan hidup.

Tahun ini aku mahu berusaha bersungguh-sungguh. Dan aku ingin kurus. Kecilkan peha dan tangan juga perut. Terlalu banyak mahu di kecilkan. Tapi aku akan berusaha juga. Oleh kerana adalah beberapa azam aku, jadi aku akan tulis dalam bentuk yang lebih ringkas. Yakni menyenaraikannya.

1) Perbanyakkan Ibadah. *Insyaalah.

2) Aku ingin kuruskan badan. (Penerangan seperti di atas. Aku tak rajin nak menaip)

3) Kahwin. Untuk kurangkan maksiat dan juga agar kami tak perlu berpisah apabila cuti panjang dan menghabiskan masa kami dengan sms-es, menalipon dan mms-es (bila terlalu rindu. Tapi jarang-jarang berlaku sebab paling lama pun kami berjauhan seminggu je kot. Rindu tak sempat nak terjana).

4) Menghabiskan senarai tempat pelancongan yang kami "list-down" kan ketika tahun 2008. Cuma tinggal beberapa tempat sahaja lagi sebelum ia masuk ke senarai tempat pelancongan luar negara.

5) Pergi Filipina jumpa Judy. Tiada penerangan. Aku suka perempuan ini.

Dia belikan aku beberapa cenderahati pabila melawat ke mana-mana.

6) Banyak baca buku. Dan tonton lebih banyak cerita yang bagus.

7) Pakai kereta idaman.
Mazda Miata MX5

Walaupun aku tahu ini tidak mungkin terjadi tahun ini. Tapi mampos la. Ini list aku suka hati aku lah.

8) Lebih responsible terhadap diri sendiri.

9) Lupakan segala peristiwa 2008 yang buruk-buruk.

10) Kurang boros.

11) Belikan sesuatu yang mahal kepada abah-mummy. (Insyaalah)

12) Belajar masak masakan yang di gemari Power Rangers Putih selain sambal ikan bilis.

13) Banyak luangkan masa dengan "Perempuan Kesayangan Juliss".

14) Elakan bergaul dengan mereka yang terlalu sukar untuk di fahami.

Itu merupakan harapan yang aku harap aku dapat tunaikan sepanjang 2009 ini. Ada lagi harapan rahsia yang aku senaraikan. Tapi memandangkan ianya rahsia, maka tak dapatlah aku senaraikan di sini. Maaf ya!

Memandangkan aku menghabiskan tahun 2008 dan mulakan tahun baru 2009 dengan menghabiskan masa berkongsi suka duka bersama "Kesayangan Juliss" dengan cara yang tenang, maka aku gembira kerana aku mulakan tahun ini dengan sesuatu sangat baik untuk aku. Aku berharap tahun 2009 menyajikan aku dengan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan dan mententeramkan jiwa raga. Amin.

Oh ya. 8 hari lagi menuju ke 10 January. Aku bakal menambah umur. Yeay!