20081029

KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN

Bagi melegakan minda aku yang di belenggu dek penangan xm, jadi aku bercadang untuk mengepost sebuah entri. Cerita lama.


HARI MULA-MULA

Tahun lepas, aku kerja part time untuk satu event besar kat KL. Live and Loud namanya. Mula-mula, aku kerja sebagai Penjaga Tiket di depan pagar di Bukit Kiara. Masa itu, untuk Konsert Cina. So xde harapan la untuk mencuci mata tengok balak-balak cun. Kerana semua yang datang semuanya cina-cina belaka. Tambahan pula Power Rangers Putih kerja sekali dengan aku. Jadi memang xdelah aku nak melilau. Kerja ini sangat penat. Gaji yang ditawarkan sebanyak RM50 sehari. Penat macam penat sangat.

HARI SETERUSNYA

Kebetulan kawan kami bekerja di bahagian Backstage. Dan mereka hanya berdua sahaja menguruskan backstage. Jadi aku dan Power Rangers Putih masuklah bahagian Backstage ni. Di sinilah cerita yang aku nak ceritakan.

Jadi backstage memang seronok nak mati-mati. Walaupun kami di perlakukan seperti hamba tetapi memang rock la. Kami berempat sahaja kerja sebagai backstage di Stadium Negara. 3 lelaki. Aku sorang je perempuan. Kami mempunyai supervisor. Perempuan. Tapi sebab dia supervisor, jadi pastilah kami berempat disuruh-suruh. Oleh yang demikian kami berempat la kerja bersungguh-sungguh. Kami akan menunaikan setiap permintaan para artis yang sememangnya macam-macam gila ni. Semua makanan dalam kabin kami kenelah jaga. Semua lah. Bahagian terbaik ialah kami dapatlah berjumpa artis-artis dan bergaul dengan xberapa mesra ni dengan artis-artis seperti Kc & Jojo yang mana aku sendiri konpius mana satu mereka ni. Aritis-artis Malaysia dan lain-lain. Kalau yang baik-baik ni memang mereka baiklah. Tapi secara keseluruhannya mereka baik-baik sahaja dengan aku dan kami semua.

Tapi bab yang tak berapa nak best pula dimana kami akan start kerja jam 7 pagi setiap hari dan berakhir pukul kami pun tak sure pukul berapa. Kadang-kadang 4 pagi, kadang-kadang 5 pagi. Ikutlah. Dan yang sadisnya gaji kami tetap RM50. Dan tambah sadis lagi bila kami yang kerja macam nak mati ni angkat mineral water satu kotak dan berkotak-kotak kehulur-kehilir, terkejar sana sini bila barang dalam kabin tak cukup dan memandangkan aku sorang je perempuan, aku masih lagi tak terkecuali buat semua kerja ni. Agak nak berotot la jugak lengan aku masa tu, lelaki-lelaki kentut basi ini semua masih lagi buli aku. Dan aku tak kesah pun. Tapi cerita sadis ialah, kami semua tak delah disediakan bilik hotel sebagaimana penjaga-penjaga artis (Artis Lison) dan juga sekretariat-sekteriat yang juga part time cam kami. Mereka-mereka tidur hotel best-best bertaraf banyak bintang di sekitar Ibu Kota dan bergaji harian sebanyak RM100. Tapi aku lebih rela jadi backstage. Biarlah buat kerja berat, kerja dengan lelaki-lelaki kentut berbanding mereka-mereka yang kerja dengan perempuan-perempuan yang konon-konon kawan tetapi kutuk-kutuk kat belakang. Dan kebanyakan mereka kelihatan stress selalu bila menghampiri kawasan kabin. Aku pun tak sure kenapa.

Maka ada lagi best part tentang kerja kami ini. Kami mendapat ekses yang memang best gila terhadap makanan-makanan serta minuman-minuman seperti jus-jus dan lain. Wah ape lagi pau ajela. haha

Sampai ke Bukit Kiara di mana Shaggy dan Whitney Houstan membuat persembahan pun masih kami bertungkus lumus. Cuma kali ini tambah ahli sikit la. Takde seronok sangat macam kat Stadium Negara. Aku masih gelakkan Power Rangers Putih dan Lelaki kentut bernama Jurnal. Mereka ini lah yang menyelamatkan Malaysia apabila Whitney Houstan mintak iron board jam 10 malam. Bukan tak disediakan iron board, cuma dia x suka kot iron board yang sedia ada tu. Tah aku x berapa pasti. Lalu Power Rangers Putih bersama Jurnal menaiki pacuan 4 roda Jurnal yakni Kancil Bodykit Skyline nya memecut ke Tesco di Damansara. Sampai-sampai aja barisan panjang gila time nak bayar. Jurnal melutut cakap " Tolonglah makcik, ini untuk Malaysia ". Wah! terus makcik tu kasi bayar dulu. Tapi mereka memang hero lah malam tu.

Dan aku secara jujurnya mengakui aku xsempat pun nak menonton konsert-konsert berkenaan kerana terlalu penat. Walaupun kami mendapat akses yang membolehkan kami bergerak sewenang-wenangnya kemana-mana pun. Tapi aku tido dalam kabin yang ada aircon. Jadi jangan tanya best ke tak mereka-mereka nyanyi. Cuma time aku terbaring kat kerusi di Stadium Negara kemudian tiba-tiba bangun dan terdengar lagu All My Life dendangan Kc & Jojo, hati aku sayu gila. Lagu tu buat aku shahdu beberapa minit. Kemudian aku sambung tido balik.

HARI-HARI PENGHABISAN

Kami akhirnya dapat juga tido di hotel. Setelah hari-hari merayu kepada Supervisor kami. Walaupun konsert semua dah habis, adalah beberapa hal yang nak kene settle. Kami berjaya tido di hotel berbintang itu selama lebih seminggu. Puas hati semua orang.

Dan segalanya memang tak dapatlah aku lupakan. Kepada geng-geng backstage yakni Jurnal, Semut, Power Rangers Putih, (Campur dua orang dari Bukit Kiara ) Rhaizo dan Dunca. Kamu semua memang best. Rindu la trip kita ke Cameron Highland.



Walaubagaimana suck pun bila time nak collect duit gaji tu, sebab kene tunggu lebih sebulan kot atau lebih untuk mendapat duit gaji yang tak seberapa tu, aku rasa kenangan bersama-sama lelaki-lelaki kentut semua amatlah best. Aku ingat lagi time kami semua kena kira pinggan mangkuk hotel yang semamangnya tak cukup sebab adalah segelintir artis-artis ni buang dalam tong sampah la apa lah, bilang-bilang tuala dan kene asing-asingkan mengikut size dan juga hotel tempat kami pinjam. Dan sah-sahlah tak cukup. Tengok ajelah Kc & Jojo dah baling pada peminat-peminat mereka. Walhal semua tu kene bayar balik. Dan kehilangan segelintir tuala-tuala tersebut masih lagi misteri sampai sekarang. Dan juga terujaan lelaki-lelaki kentut nak bergambar bersama Hannah Tan. Termasuklah Power Rangers Putih aku.

Dan rakan-rakan baru yang aku kenali dan sememangnya telaH hilang. Maaflah jika aku kurang mesra sepanjang masa Live and Loud. Aku macam kurang masa untuk bersosial serta beramah mesra. Jika ada kamu-kamu yang berkerja bersama ketika masa tersebut bolehlah sapa aku di sini ya. Jika adalah.

Ketika bertugas sebagai Penjaga Pintu.

Muka-muka yang sangat penat.
Lelaki yang pakai kasut putih itu berhenti kerja setelah
sehari bertugas bersama kami.


Dan sehingga sekarang mereka-mereka masih rapat dengan aku. Sempat kami melancong ke beberapa tempat di Malaysia bersama-sama sebelum kami semua sibuk menguruskan hidup masing-masing.

Dan aku rindukan persahabatan bersama lelaki-lelaki kentut.

Bye.