Kadang-kadang aku rasa aku tak guna.
Aku beban pada semua orang.
Mummy Abah Power Rangers Putih.
Aku syukur mereka ada.
Tapi aku terlalu membebankan mereka.
Katakan mereka semua dah tak sanggup nak ada untuk aku.
Maka aku tiada sesiapa.
Aku tak mahu susahkan mereka lagi.
Aku telefon Mummy. Rasa nak menangis. Tapi tak sampai hati nak susahkan hati Mummy.
Dan aku tak tahu nak cakap ape jika Mummy tanye nape aku nangis. Akhirnya aku cakap aku terdial number Mummy. Sebab hari ini saja dah 5 kali aku telefon Mummy. Tapi sebanyak tu juga aku tak tahu nak cakap ape.
Aku telefon Power Rangers Putih. Dan aku tak tahu nak cakap ape.
Aku tak boleh telefon Abah. Nanti Abah susah hati.
Aku tak boleh telefon Zatul. Zatul pasti sedang sebok ber-praktikal.
Dan itu saja orang-orang yang aku percaya dalam hidup aku sekarang.
Dan aku tak sanggup susahkan hati mereka.
Abah Mummy Power Rangers Putih,
Betapa banyaknya aku terhutang budi dengan kamu semua. Dan semuanya aku tak tahu aku boleh balas atau tidak. Kerana kamu semua aku kuatkan hati aku. Kerana kamu semua aku mencuba. Jika tidak maka aku rela kambus diri dalam lubang. Tinggal di dalam perigi buta seumur hidup. Kerana hidup ini terlalu kejam buat aku. Terima kasih kerana masih sudi ada dengan aku.
Aku murung, gundah, sangat sangat sangat sangat sangat sedih sekarang.
