20081014

HATI-HATI PILIH SAUDARA

Assalamualaikum, Waalaikumussalam.

Kehadapan Blog,

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Maka setiap kejadiaan yang terjadi di bumi ini pasti ada sebab dan musababnya.

Aku memang terlampau malas untuk menulis beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin tangan aku terlalu gemuk dek penangan kueh mueh dan juga juadah-juadah hari raya. Maka aku bersedih atas segalanya.

Air mata kering kat pipi kerana mendengar cerita mummy ku nan satu. Betapa kesian Abah di tuduh begitu begini oleh adik beradik sendiri. Dan betapa kuasa duit dapat memecah belahkan sebuah famly. Sungguh dasyat. Semalam seorang saudara ku meninggal. Entah mengapa dalam hatiku tiada simpati yang datang. Puas aku cuba untuk bersimpati tetapi sungguhlah tiada. Seolah-olah. Error. Please Try Again. Later. Ala-ala begitulah. Jadi aku biarkan perasaan ku.

Aku berfikir kejamkah aku kerana sangat tidak bersimpati keatas pemergiannya? Aku cuba fikir pula apa yang arwah lakukan sepanjang hidupnya? Oh ya satu pun tiada kaitan dengan hidupku. Jadi titik.

Kemudian aku fikirkan sesuatu. Keluarga belah Abah yang sememangnya bukan keluarga langsung. Bukan niat membuka bekung didada sendiri tetapi hakikat memang benar. Dan sesungguhnya Abah merupakan anak yang paling tidak disayangi oleh Tok (Perempuan). Tetapi Abah merupakan anak yang paling disayangi oleh Toki (Lelaki). Malangnya, ini tidak memberi kesan, kerana Toki telah pergi jauh. Maka kembalilah Abah sebagai anak yang paling tidak disayangi oleh Tok. Bertambah pula Abah berkahwin dengan bukan pilihan Tok. Jadi Abah bertambah terasing. Dalam pada itu, Abah mengorak langkahnya ke arah lain. Buat famly sendiri. Raya pun xbalik kampung Tok. Dan aku dan adik-adik terdidik dengan falsafah tersebut. Raya xperlu balik kampung Tok. Cukup hanya kunjungan selama setengah hari dan pulang kembali ke rumah. Bukan Abah xnak balik. Tapi Abah sentiasa di kene-kenekan. Jadi kalau aku jadi Abah pun aku malas nak balik.

Adik-adik Abah dah agak berjaya la sekarang. Bukan berjaya gila. Jadi orang-orang berpangkat ke hapa. Tapi adalah kerja tetap dan lain-lain. Tetapi sekarang masing-masing dah menyombong. Bilang Abah kaya sebab makan duit haram. Padahal hanya kami sekeluarga sahaja yang tahu betapa Abah berkerja kuat untuk kami sekeluarga. Kalau tak abah xdelah jadi hitam. Tapi ini x memberi makna kepada mereka-mereka semua. Kalau nak tahu cerita, kerja yang mereka berkerja sekarang ini merupakan kerja yang Abah tolong carikan. Abah susah-susah merekomenkan mereka-mereka ini. Kalau tak tentu mereka masih jadi Pak Guard. Atau Ketua Pak Guard ke sebab dah terlalu lama bekerja. Tapi mereka seolah-olah langsung tak pernah bersyukur. Langsung tak berterima kasih pada Abah.

Dan semalam, ketika Abah pulang menziarahi saudara yang mati tersebut, Abah di malukan oleh adik-adiknya sendiri. Abah dituduh makan duit haram sebab itu lah Abah makin gemuk. Dan mereka meminta Abah kasi RM1000 setiap seorang sebab mereka nak duit. Dan jika Abah tak kasi mereka akan berdendam dengan Abah dan siaplah Abah.

Mummy telefon cakap jaga diri baik-baik. Balik dari tempat orang mati tersebut Abah tak boleh tido. Setelah di ugut oleh adik-adik sendiri yang Abah takutkan cuma aku. Kerana aku seorang diri disini. Abah tak dapat jaga aku. Abah takut mereka-mereka lakukan sesuatu pada aku. Betapa Abah sayangkan aku selamanya. Dan bertapa aku berrsedih dan menangis teresak-esak ketika diberitahu oleh mummy. Ingin saat ini aku terus peluk dan urut-urut Abah. Cabut uban Abah. Letak losen halia kat perut Abah. Ironkan baju kerja Abah. Teman Abah pergi beli ikan. Dan tak tergambar rasanya hidup tanpa Abah. Abahlah orang yang paling telus pernah aku jumpa. Abah tak pernah cuba sakitkan aku. Abah tak pernah cemburukan aku. Abah tak pernah bercerita bukan-bukan pasal aku. Abah juga tak pernah pecahkan rahsia aku. Betapa tiada kawan pun yang boleh menandingi kejujuran Abah.

Dan sesungguhnya, saat ini aku betul-betul berharap mereka-mereka yang sakiti Abah baca blog ini.

Aku selaku anak Abah yang beusia 22 tahun dan aku rasakan cukup matang untuk meluahkan rasa hati aku ini.

Wahai sialan-sialan, jika tiada Abah maka kamu semua mungkin masih merempat di tempat asal kamu. Jika tiada Abah, si mati semalam pasti tak tertanam lagi. Sebab masing-masing tak mahu pergi panggil orang uruskan jenazah. Bukan kerana orang hormatkan Abah semalam, pasti tiada siapa yang datang untuk Ratib. Dan malam ni dah takde orang nak datang me-Ratib sebab tiada Abah. Dan Tok, memilih kasih bukan? Tok tahu tak kalu takde Abah maka tiada siapa yang akan baca yasin untuk Tok bila Tok mati nanti. Mengaji untuk Tok bila Tok nazak nak mati nanti. Sebab anak-anak Tok yang lain semua buta Agama. Dan sialan-sialan semua. Bersyukurlah kamu kepada yang Satu. Bersujudlah kamu kepada yang Satu. Kerana itu yang Abah lakukan 5 kali sehari. Dan Abah ajar kami semua sekeluarga melakukannya.

Semoga Allah bukakan hati kamu-kamu yang aku tak rasa seperti keluarga Abah.
Dan pergi jahanam lah kamu semua. Jangan ganggu Abah aku.

Entri Emosi dari Penulis.