Minggu ini minggu sedih. Aku sedih. Semua yang lalu lalang depan aku nampak sedih sahaja. Sebentar tadi aku berhalusinasi sebagai Sally. Heroin cerita Mimpi Buruk Sebelum Hari Natal. Tapi tiba-tiba aku rasa takut pula. Aku ni penakut orang nya.
Aku melakukan lawatan maya. Kemudian aku melewati sebuah laman web Lelaki Yang Tidak Gemar Makanan Pedas. Entri yang memberi aku inspirasi untuk tak berapa nak bersedih.
Memetik kata-kata si penulis dengan ayat yang secara semulajadinya hensem.
... kita kena tanam sikap sabar. Ingat satu perkara.. orang jahat ni selalu dengki dengan hero. Tak boleh tengok hero senang. Buat ini salah.. buat itu salah....
-Abah Penulis-
Hensem kan ayat cam tu?
Tapi aku fikir balik, aku ni hero ke? Macam tak je. Aku cuma orang kecil. Cuma Semut Merah. Sebab tu aku tak tumbuk mereka-mereka semua. Sebab aku malas. Dan takut jugak masuk penjara. Sebab takut terbunuh mereka-mereka pula nanti.
Okaylah Nak baring-baring sambil berhalusinasi.
Bye.
