Hari ini mood baik lah. Lapang sikit rasa.
Dua tiga hari ini mood tak menentu. Macam-macam aku fikir. Macam-macam tindakan rasa nak buat. Waras dan tak waras bercampur gaul. Mujur aku masih siuman.
Semalam nampak sangat hari yang tak cerah. Bagun dari mimpi ngeri aku duduk tenung komputer. Menangis teresak-esak macam orang kurang siuman. Abistu mimpi tu ngeri sangat. Aku tak dapat lakukan apa-apa selain biarkan diri menangis puas-puas.
Kemudian Power Rangers Putih ajak pergi breakfast. Selesai.
Balik rumah. Tenung nasib. Petang pula adalah pulak pekara serabut terjadi.
Buat aku hilang deria terhadap insan-insan bernama "KAWAN".
Semalam memang rasa macam-macam.
Alhamdulilah hari ini rasa dah hilang sikit. Dan aku bertekad, nak biarkan sahaja. Lantak kan ajelah. Malas aku nak layankan mereka.
Lalu aku habiskan hari-hariku melihat cerita-cerita yang menarik dan kurang menarik di televisyen. Berborak dengan kawan terbaik seluruh cakerawala yang aku rasa ini saja yang aku miliki. Sungguh mententeramkan jiwa aku. Kami bebas cakap apa sahaja. Puas hati aku.
Bil telefon sampai semalam.
Lif kat rumah aku rosak. Turun tingkat 9 guna tangga.
Power Rangers Putih bilang aku macam terer je pasal portal yang dia sedang usahakan. Aku diam. Bukan sebab aku kedekut ilmu. Tapi sebab aku tak tahu nak jawab apa pada soalan dia sebelum itu. Aku tak terer.
Aku tak tahu aku rasa apa sekarang.
Bye Blog.
