20120816

RAY - RAYA

Salam.

Banyak benda pertama tahun ni rasanya.

Antaranya :

1) Tahun pertama beraya bersama suami dapat cium tangan suami. Ecewah.
2) Tahun pertama beraya di kampung suami.
3) Tahun pertama balik raya ke kampung yang jauh benar.
4) Tahun pertama raya di Perlis.
5) Tahun pertama raya ada isi dalam perut. eh.

Kerana dah lama tak menulis, maka saya ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

X
Juls

20120709

THE IDEA OF ETERNITY

As-Salam,

1) Itu hari kami kahwin. Jadi sekarang kami sudah sah menjadi suami isteri. Yahoo.

Di cedok dari sini :  http://haniffazalul.blogspot.com/2012/06/amir-julissa-wedding.html
2) Itu hari kami berjaya gores satu daripada "wishlist" kami. Jadi kami gembira. Yahoo.













3) Alhamdulillah, Syukur nikmat. Lebih banyak "adventure" bersama ya!

4) Kita "enjoyyy".

5) Dan saya akan belajar memasak. Hiks.

XX,
Juls.


20120511

KALER KALER

As-Salam,



1) Ijab dan Kabul dalam masa 15 hari. Saya rasa gembira dan excited !

2) Persediaan perkahwinan adalah menyeronokkan. Biarpun sedikit kepenatan.

3) Kumpul duit untuk kahwin adalah susah.

4) Selesai minta cuti kahwin.

5) Soalan paling popular yang di utarakan adalah : " Bulan Madu di mana? "

6) Jawapan : Rujuk " Fantasia Bulan Madu ".

7) Sehari sebelum majlis, ada Majlis Khatan Al-Quran dan sebelah malamnya ada Majlis Berinai.

8) Jadi ya! Nak pakai baju apa ya? .......

9) Amer adalah love.

10 ) Love adalah Amer.

11 ) Untuk point nombor 3, 9, 10 adalah cebisan dari pendapat saya.


Yahoo! Nak kahwin! Yey Yey Nak Kahwin!


X,
Juls

20120220

KINSHIP





Persiapan menuju gerbang perkahwinan.
Kata Amer, kasi fit sikit.
A-ha.

X
Juls

20120217

THE KITE RUNNER






X
Juls

HELLO MISS, HELLO MISS

Coretan kerinduaan
Buat teman
Meneroka alam
Berlari riang
Meniti kehidupan

Yang sukar dicari
Yang sukar diganti
Yang sukar dihampiri
Yang sering disalah erti

Melewati usia
Pastinya bersama
Biar jauh tidak terkata
Namun hati "sekangkang kera"


Ini tandanya rindu. He hu

X
Juls

20120212

CENDAYAM



As-Salam,

Malam-malam begini, penulis rasa nyaman. Aku berhenti menulis beberapa ketika, terlalu banyak perkara perlu di fokuskan. Seperti biasa hidup di jalani dengan gembira. Biarpun ada sahaja halangan, namun aku cuba enjoy.

Tolak tepi rasa gundah gulana. Tolak tepi rasa tidak berdaya.

Setiap detik amat berharga.

Takdir Tuhan disampaikan dengan pelbagai cara :

1) Aku berjumpa sahabat lama. Sayang tidak mengenali mereka dalam jangka terdahulu. Namun bersyukur ada kesempatan mengenali mereka.

2) Perkongsian pendapat secara positif. Energi positif seperti mengalir deras tiap kali dengar pendapat mereka.

3) Mencetuskan kembali sifat adventures.

4) Membuka mata kami akan wujudnya sesuatu yang selama ini hanya bermain di minda kami sahaja.

5) Aku tertanya bagaimana si Isteri survive dalam persekitaran yang sangat negetif.

6) Dia somehow kuat semangat orangnya.

7) Aku tertanya bangaima si Isteri survive bilamana suami sering keluar daerah.

8) Rujuk nombor 6.

9) Aku kagum, hormat dan gembira berkenalan dan bersahabat bersama mereka.

10) Alhamdulillah.



X

Juls

20120126

OFFICE GUY



Compliance and Process
New Media

Boss - Iffah - Julis


X,
Juls

20120124

ARCHETYPAL LOVERS






" We'll be playing and having fun and it makes me feel so fine
I can't control my brain "

Hip Hip



X
Juls

20120119

LAHYK

Perkara yang kita suka dan perkara yang kita tidak suka.

Bukan semua perkara yang kita suka akan di sukai oleh orang ramai juga. Contohnya, kita suka menunjuk-nunjuk kehebatan (konteks : kekayaan mahupun kebijaksanaan) tapi orang lain tak suka. Sebenarnya, bukan tak suka, cuma tak selesa agaknya.

Kebijaksanaan mahupun kekayaan yang ada bukan jambatan bagi sesorang untuk bermegah. Megah membuatkan diri alpa. Hingga ke tahap sukar di tegur. Di sangka cerdik. Tetapi jadinya bodoh. Kerana terlalu sombong untuk menerima pendapatan orang lain.

Aku tak kisah di anggap tidak bijaksana, kerana bagi aku, bijaksana sangat luas definasinya. Dan kau siapa sahaja untuk mengukur kebijaksanaan orang lain? Dan ya, bukan segala pekara kita ( jenis yang pandai-pandai belaka ) boleh selesaikan. Lupakah? Yang semuanya manusia biasa. Jadi ya, toleh kiri kanan dan mungkin bertaubat sikit kot? Atau merendah diri sikit lah kotnya. Ke tak? Terpulang lah.

Perkara yang kita tak suka pula bukan semua orang akan tak suka juga.

Dan perkara yang kita tak suka boleh rosakkan minda dan hati kita dan membuatkan kita negetif sepanjang masa. Sedih kan? Biasalah Manusia.

So yeahhhhh :|


X
Juls

20120118

AVOIDANCE MOTIVATION

As-Salam.

1) Keliru betul kebelakangan ini. Keliru dengan rasa sendiri.

2) Kebanyakan hari di habiskan di pejabat. Ini salah satu tuntutan. Tapi kadangnya rasa agak terjengkel. Hingga boleh senaraikan 10 perkara menjengkelkan yang berlaku pada waktu tersebut.

3) Saya cuba menjadi seseorang yang lebih baik. Yang lebih sabar, yang lebih teratur, yang lebih fokus dan yang membaca semua buku-buku yang di beli.

4) Namun saya enggan menjadi seorang yang lebih gemuk. Dan bagi saya gemuk bukan termasuk dalam percubaan untuk menjadi terbaik.

5) Macam biasa, no 4 menjadi perkara mudah untuk berlaku.

6) Saya menegaskan yang saya akan bertahan dan mempertahankan kepercayaan saya.

7) Saya akan lebih banyak mendengar pendapat dan pandangan mereka yang bijak pandai. Atau yang lebih banyak membaca dari saya. Namun saya akan menapis dan menepis sekiranya butirannya tidak saya setujui.

8) Untuk menulis setiap rasa yang saya rasakan setiap detik adalah agak mustahil bagi saya. Kerana, kehidupan saya di penuhi dengan aktiviti yang membataskan kemahuan terhadap penulisan.

9) Mendengar dan mempercayai adalah perkara yang perlu di analisis.

10) Saya terlalu sayangkan kehidupan saya. Dan saya bertegas untuk tidak mempedulikan pandangan negetif terhadap saya, mahupun mereka yang saya kasihi.


Antara perkara aneh berlaku pada waktu pagi. Ya, saya menulis blog secara rawak dan dengan penuh emosi. Namun kosong isinya.

:|

Peluk,

Juls.

20120117

FOR HE'S A JOLLY GOOD FELLOW



Happy Birthday Julissa.

P/S : Cerita 10 Januari lepas. Hadiah paling awesome dalam dunia ( saya ).


X
Juls

20120108

AFEKSI

As-Salam.

Dan Hello.

Kekasih,

Berat untuk aku luahkan segala. Bukan fitrahku bermadah segala. Dan bukan kelebihanku beraturan tiada cela. Kau dan aku nyata berbeza. Namun Pencipta temukan kita. Agar dapat bersama. Mengejar cita, meraikan cinta. Dalam perjuangan yang tiada tarikh luputnya.

Yang Benar,
Serikandi Cintamu



Klasifikasi cinta bagi aku. So...Yeah

X,
Juls