20081031

HANYA JULISS

Aku bukan beban bagi kamu-kamu yg aku sayangi semua.

Jadi.. aku akan simpan segalanya kemas-kemas dalam hati.

Kunci dan tak siapa akan tahu.

Termasuklah kamu-kamu yang aku sayangi semua.....

Bye.

20081029

KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN

Bagi melegakan minda aku yang di belenggu dek penangan xm, jadi aku bercadang untuk mengepost sebuah entri. Cerita lama.


HARI MULA-MULA

Tahun lepas, aku kerja part time untuk satu event besar kat KL. Live and Loud namanya. Mula-mula, aku kerja sebagai Penjaga Tiket di depan pagar di Bukit Kiara. Masa itu, untuk Konsert Cina. So xde harapan la untuk mencuci mata tengok balak-balak cun. Kerana semua yang datang semuanya cina-cina belaka. Tambahan pula Power Rangers Putih kerja sekali dengan aku. Jadi memang xdelah aku nak melilau. Kerja ini sangat penat. Gaji yang ditawarkan sebanyak RM50 sehari. Penat macam penat sangat.

HARI SETERUSNYA

Kebetulan kawan kami bekerja di bahagian Backstage. Dan mereka hanya berdua sahaja menguruskan backstage. Jadi aku dan Power Rangers Putih masuklah bahagian Backstage ni. Di sinilah cerita yang aku nak ceritakan.

Jadi backstage memang seronok nak mati-mati. Walaupun kami di perlakukan seperti hamba tetapi memang rock la. Kami berempat sahaja kerja sebagai backstage di Stadium Negara. 3 lelaki. Aku sorang je perempuan. Kami mempunyai supervisor. Perempuan. Tapi sebab dia supervisor, jadi pastilah kami berempat disuruh-suruh. Oleh yang demikian kami berempat la kerja bersungguh-sungguh. Kami akan menunaikan setiap permintaan para artis yang sememangnya macam-macam gila ni. Semua makanan dalam kabin kami kenelah jaga. Semua lah. Bahagian terbaik ialah kami dapatlah berjumpa artis-artis dan bergaul dengan xberapa mesra ni dengan artis-artis seperti Kc & Jojo yang mana aku sendiri konpius mana satu mereka ni. Aritis-artis Malaysia dan lain-lain. Kalau yang baik-baik ni memang mereka baiklah. Tapi secara keseluruhannya mereka baik-baik sahaja dengan aku dan kami semua.

Tapi bab yang tak berapa nak best pula dimana kami akan start kerja jam 7 pagi setiap hari dan berakhir pukul kami pun tak sure pukul berapa. Kadang-kadang 4 pagi, kadang-kadang 5 pagi. Ikutlah. Dan yang sadisnya gaji kami tetap RM50. Dan tambah sadis lagi bila kami yang kerja macam nak mati ni angkat mineral water satu kotak dan berkotak-kotak kehulur-kehilir, terkejar sana sini bila barang dalam kabin tak cukup dan memandangkan aku sorang je perempuan, aku masih lagi tak terkecuali buat semua kerja ni. Agak nak berotot la jugak lengan aku masa tu, lelaki-lelaki kentut basi ini semua masih lagi buli aku. Dan aku tak kesah pun. Tapi cerita sadis ialah, kami semua tak delah disediakan bilik hotel sebagaimana penjaga-penjaga artis (Artis Lison) dan juga sekretariat-sekteriat yang juga part time cam kami. Mereka-mereka tidur hotel best-best bertaraf banyak bintang di sekitar Ibu Kota dan bergaji harian sebanyak RM100. Tapi aku lebih rela jadi backstage. Biarlah buat kerja berat, kerja dengan lelaki-lelaki kentut berbanding mereka-mereka yang kerja dengan perempuan-perempuan yang konon-konon kawan tetapi kutuk-kutuk kat belakang. Dan kebanyakan mereka kelihatan stress selalu bila menghampiri kawasan kabin. Aku pun tak sure kenapa.

Maka ada lagi best part tentang kerja kami ini. Kami mendapat ekses yang memang best gila terhadap makanan-makanan serta minuman-minuman seperti jus-jus dan lain. Wah ape lagi pau ajela. haha

Sampai ke Bukit Kiara di mana Shaggy dan Whitney Houstan membuat persembahan pun masih kami bertungkus lumus. Cuma kali ini tambah ahli sikit la. Takde seronok sangat macam kat Stadium Negara. Aku masih gelakkan Power Rangers Putih dan Lelaki kentut bernama Jurnal. Mereka ini lah yang menyelamatkan Malaysia apabila Whitney Houstan mintak iron board jam 10 malam. Bukan tak disediakan iron board, cuma dia x suka kot iron board yang sedia ada tu. Tah aku x berapa pasti. Lalu Power Rangers Putih bersama Jurnal menaiki pacuan 4 roda Jurnal yakni Kancil Bodykit Skyline nya memecut ke Tesco di Damansara. Sampai-sampai aja barisan panjang gila time nak bayar. Jurnal melutut cakap " Tolonglah makcik, ini untuk Malaysia ". Wah! terus makcik tu kasi bayar dulu. Tapi mereka memang hero lah malam tu.

Dan aku secara jujurnya mengakui aku xsempat pun nak menonton konsert-konsert berkenaan kerana terlalu penat. Walaupun kami mendapat akses yang membolehkan kami bergerak sewenang-wenangnya kemana-mana pun. Tapi aku tido dalam kabin yang ada aircon. Jadi jangan tanya best ke tak mereka-mereka nyanyi. Cuma time aku terbaring kat kerusi di Stadium Negara kemudian tiba-tiba bangun dan terdengar lagu All My Life dendangan Kc & Jojo, hati aku sayu gila. Lagu tu buat aku shahdu beberapa minit. Kemudian aku sambung tido balik.

HARI-HARI PENGHABISAN

Kami akhirnya dapat juga tido di hotel. Setelah hari-hari merayu kepada Supervisor kami. Walaupun konsert semua dah habis, adalah beberapa hal yang nak kene settle. Kami berjaya tido di hotel berbintang itu selama lebih seminggu. Puas hati semua orang.

Dan segalanya memang tak dapatlah aku lupakan. Kepada geng-geng backstage yakni Jurnal, Semut, Power Rangers Putih, (Campur dua orang dari Bukit Kiara ) Rhaizo dan Dunca. Kamu semua memang best. Rindu la trip kita ke Cameron Highland.



Walaubagaimana suck pun bila time nak collect duit gaji tu, sebab kene tunggu lebih sebulan kot atau lebih untuk mendapat duit gaji yang tak seberapa tu, aku rasa kenangan bersama-sama lelaki-lelaki kentut semua amatlah best. Aku ingat lagi time kami semua kena kira pinggan mangkuk hotel yang semamangnya tak cukup sebab adalah segelintir artis-artis ni buang dalam tong sampah la apa lah, bilang-bilang tuala dan kene asing-asingkan mengikut size dan juga hotel tempat kami pinjam. Dan sah-sahlah tak cukup. Tengok ajelah Kc & Jojo dah baling pada peminat-peminat mereka. Walhal semua tu kene bayar balik. Dan kehilangan segelintir tuala-tuala tersebut masih lagi misteri sampai sekarang. Dan juga terujaan lelaki-lelaki kentut nak bergambar bersama Hannah Tan. Termasuklah Power Rangers Putih aku.

Dan rakan-rakan baru yang aku kenali dan sememangnya telaH hilang. Maaflah jika aku kurang mesra sepanjang masa Live and Loud. Aku macam kurang masa untuk bersosial serta beramah mesra. Jika ada kamu-kamu yang berkerja bersama ketika masa tersebut bolehlah sapa aku di sini ya. Jika adalah.

Ketika bertugas sebagai Penjaga Pintu.

Muka-muka yang sangat penat.
Lelaki yang pakai kasut putih itu berhenti kerja setelah
sehari bertugas bersama kami.


Dan sehingga sekarang mereka-mereka masih rapat dengan aku. Sempat kami melancong ke beberapa tempat di Malaysia bersama-sama sebelum kami semua sibuk menguruskan hidup masing-masing.

Dan aku rindukan persahabatan bersama lelaki-lelaki kentut.

Bye.

20081028

MACAM MACAM TERANCAM

Aku tak meng-onlinekan diri terhadap jaringan-jaringan internet kerana malas. Inikan minggu peperiksaan.

Sebut pasal peperiksaan, aku dengan amat yakin bahawa xm aku mula pada 29hb dan berakhir pada 2hb. Lalu aku lihat jadual waktu xm. Kemudian aku beritahu Power Rangers Putih " Kite pergi xm sama-sama eyh?".

Maka aku dengan kesungguhannya membaca nota-nota penting. Sambil untuk menyedapkan hati menghatar pesanan ringkas kepada seorang rakan. " Kau dah study ke? " Jawapan rakan ialah "Belum, aku study bende lain dulu. Relek la. Lambat lagi. " Ringkas. Tetapi meninggalkan tanda tanya yang agaklah besar nya di kepala aku. Lalu aku mengambil inisiatif untuk menge-check kembali jadual peperiksaan. Dan ternyata. Wah! Xm aku lambat lagi. Seronok betul.

Nasib baiklah aku tengok waktu yang betul bab bila xm aku akan berakhir. Kalau tidak, naya la. Mati aku di fire oleh Power Rangers Putih.

Jauh dalam hati aku.

Alhamdulilah.

Boleh aku baca nota-nota tanpa rasa macam-macam.

20081025

LENGKAPNYA KOLEKSI MALAP

Pada hari semalam yang mana hari Jumaat, aku telah mendapat perkabaran yakni rakan sekelas dan juga se-geroup aku meninggal dunia. Sangat sedih kerana dia sangat baik. Maka dengan ini lengkaplah minggu sedih aku.

Dan aku ke Cyber Cafe terdekat semata-mata untuk mengepost entri ini.

Al-Fatihah untuk Saiful Rizal.

20081023

POWER RANGERS YANG BUKAN POWER RANGERS SEBENARNYA. DIA HANYA RITA RAPUSA.

Esok balik Kuantan. Gembira Yeay.

Minggu ini minggu sedih. Aku sedih. Semua yang lalu lalang depan aku nampak sedih sahaja. Sebentar tadi aku berhalusinasi sebagai Sally. Heroin cerita Mimpi Buruk Sebelum Hari Natal. Tapi tiba-tiba aku rasa takut pula. Aku ni penakut orang nya.

Aku melakukan lawatan maya. Kemudian aku melewati sebuah laman web Lelaki Yang Tidak Gemar Makanan Pedas. Entri yang memberi aku inspirasi untuk tak berapa nak bersedih.

Memetik kata-kata si penulis dengan ayat yang secara semulajadinya hensem.

... kita kena tanam sikap sabar. Ingat satu perkara.. orang jahat ni selalu dengki dengan hero. Tak boleh tengok hero senang. Buat ini salah.. buat itu salah....

-Abah Penulis
-
Hensem kan ayat cam tu?

Tapi aku fikir balik, aku ni hero ke? Macam tak je. Aku cuma orang kecil. Cuma Semut Merah. Sebab tu aku tak tumbuk mereka-mereka semua. Sebab aku malas. Dan takut jugak masuk penjara. Sebab takut terbunuh mereka-mereka pula nanti.

Okaylah Nak baring-baring sambil berhalusinasi.

Bye.


POWER RANGERS PUTIH RANGERS POWER

Aku sedih lagi.

Minggu ini minggu sedih.

Kepala aku banyak berfikir.

Perasaan aku tak tentu hala.

Jantung aku selalu berdegup kencang.

Aku sejuk satu badan.

Aku sedih.

20081021

PEREMPUAN KESAYANGAN JULIS

Aku call Zatul.

Dan Zatul buat aku tenang.

Alhamdulilah.

Terima Kasih buat nasihat dan kaseh sayang.

I LOVE YOU FOREVER.

HATI PECAH

Kadang-kadang aku rasa aku tak guna.
Aku beban pada semua orang.
Mummy Abah Power Rangers Putih.
Aku syukur mereka ada.
Tapi aku terlalu membebankan mereka.
Katakan mereka semua dah tak sanggup nak ada untuk aku.
Maka aku tiada sesiapa.

Aku tak mahu susahkan mereka lagi.

Aku telefon Mummy. Rasa nak menangis. Tapi tak sampai hati nak susahkan hati Mummy.
Dan aku tak tahu nak cakap ape jika Mummy tanye nape aku nangis. Akhirnya aku cakap aku terdial number Mummy. Sebab hari ini saja dah 5 kali aku telefon Mummy. Tapi sebanyak tu juga aku tak tahu nak cakap ape.

Aku telefon Power Rangers Putih. Dan aku tak tahu nak cakap ape.

Aku tak boleh telefon Abah. Nanti Abah susah hati.

Aku tak boleh telefon Zatul. Zatul pasti sedang sebok ber-praktikal.

Dan itu saja orang-orang yang aku percaya dalam hidup aku sekarang.

Dan aku tak sanggup susahkan hati mereka.

Abah Mummy Power Rangers Putih,
Betapa banyaknya aku terhutang budi dengan kamu semua. Dan semuanya aku tak tahu aku boleh balas atau tidak. Kerana kamu semua aku kuatkan hati aku. Kerana kamu semua aku mencuba. Jika tidak maka aku rela kambus diri dalam lubang. Tinggal di dalam perigi buta seumur hidup. Kerana hidup ini terlalu kejam buat aku. Terima kasih kerana masih sudi ada dengan aku.

Aku murung, gundah, sangat sangat sangat sangat sangat sedih sekarang.

MENDUNG DI TENGAH HARI

Entahlah..aku rasa aku ni macam banyak je masalah. Ataupun aku selalu cari masalah dan akhirnya masalah tu cari aku balik. Tapi sememangnya hati aku tak tenang. Gusar je sekarang ni. Banyak aku fikir. Dan Power Rangers Putih tak tahu pasal ini semua. Sebab aku tak tahu macam mana nak terangkan kat dia. Jadi aku pendam sahaja lah.

Entahlah. Aku gusar dan gundah gulana.

Kemelesetan perasaan dan falsafah hidup kembali menghantui aku.

Aku nak jadi invisible. Bukan sahaja di YM. Tetapi dimana-mana.

Aku sedih dan gundah.

Bye.

20081017

PENAWAR JIWA SENGSARA DITERIMA JAM EMPAT EMPAT PULUH ENAM PETANG.

Kesayangan Julis

Cukup bukan untuk menjelaskan segalanya.
Tak perlu penjelasan panjang lebar.

Ketika aku menulis entri ini setelah aku tersedar yang mana hidup aku sebenarnya sudah lengkap. Aku mempunyai orang-orang yang penting dalam hidup aku yakni:

1. Mummy dan Abah yang sayangkan aku.
2. Adik beradik yang sayangkan aku.
3. Power Rangers Putih.
4. Seorang Rakan Terbaik.

Sudah cukup untuk aku.

Syukur sangat ni Tuhan.

KEMELESETAN JIWA RAGA DAN FALSAFAH HIDUP

Hari ini mood baik lah. Lapang sikit rasa.

Dua tiga hari ini mood tak menentu. Macam-macam aku fikir. Macam-macam tindakan rasa nak buat. Waras dan tak waras bercampur gaul. Mujur aku masih siuman.

Semalam nampak sangat hari yang tak cerah. Bagun dari mimpi ngeri aku duduk tenung komputer. Menangis teresak-esak macam orang kurang siuman. Abistu mimpi tu ngeri sangat. Aku tak dapat lakukan apa-apa selain biarkan diri menangis puas-puas.

Kemudian Power Rangers Putih ajak pergi breakfast. Selesai.

Balik rumah. Tenung nasib. Petang pula adalah pulak pekara serabut terjadi.
Buat aku hilang deria terhadap insan-insan bernama "KAWAN".
Semalam memang rasa macam-macam.

Alhamdulilah hari ini rasa dah hilang sikit. Dan aku bertekad, nak biarkan sahaja. Lantak kan ajelah. Malas aku nak layankan mereka.

Lalu aku habiskan hari-hariku melihat cerita-cerita yang menarik dan kurang menarik di televisyen. Berborak dengan kawan terbaik seluruh cakerawala yang aku rasa ini saja yang aku miliki. Sungguh mententeramkan jiwa aku. Kami bebas cakap apa sahaja. Puas hati aku.

Bil telefon sampai semalam.

Lif kat rumah aku rosak. Turun tingkat 9 guna tangga.

Power Rangers Putih bilang aku macam terer je pasal portal yang dia sedang usahakan. Aku diam. Bukan sebab aku kedekut ilmu. Tapi sebab aku tak tahu nak jawab apa pada soalan dia sebelum itu. Aku tak terer.

Aku tak tahu aku rasa apa sekarang.

Bye Blog.

20081016

AKU BUKAN BAIK SGT PUN NAK NASIHATKAN KAU. DAN KAU LAGILAH LANGSUNG TAK BAIK.JADI KITA MUNGKIN SAMA BUKAN BEGITU?

Biarlah aku nak tulis apa pun. Aku rasa selesa.

Biarlah aku nak buat apa pun. Aku rasa selesa.

Biarlah jadi apa-apa pun. Aku malas nak peduli.

Biarlah orang nak cakap apa pun. Bukan mereka baik sangat.

Biarlah mereka dengan labu-labu mereka. Aku masih belum peduli.

Biarlah mereka. Aku malas.

Biarlah hilang apa-apa yang pura-pura penting dalam hidup aku. Sebab semuanya tak penting.

Biarlah hilang mereka yang berpura-pura. Sebab semuanya tak penting.

Biarlah mereka membuat konklusi sendiri. Sebab aku tak peduli.

Biarlah yang bukan kawan aku lagi. Aku bukan kawan kau lagi.

Biarlah hilang mereka dalam hidup ini. Aman sikit hidup aku.

Biarlah mereka nak menyebok sekarang. Mungkin nanti mereka penat.

Biarlah mereka berkata. Aku tak mampu nak tutup semua.

Tak gembira pun ada mereka. Jadi aku xpeduli.

Aku ada dunia sendiri.

Aku ada hidup sendiri.

Aku dah berhenti peduli pasal mereka-mereka yang tak penting.

Aku berhenti untuk semuanya.

Aku nak hidup dengan orang yang aku kasehi sahaja.

Pergi **** lah kau "KAWAN".

Jangan ganggu aku lagi.

Terima Kasih.

20081015

SEBAB MUSABAB MEMANG SUKAR LA KAMBING

Biarkan ajela.

20081014

HATI-HATI PILIH SAUDARA

Assalamualaikum, Waalaikumussalam.

Kehadapan Blog,

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Maka setiap kejadiaan yang terjadi di bumi ini pasti ada sebab dan musababnya.

Aku memang terlampau malas untuk menulis beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin tangan aku terlalu gemuk dek penangan kueh mueh dan juga juadah-juadah hari raya. Maka aku bersedih atas segalanya.

Air mata kering kat pipi kerana mendengar cerita mummy ku nan satu. Betapa kesian Abah di tuduh begitu begini oleh adik beradik sendiri. Dan betapa kuasa duit dapat memecah belahkan sebuah famly. Sungguh dasyat. Semalam seorang saudara ku meninggal. Entah mengapa dalam hatiku tiada simpati yang datang. Puas aku cuba untuk bersimpati tetapi sungguhlah tiada. Seolah-olah. Error. Please Try Again. Later. Ala-ala begitulah. Jadi aku biarkan perasaan ku.

Aku berfikir kejamkah aku kerana sangat tidak bersimpati keatas pemergiannya? Aku cuba fikir pula apa yang arwah lakukan sepanjang hidupnya? Oh ya satu pun tiada kaitan dengan hidupku. Jadi titik.

Kemudian aku fikirkan sesuatu. Keluarga belah Abah yang sememangnya bukan keluarga langsung. Bukan niat membuka bekung didada sendiri tetapi hakikat memang benar. Dan sesungguhnya Abah merupakan anak yang paling tidak disayangi oleh Tok (Perempuan). Tetapi Abah merupakan anak yang paling disayangi oleh Toki (Lelaki). Malangnya, ini tidak memberi kesan, kerana Toki telah pergi jauh. Maka kembalilah Abah sebagai anak yang paling tidak disayangi oleh Tok. Bertambah pula Abah berkahwin dengan bukan pilihan Tok. Jadi Abah bertambah terasing. Dalam pada itu, Abah mengorak langkahnya ke arah lain. Buat famly sendiri. Raya pun xbalik kampung Tok. Dan aku dan adik-adik terdidik dengan falsafah tersebut. Raya xperlu balik kampung Tok. Cukup hanya kunjungan selama setengah hari dan pulang kembali ke rumah. Bukan Abah xnak balik. Tapi Abah sentiasa di kene-kenekan. Jadi kalau aku jadi Abah pun aku malas nak balik.

Adik-adik Abah dah agak berjaya la sekarang. Bukan berjaya gila. Jadi orang-orang berpangkat ke hapa. Tapi adalah kerja tetap dan lain-lain. Tetapi sekarang masing-masing dah menyombong. Bilang Abah kaya sebab makan duit haram. Padahal hanya kami sekeluarga sahaja yang tahu betapa Abah berkerja kuat untuk kami sekeluarga. Kalau tak abah xdelah jadi hitam. Tapi ini x memberi makna kepada mereka-mereka semua. Kalau nak tahu cerita, kerja yang mereka berkerja sekarang ini merupakan kerja yang Abah tolong carikan. Abah susah-susah merekomenkan mereka-mereka ini. Kalau tak tentu mereka masih jadi Pak Guard. Atau Ketua Pak Guard ke sebab dah terlalu lama bekerja. Tapi mereka seolah-olah langsung tak pernah bersyukur. Langsung tak berterima kasih pada Abah.

Dan semalam, ketika Abah pulang menziarahi saudara yang mati tersebut, Abah di malukan oleh adik-adiknya sendiri. Abah dituduh makan duit haram sebab itu lah Abah makin gemuk. Dan mereka meminta Abah kasi RM1000 setiap seorang sebab mereka nak duit. Dan jika Abah tak kasi mereka akan berdendam dengan Abah dan siaplah Abah.

Mummy telefon cakap jaga diri baik-baik. Balik dari tempat orang mati tersebut Abah tak boleh tido. Setelah di ugut oleh adik-adik sendiri yang Abah takutkan cuma aku. Kerana aku seorang diri disini. Abah tak dapat jaga aku. Abah takut mereka-mereka lakukan sesuatu pada aku. Betapa Abah sayangkan aku selamanya. Dan bertapa aku berrsedih dan menangis teresak-esak ketika diberitahu oleh mummy. Ingin saat ini aku terus peluk dan urut-urut Abah. Cabut uban Abah. Letak losen halia kat perut Abah. Ironkan baju kerja Abah. Teman Abah pergi beli ikan. Dan tak tergambar rasanya hidup tanpa Abah. Abahlah orang yang paling telus pernah aku jumpa. Abah tak pernah cuba sakitkan aku. Abah tak pernah cemburukan aku. Abah tak pernah bercerita bukan-bukan pasal aku. Abah juga tak pernah pecahkan rahsia aku. Betapa tiada kawan pun yang boleh menandingi kejujuran Abah.

Dan sesungguhnya, saat ini aku betul-betul berharap mereka-mereka yang sakiti Abah baca blog ini.

Aku selaku anak Abah yang beusia 22 tahun dan aku rasakan cukup matang untuk meluahkan rasa hati aku ini.

Wahai sialan-sialan, jika tiada Abah maka kamu semua mungkin masih merempat di tempat asal kamu. Jika tiada Abah, si mati semalam pasti tak tertanam lagi. Sebab masing-masing tak mahu pergi panggil orang uruskan jenazah. Bukan kerana orang hormatkan Abah semalam, pasti tiada siapa yang datang untuk Ratib. Dan malam ni dah takde orang nak datang me-Ratib sebab tiada Abah. Dan Tok, memilih kasih bukan? Tok tahu tak kalu takde Abah maka tiada siapa yang akan baca yasin untuk Tok bila Tok mati nanti. Mengaji untuk Tok bila Tok nazak nak mati nanti. Sebab anak-anak Tok yang lain semua buta Agama. Dan sialan-sialan semua. Bersyukurlah kamu kepada yang Satu. Bersujudlah kamu kepada yang Satu. Kerana itu yang Abah lakukan 5 kali sehari. Dan Abah ajar kami semua sekeluarga melakukannya.

Semoga Allah bukakan hati kamu-kamu yang aku tak rasa seperti keluarga Abah.
Dan pergi jahanam lah kamu semua. Jangan ganggu Abah aku.

Entri Emosi dari Penulis.

20081009

MINAH LODEH TIPAH LEPAT PAKCIK NASI AYAM.

Assalamualikum, Waalaikumussalam.
Kehadapan Blog.


Hari ini hari Khamis. Esok kalau jadi aku dan Power Rangers Putih nak pergi tanam jagung. Harap-harap jadilah.
*Amin*

Hari ini aku rasa lebih sihat berbanding semalam. Setelah memberi 2 ekor anak kucing minum aku rasa mahu menulis. Sepanjang aku beraya dengan sakannya, aku rasa gembira. Sebelum raya aritu aku ada jumpa dengan Cik Rona yang super duper sweet, peramah dan tidak kelihatan seperti usianya. *Nak petua awet muda boleh?*

Ketika raya pula kami sekeluarga menziarahi kuburan Atok Nenek. Sungguh shahdu. Pastu hujan. Dah xshahdu sangat dah. Ini kerana hujan tersebut berjaya membasahi baju raya aku. Aku pasti makcik-makcik aku pun begitu jua. Tapi mereka maintan cool sahaja. Dan akhirnya lari-lari anak ke kereta. *Tapi aku sempat buat apa yang patut kat kuburan Atok Nenek*

Pergi beraya kemudian makan. Makan dan terus makan. Aku rasa semua rumah yang aku pergi aku akan makan. Nasi xpayah bilang la. Macam-macam jenis nasi aku taram. Nasi minyak, Nasi Dagang, Nasi Impit, Nasi Kerabu pun ada tau!, dab pelbagai lagi yang malas aku nak bagitahu kerana mungkin ini akan merubah presepsi kau terhadapan aku Blog. Mungkin kau cakap aku ialah gadis pelahap. Jadi aku rahsiakan apa yang aku makan. *Gemuk*

Balik ke Kuala berLumpur, setakat ini aku tak pergi beraya mana-mana lagi. Ini kerana aku sibuk. Atau mungkinkah aku pura-pura sibuk. Dahlah aku malas nak cerita lagi. Tunggu la aku ada kemahuan. Aku akan cari jalan ok.

Bye Blog.

20081008

AKU TERLUPA LETAK TAJUK.JADI SEKARANG AKU LETAK TAJUK.

Aku kepilkan beberapa gambarajah sepanjang perayaan tahun ini. Aku tidak mempunyai daya yang mencukupi dan idea yang mencurah-curah ke ladang gandum. Akibat daripada kesakitan yang sedang aku alami ini. Walaupun tak kronik, aku tetap malas nak fikir-fikir. Jadi tataplah gambarajah di bawah dengan penuh keghairahan ye Blog.

SEBELUM RAYA

Kura-kura yang gembira bermain di Pantai.

Abah yang sedang mencari ketam.

PRP = Power Rangers Putih.

Maksu yang sedang bakar ikan.

Ketam yang Abah berjaya tangkap. Setengah baldi.

Main mercun dan bunga api di malam Raya.
Tujuan untuk halau Hantu Raya.

SEPANJANG RAYA

Sembahyang Raya.

Melawat pusara Atok dan Nenek.

Adik yang tak habis-habis mintak duit raya dari aku.

Kucing yang bernama Raya.

Ketika mengadakan lawatan ke rumah-rumah sedara mara,
Aku dapati rupa-rupanya nenek sedara aku menternak lembu.
Aku jadi teruja tengok lembu-lembu.
Tapi busuk la bau dia.
Tapi xkesah aku tetap suka.

Asik berentenet aje. Tidur la pula. Nak jaga kecantikan la katekan. eh eh