20090111

10 JANUARI ( TAHUN DI RAHSIAKAN ) = HARI PERTAMA KALI MELIHAT DUNIA

Setiap tahun, 10 Januari agak penting la untuk aku. Biar pun xpenting untuk sesiapa. Mampos la. Untuk aku masih penting.

Kerana.

Hari lahir aku. Setiap tahun umur meningkat. Dan aku semakin matang. Agaknye la kan. Atau mungkinla kan.

Oleh itu, tahun ini sungguh istimewa. 10 Januari di sambut bersama Power Rangers Putih dan Perempuan Kesayangan Juliss. Dan sekumpulan warga asing di kedai arab. Mereka baik-baik sahaja. Agak muhibah la sambutan tahun ini.

Tiada lilin. Kerana tidak mahu kontroversi. Hakikatnya tiada mancis mahupun sejenis peralatan yang orang sekarang panggil sebagai "lighter". Jadi aku hanya baca Bismilah. Dan doa kepada Yang Maha Esa.

Terima Kasih di atas ucapan-ucapan Hari Lahir. Dan kepada Perempuan Kesayangan Juliss, terima kasih ke atas kek, hadiah rahsia yang super comel dan yang paling penting Kiub Persahabatan.


Kiub Persahabatan Dari Sudut 1


Kiub Persahabatan Dari Sudut 2

Dan di atas nya tertulis sebuah sajak / pantun / qoute / syair / apa-apa sahajala yang berbunyi :

Dear **,
With every flip,

U know my love is deep,

So let it flip,
Till u get sick..
haha :p
Luv u hunn.

Smooches,
***** jan 10th 09


*Sumpah terharu. Dan oleh itu saya maafkan tulisan "Ella" yang awak tuliskan atas meja saya ketika kita di Sekolah Menengah dahulu. I Luv U too.


Kesayangan Juliss.
Yang bersedih kerana habis wang serta di buli oleh Perempuan Hari Jadi.
Haha Sayang Awaks.
Dan Terima Kasih untuk segalanya.