20081028

MACAM MACAM TERANCAM

Aku tak meng-onlinekan diri terhadap jaringan-jaringan internet kerana malas. Inikan minggu peperiksaan.

Sebut pasal peperiksaan, aku dengan amat yakin bahawa xm aku mula pada 29hb dan berakhir pada 2hb. Lalu aku lihat jadual waktu xm. Kemudian aku beritahu Power Rangers Putih " Kite pergi xm sama-sama eyh?".

Maka aku dengan kesungguhannya membaca nota-nota penting. Sambil untuk menyedapkan hati menghatar pesanan ringkas kepada seorang rakan. " Kau dah study ke? " Jawapan rakan ialah "Belum, aku study bende lain dulu. Relek la. Lambat lagi. " Ringkas. Tetapi meninggalkan tanda tanya yang agaklah besar nya di kepala aku. Lalu aku mengambil inisiatif untuk menge-check kembali jadual peperiksaan. Dan ternyata. Wah! Xm aku lambat lagi. Seronok betul.

Nasib baiklah aku tengok waktu yang betul bab bila xm aku akan berakhir. Kalau tidak, naya la. Mati aku di fire oleh Power Rangers Putih.

Jauh dalam hati aku.

Alhamdulilah.

Boleh aku baca nota-nota tanpa rasa macam-macam.