20120119

LAHYK

Perkara yang kita suka dan perkara yang kita tidak suka.

Bukan semua perkara yang kita suka akan di sukai oleh orang ramai juga. Contohnya, kita suka menunjuk-nunjuk kehebatan (konteks : kekayaan mahupun kebijaksanaan) tapi orang lain tak suka. Sebenarnya, bukan tak suka, cuma tak selesa agaknya.

Kebijaksanaan mahupun kekayaan yang ada bukan jambatan bagi sesorang untuk bermegah. Megah membuatkan diri alpa. Hingga ke tahap sukar di tegur. Di sangka cerdik. Tetapi jadinya bodoh. Kerana terlalu sombong untuk menerima pendapatan orang lain.

Aku tak kisah di anggap tidak bijaksana, kerana bagi aku, bijaksana sangat luas definasinya. Dan kau siapa sahaja untuk mengukur kebijaksanaan orang lain? Dan ya, bukan segala pekara kita ( jenis yang pandai-pandai belaka ) boleh selesaikan. Lupakah? Yang semuanya manusia biasa. Jadi ya, toleh kiri kanan dan mungkin bertaubat sikit kot? Atau merendah diri sikit lah kotnya. Ke tak? Terpulang lah.

Perkara yang kita tak suka pula bukan semua orang akan tak suka juga.

Dan perkara yang kita tak suka boleh rosakkan minda dan hati kita dan membuatkan kita negetif sepanjang masa. Sedih kan? Biasalah Manusia.

So yeahhhhh :|


X
Juls