20081220

BERITA TAK TERGEMBAR LANGSUNG

Shisha is 100 times worse than cigarettes.

http://www.arabianbusiness.com
Aku ingat xde pape. Ternyata aku silap. Hampeh betul.




AKU DAN TOPI BRAINSCAN-KU

Perut mula berkeroncong lagu 3 kupang. Lapar. Malam semalam menghabiskan masa dengan Power Rangers Putih dan Kumpulan Kung Fu Panda. Jadi aku seronok apabila kami sama-sama mengupas dengan lebih mendalam sebuah buku yang di rahsiakan tajuknya.

Maka hari ini baru bermula. Belum mula mandi. Mungkin sebentar lagi. Aku tonton Upacara Akad Nikah Mawi Ekin. (Atas desakaan Mummy). Dan meluap-luap perasaan ingin berkahwin. Aha!

Power Rangers Putih sila masuk meminang ye. Alamat surat menyurat boleh hubungi talian telefon saya ye. Details saya akan maklumkan kemudian. Terima kasih.

Mampos aku kalu Mummy tahu. Duit nak makan pun minta Abah. Bangun pagi pun Mummy kejutkan. Ada hati nak bersuami pula. Mampos suami aku kelaparan nanti gara-gara kene makan makanan segera sahaja. Oleh itu, aku berinisiatif untuk mempelajari skill-skill masakan yang bagus-bagus.

Tapi tunggu la dahulu.

20081219

ADUAN RINGKAS TERHADAP BLOG

Maka hampir berakhirlah 2008. Banyak juga yang terjadi di tahun ini. Semuanya pengajaran untuk aku. Wah! Aku belajar dari semua kesilapan. Dan mungkin tidak ulang kesilapan sama. Insyalaah.

TV yang baru di beli tak sampai setahun ini buat hal pula. Gambarnya macam bengong. Atas gambar kelihatan besar. Bawah kelihatan kecil pula. Aku sudah report. Orang LG tu telepon aku. Dan aku terangkan kepada amoi itu. Dan dia ketawa terbahak-bahak. Ayo! datang ajela baiki. Dalam hati jela cakap cmtu. Tapi hingga ke hari ini masih tiada tanda-tanda. Sungguh memeningkan. Macam mana nak tengok Mawi kawin ni. Ahaks.

Best je macam kalau dapat kawin. Power Rangers Putih masuklah meminang. Kita bina istana cinta kita bersama. Cewah. Sekiranya ada raksasa datang membuat onak, kita lawan bersama menggunakan kuasa kita. Kalaulah ada kuasa kan. Ni macam kuasa pun tak ada. Duduk umah sewa, orang tak nak bayar sewa pun tak tahu macam mana nak lakukan.

Aih susah nak kasi orang faham. Mintak sewa rumahh dah 2 bulan. Tak nak bayar. Penat la bai nk kene dahulukan duit sendiri dulu. Aku pun mau makan juga. Bil-bil lain juga susah gila nak bayar. Kena dahulukan duit aku sendiri dulu. Aku bersyukur tak kongsi time pasang astro haritu. Jika tidak mahu nya astro kene potong. Mujur aku pasang aje dalam bilik. Tak yah sharing is caring. Sebab aku memang tak caring pun. Tapi kalau bawa kawan ramai-ramai datang rumah memang kau selamber.

Dahlah aku malas lah.

Bye.

20081218

KAWAN ATAU LAWAN?

Betapa aku tidak menulis untuk beberapa hari yang agak lama la juga. Malas dan juga pelbagai perkara terjadi dalam beberapa hari tersebut atau lebih presis beberapa bulan yang lampau. Malas untuk aku terangkan kenapa.

Tetanya kenapa aku menulis blog. Trend kan?

Jawapan jujur dari aku merupakan aku benar-benar belum pasti kenapa. Yang pasti kadang-kadang Hati Power Rangers Kuning ini sering kali mahu melontarkan sepatah dua kata. Tapi tidak pasti mahu dilontarkan kepada siapa. Power Rangers Putih pastilah akan mendengar jika aku mahu berceloteh. Namun kadang-kadang perbualan tersebut akan di akhiri dengan perselisihan kecil yang mana membuatkan aku mahu tidak makan.
(Namun tidak pernah berjaya).

Oleh yang demikian, hari ini tiba-tiba seolah-olah ada semangat yang membuatkan aku menulis dengan pantas.
(Ok baiklah aku tipu, tidak pantas kerana aku berhenti beberapa ketika untuk bermain game yang baru di beli)

Namun, point nya merupakan aku menulis. Apa tah??

Sebenarnya, aku sedang mengasingkan diri aku dengan dunia luar. Yakni, dunia yang aku mahu dan ingin buang jika boleh. Aku kiranya mahu menukar set kawan-kawan dan tidak mahu mengantikan dengan apa-apa. Kawan-kawan di Kota Metropolitan kiranya bagi aku amat kompleks untuk di fahami. Jadi untuk tidak mengusutkan keadaan diri aku, aku mahu mengekalkan sebilangan set kawan-kawan dalam kumpulan premier dan yang selebihnya dalam kumpulan sekunder. (Ah! aku sendiri xfaham. Tapi macam best)

Maksud:

Kawan Kumpulan Biasa

Mereka : Ramai. Semua yang rasa aku kawan mereka.

Jenis : Aku tidak akan berkongsi perasaan, cara hidup, kefahaman, info yang aku rasa mereka tidak perlu tahu, lebih kepada hai-hai bye-bye-type.

Tindakan : Aku tidak pilih kawan. Berkawan sahaja secara sukarela dan percuma.

Kawan Kumpulan Istimewa

Mereka : Tidak ramai. Malahan mungkin seorang sahaja.

Jenis : Yang aku benar-benar percaya nak mati.

Tindakan : Jenis yang percaya dan bertanya jika ada tak kena. Dan jika aku salah dia tegur. Dan tidak cuba terlalu kuat untuk menjadi kawan terbaik. Serta sifar perasaan cemburu.

Kawan Kumpulan Kawan dan Teman

Mereka : Power Rangers Putih shj.

Penerangan : Tiada yang lain.


Mungkin tulisan ini sangat memeningkan. Namun percaya atau tidak, tulisan ini sedikit sebayak melegakan perasaan aku yang bergelora. wah!

20081215

PEMBUKAAN YANG TAK BERAPA NAK MERIAH

Wah lama yang amat tidak menulis.

Perasaan yang sama. Walaubagaimanapun, aku rasa bersalah tidak ke institusi pengajiaan aku. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin.

*Gelak kecik*

Esok mahu berjalan-jalan. Se-ro-no-k-nye!

Tak sabar. Kene kemas-kemas baju-bajaan. Bagi perjalanan selama 3 hari.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Hati aku sering berdebar-debar untuk segala hal pada masa sekarang. Apakah ini satu dari sintom parkinson ke? Aih. Jauhkan lah.

20081202

SAPAAN YANG MUNGKIN MELAMPAU. AKU INSAF.

Hari ini. Aku tegur orang. Aku jarang tegur orang. Bahkan jika ada orang tegur aku pun aku malas nak menjawab kembali. Pura-pura mati. Bukan aku sombong. Cuma kadang-kadang aku tidak rasa ingin berteguran. Maaf ya! Tapi aku sgt kagum dengan keupayaan orang ni untuk tampil seksi. Jadi aku tegur dia. Berdebar-debar macam lah nak ambik keputusan peperiksaan. Macam kentut je aku ini. Aku tegur dia. Dia balas kembali. Kemudian bila aku yakin aku tanya soalan pula. Ok disitu baru aku sedar mungkin aku telah buat dia rasa aku nak mengorat dia. Oh! Aku tak salah kan dia. Aku yang salah.

Adoiyaii.

Tapi tidak mengapa. Sekurang-kurangnya aku beritahu dia betapa dia seksi dimata aku seolah-olah Harimau Bintang.

Senyum. Kemudian berhenti senyum.

Alamak! Kalu aku jua akan takut jika ada seseorang berperangai seperti aku menegur aku dengan cara begini.

Ampun ya saudari. Saya tidak sengaja. Mungkin akibat "cuti bulan ini" saya jadi extra teruja.

20081201

KUCING HITAM YANG COMEL, KASAR TAPI MENAWAN.MEOW.

Akibat daripada kesibukan tahap kuda kepang, maka aku tiada masa untuk bersenang diri menulis blog dan sebagainya.

Sepatutnya aku sudah mulai belajar hari ini. Tapi akibat kemalasan jadi aku tidak memulakan apa-apa. Baru minggu pertama. Mengenangkan Power Rangers Putih yang sudah boleh bersenag lenang akibat tamat pengajian, aku dalam diam rasa jeles kepadanya ( dalam cara yang baik). Mulalah aku terkenang detik-detik aku malas belajar. Siapa suruh aku pergi drop subjek-subjek tu semua. Padanlah muka aku. Kini aku sendiri menghabiskan sisa-sisa pengajian tanpa di temani teman-teman yang aku kenali. Tapi percaya atau tidak, aku sebenarnya selesa bila duduk di kalangan rakan sekelas yang aku tidak kenali. Takde lah aku bercakap banyak sangat. Sekaligus menambah kosentrasi aku di dalam kelas. Hekhek

Aku fikir hari Jumaat ini, aku mahu pulang ke Kuantan. Rindulah kepada dua ekor kura-kura yang memang busuk Ya Rabbi. Konfius aku. Arini kasi mandi 14 jam kemudian dah busuk balik. Sebab tu aku selalu mengusulkan agar keluarga kami membela seekor kucing kembali. Tapi seperti biasa msg pending. Abah cakap dah cukuplah Awau (Kata ganti diri kepada kucing). Asek kene curi takpun hilang tah kemana ataupun mengatal dengan kucing lain (Lela) yang merupakan isteri kepada kucing Makcik Som. Maka, apabila hubungan sulit mereka di hidu oleh Suami Lela, (Majnun) maka, aku rasalah Majnun ajak geng dia belasah Awau aku. Kemudian menghalau Awau dari kawasannya. Dan sampai sekarang aku tak jumpa Awau aku yang bernama Fabuloso itu.

Rahsia Besar ---> Bila aku jumpa Lela. Aku tak pandang matanya. Sebab aku rasa dialah puncanya. Aku ibaratkan Lela seperti watak Sofia Jane dalam Isteri Perempuan dan Dot Dot Dot. Bila aku terlihat Majnun pulak aku panggil dia Kucing Lembu. Sebab dia bertompok hitam putih. Aku akan pura-pura terpijak ekor dia. Dan seperti faham-faham pula, dia pusing kepala buat-buat tak sakit dan buat bunyi "Miau?" (Walaupun aku jatuh cinta bunyi merdunya namun aku tetap tegarkan hati demi Fabuloso) Dan bila Majnun buat aksi sebegitu, aku selalu bayangkan dia cakap "Itu je yang kau boleh buat? Ah tak sakit pun" dan tonggek kan punggung sambil berjalan perlahan ala-ala kawat perlahan.

Dan sekarang Mummy aku bagitahu yang Lela sudah lari ikut jantan. (Tepat sangkaan aku, Lela ialah Isteri Perempuan dan Dot Dot Dot). Majnun pula sedang bersedih. Hari-hari makan rumput. (Aku tak heran sebab dia Kucing Lembu). Lela tinggalkan 5 ekor anak yang comel hasil perkongsian hidup bersama Majnun (.....atau mungkin Fabuloso?)

DAN SOALAN CEPU EMAS MUMMY....

Mummy : Makcik Som nak kasi Awau.
Aku : Yeke? (Excited)
Mummy : Aah. Anak Si Lela. bla bla (Cerita Lela ikut jantan ......)
Aku : Perempuan Isteri dan Dot Dot Dot sungguh.
Mummy : Jadi macam mana? Nak tak? Abah cakap ikut sukala..
Aku : Ala..anak si majnun kan...
Mummy : Aah..tapi mungkin anak si Fabuloso jugak.
Aku : Oh shit!


p/s - Bagaimana ni? Aku terkeliru antara dua jalan. Aku tak mau bela keturunan Majnun. Jika anak Fabuloso, kesian la mereka-mereka. Isk! Takkan nak kene buat ujian DNA dulu baru aku boleh bela Awau. Tapi ada ke ujian DNA untuk Awau.. Masalah peribadi sungguh!

20081128

BUKAN KEKELIRUAN IDENTITI

Setelah beberapa lama menyepi, akhirnya aku meringankan tangan untuk menulis sesuatu di sini.

Maka terjadilah entri ini.

Dan aku masih lagi tidak berapa rajin untuk semua ini. Tapi tak pela. Aku kan peramah orangnya.

Sebenarnya, aku menyepi agak lama la jugak dari perhubungan rangkaian sosial popular zaman kini. Malas.

Oleh kerana di Kota Metropolitan ini aku hanya bertemankan Power Rangers Putih jadi aku lebih lebih gembira dan bersyukur. Dan maka, aku rasa aku perlu mulakan hidup baru. Kerana aku dah tak kenal ramai orang. Atau aku tak mahu berkenalan dengan ramai orang yang sebeanarnya aku dah kenal tapi aku dah malas nak kenal. Jadi tiada maksud aku nak maksudkan sesiapa. Ini hanya ayat penyata. Sesiapa jangan nak gedik-gedik terasa. Jika terasa juga, maka kamu adalah seorang yang gedik. Jadi untuk mengelak jadi gedik, sila jangan terasa.

Dan maka banyak yang aku pelajari bebrapa bulan yang lepas. Aku akan belajar dari kesilapan aku sendiri. Aku akan bangun dari kesilapan aku sendiri. Dan aku tidak mahu melakukan kesilapan yang sama lagi. Kini aku jadi lebih fokus dan tenang. Fokus dengan kehendak kehidupan aku. Fokus hanya untuk yang perlu. Aku akan sedaya upaya mengasingkan diri dari apa-apa yang aku fikir aku tak perlu bergaul.

Jadi aku bangkit menjadi...

POWER RANGERS KUNING.

Baru secocok.

p/s: Ingin minta maaf kepada Rhona. Kerana berjanji tetapi tidak dapat tepati. Rhona, Power Rangers Kuning ini sangat sibuk menyelamatkan negara. Nanti kita bertemu ye. Maaf sangat-sangat.

20081125

ENTRI PUKUL PAGI

In the Name Of Allah ,the Most Beneficent and the Most Merciful.



Oklah aku ingin berhibernisasi dulu.

Esok pagi aku bagun, aku tulis.

Jika aku inginlah.



Assalamualaikum.


20081108

KENANANG DAKU DALAM DOAMU

Ini merupakan beberapa gambaran acara berjalan-jalan aku.


Permandangan dari sebuah kapal marine.


Budak baru lepas PMR. Selaku Juru Tangkap Gambar.


Bahu Power Rangers Putih dan juga sekumpulan Ayam Panas.


Melihat "itu". Power Rangers Putih seorang yang gayat.
Jadi kami hanya memerhati sahaja.
Gambar bahagia.


Banyak lagi gambarajah kenang-kenangan. Itu sudah cukup rasanya. Jika mahu lagi, tambah aku di MukaBuku.

Dan aku akan pergi berjalan-jalan lagi. Sedang siap-siap untuk berjalan-jalan.

Selamat Tinggal Kegusaran hati dan kecelaruaan minda yang suka menghantui aku ketika di Ibu Kota ini.

Selamat Datang ketenangan. ohmmm

20081102

APA APA YANG PENTING KADANG KADANG TAK PENTING

Maka dengan ini tamatlah minggu peperiksaan.

Dan ini bermakna muncullah pula minggu mengembirakan.

Nak pergi jalan-jalan.

Selamat Tinggal.

20081031

HANYA JULISS

Aku bukan beban bagi kamu-kamu yg aku sayangi semua.

Jadi.. aku akan simpan segalanya kemas-kemas dalam hati.

Kunci dan tak siapa akan tahu.

Termasuklah kamu-kamu yang aku sayangi semua.....

Bye.

20081029

KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN

Bagi melegakan minda aku yang di belenggu dek penangan xm, jadi aku bercadang untuk mengepost sebuah entri. Cerita lama.


HARI MULA-MULA

Tahun lepas, aku kerja part time untuk satu event besar kat KL. Live and Loud namanya. Mula-mula, aku kerja sebagai Penjaga Tiket di depan pagar di Bukit Kiara. Masa itu, untuk Konsert Cina. So xde harapan la untuk mencuci mata tengok balak-balak cun. Kerana semua yang datang semuanya cina-cina belaka. Tambahan pula Power Rangers Putih kerja sekali dengan aku. Jadi memang xdelah aku nak melilau. Kerja ini sangat penat. Gaji yang ditawarkan sebanyak RM50 sehari. Penat macam penat sangat.

HARI SETERUSNYA

Kebetulan kawan kami bekerja di bahagian Backstage. Dan mereka hanya berdua sahaja menguruskan backstage. Jadi aku dan Power Rangers Putih masuklah bahagian Backstage ni. Di sinilah cerita yang aku nak ceritakan.

Jadi backstage memang seronok nak mati-mati. Walaupun kami di perlakukan seperti hamba tetapi memang rock la. Kami berempat sahaja kerja sebagai backstage di Stadium Negara. 3 lelaki. Aku sorang je perempuan. Kami mempunyai supervisor. Perempuan. Tapi sebab dia supervisor, jadi pastilah kami berempat disuruh-suruh. Oleh yang demikian kami berempat la kerja bersungguh-sungguh. Kami akan menunaikan setiap permintaan para artis yang sememangnya macam-macam gila ni. Semua makanan dalam kabin kami kenelah jaga. Semua lah. Bahagian terbaik ialah kami dapatlah berjumpa artis-artis dan bergaul dengan xberapa mesra ni dengan artis-artis seperti Kc & Jojo yang mana aku sendiri konpius mana satu mereka ni. Aritis-artis Malaysia dan lain-lain. Kalau yang baik-baik ni memang mereka baiklah. Tapi secara keseluruhannya mereka baik-baik sahaja dengan aku dan kami semua.

Tapi bab yang tak berapa nak best pula dimana kami akan start kerja jam 7 pagi setiap hari dan berakhir pukul kami pun tak sure pukul berapa. Kadang-kadang 4 pagi, kadang-kadang 5 pagi. Ikutlah. Dan yang sadisnya gaji kami tetap RM50. Dan tambah sadis lagi bila kami yang kerja macam nak mati ni angkat mineral water satu kotak dan berkotak-kotak kehulur-kehilir, terkejar sana sini bila barang dalam kabin tak cukup dan memandangkan aku sorang je perempuan, aku masih lagi tak terkecuali buat semua kerja ni. Agak nak berotot la jugak lengan aku masa tu, lelaki-lelaki kentut basi ini semua masih lagi buli aku. Dan aku tak kesah pun. Tapi cerita sadis ialah, kami semua tak delah disediakan bilik hotel sebagaimana penjaga-penjaga artis (Artis Lison) dan juga sekretariat-sekteriat yang juga part time cam kami. Mereka-mereka tidur hotel best-best bertaraf banyak bintang di sekitar Ibu Kota dan bergaji harian sebanyak RM100. Tapi aku lebih rela jadi backstage. Biarlah buat kerja berat, kerja dengan lelaki-lelaki kentut berbanding mereka-mereka yang kerja dengan perempuan-perempuan yang konon-konon kawan tetapi kutuk-kutuk kat belakang. Dan kebanyakan mereka kelihatan stress selalu bila menghampiri kawasan kabin. Aku pun tak sure kenapa.

Maka ada lagi best part tentang kerja kami ini. Kami mendapat ekses yang memang best gila terhadap makanan-makanan serta minuman-minuman seperti jus-jus dan lain. Wah ape lagi pau ajela. haha

Sampai ke Bukit Kiara di mana Shaggy dan Whitney Houstan membuat persembahan pun masih kami bertungkus lumus. Cuma kali ini tambah ahli sikit la. Takde seronok sangat macam kat Stadium Negara. Aku masih gelakkan Power Rangers Putih dan Lelaki kentut bernama Jurnal. Mereka ini lah yang menyelamatkan Malaysia apabila Whitney Houstan mintak iron board jam 10 malam. Bukan tak disediakan iron board, cuma dia x suka kot iron board yang sedia ada tu. Tah aku x berapa pasti. Lalu Power Rangers Putih bersama Jurnal menaiki pacuan 4 roda Jurnal yakni Kancil Bodykit Skyline nya memecut ke Tesco di Damansara. Sampai-sampai aja barisan panjang gila time nak bayar. Jurnal melutut cakap " Tolonglah makcik, ini untuk Malaysia ". Wah! terus makcik tu kasi bayar dulu. Tapi mereka memang hero lah malam tu.

Dan aku secara jujurnya mengakui aku xsempat pun nak menonton konsert-konsert berkenaan kerana terlalu penat. Walaupun kami mendapat akses yang membolehkan kami bergerak sewenang-wenangnya kemana-mana pun. Tapi aku tido dalam kabin yang ada aircon. Jadi jangan tanya best ke tak mereka-mereka nyanyi. Cuma time aku terbaring kat kerusi di Stadium Negara kemudian tiba-tiba bangun dan terdengar lagu All My Life dendangan Kc & Jojo, hati aku sayu gila. Lagu tu buat aku shahdu beberapa minit. Kemudian aku sambung tido balik.

HARI-HARI PENGHABISAN

Kami akhirnya dapat juga tido di hotel. Setelah hari-hari merayu kepada Supervisor kami. Walaupun konsert semua dah habis, adalah beberapa hal yang nak kene settle. Kami berjaya tido di hotel berbintang itu selama lebih seminggu. Puas hati semua orang.

Dan segalanya memang tak dapatlah aku lupakan. Kepada geng-geng backstage yakni Jurnal, Semut, Power Rangers Putih, (Campur dua orang dari Bukit Kiara ) Rhaizo dan Dunca. Kamu semua memang best. Rindu la trip kita ke Cameron Highland.



Walaubagaimana suck pun bila time nak collect duit gaji tu, sebab kene tunggu lebih sebulan kot atau lebih untuk mendapat duit gaji yang tak seberapa tu, aku rasa kenangan bersama-sama lelaki-lelaki kentut semua amatlah best. Aku ingat lagi time kami semua kena kira pinggan mangkuk hotel yang semamangnya tak cukup sebab adalah segelintir artis-artis ni buang dalam tong sampah la apa lah, bilang-bilang tuala dan kene asing-asingkan mengikut size dan juga hotel tempat kami pinjam. Dan sah-sahlah tak cukup. Tengok ajelah Kc & Jojo dah baling pada peminat-peminat mereka. Walhal semua tu kene bayar balik. Dan kehilangan segelintir tuala-tuala tersebut masih lagi misteri sampai sekarang. Dan juga terujaan lelaki-lelaki kentut nak bergambar bersama Hannah Tan. Termasuklah Power Rangers Putih aku.

Dan rakan-rakan baru yang aku kenali dan sememangnya telaH hilang. Maaflah jika aku kurang mesra sepanjang masa Live and Loud. Aku macam kurang masa untuk bersosial serta beramah mesra. Jika ada kamu-kamu yang berkerja bersama ketika masa tersebut bolehlah sapa aku di sini ya. Jika adalah.

Ketika bertugas sebagai Penjaga Pintu.

Muka-muka yang sangat penat.
Lelaki yang pakai kasut putih itu berhenti kerja setelah
sehari bertugas bersama kami.


Dan sehingga sekarang mereka-mereka masih rapat dengan aku. Sempat kami melancong ke beberapa tempat di Malaysia bersama-sama sebelum kami semua sibuk menguruskan hidup masing-masing.

Dan aku rindukan persahabatan bersama lelaki-lelaki kentut.

Bye.

20081028

MACAM MACAM TERANCAM

Aku tak meng-onlinekan diri terhadap jaringan-jaringan internet kerana malas. Inikan minggu peperiksaan.

Sebut pasal peperiksaan, aku dengan amat yakin bahawa xm aku mula pada 29hb dan berakhir pada 2hb. Lalu aku lihat jadual waktu xm. Kemudian aku beritahu Power Rangers Putih " Kite pergi xm sama-sama eyh?".

Maka aku dengan kesungguhannya membaca nota-nota penting. Sambil untuk menyedapkan hati menghatar pesanan ringkas kepada seorang rakan. " Kau dah study ke? " Jawapan rakan ialah "Belum, aku study bende lain dulu. Relek la. Lambat lagi. " Ringkas. Tetapi meninggalkan tanda tanya yang agaklah besar nya di kepala aku. Lalu aku mengambil inisiatif untuk menge-check kembali jadual peperiksaan. Dan ternyata. Wah! Xm aku lambat lagi. Seronok betul.

Nasib baiklah aku tengok waktu yang betul bab bila xm aku akan berakhir. Kalau tidak, naya la. Mati aku di fire oleh Power Rangers Putih.

Jauh dalam hati aku.

Alhamdulilah.

Boleh aku baca nota-nota tanpa rasa macam-macam.

20081025

LENGKAPNYA KOLEKSI MALAP

Pada hari semalam yang mana hari Jumaat, aku telah mendapat perkabaran yakni rakan sekelas dan juga se-geroup aku meninggal dunia. Sangat sedih kerana dia sangat baik. Maka dengan ini lengkaplah minggu sedih aku.

Dan aku ke Cyber Cafe terdekat semata-mata untuk mengepost entri ini.

Al-Fatihah untuk Saiful Rizal.

20081023

POWER RANGERS YANG BUKAN POWER RANGERS SEBENARNYA. DIA HANYA RITA RAPUSA.

Esok balik Kuantan. Gembira Yeay.

Minggu ini minggu sedih. Aku sedih. Semua yang lalu lalang depan aku nampak sedih sahaja. Sebentar tadi aku berhalusinasi sebagai Sally. Heroin cerita Mimpi Buruk Sebelum Hari Natal. Tapi tiba-tiba aku rasa takut pula. Aku ni penakut orang nya.

Aku melakukan lawatan maya. Kemudian aku melewati sebuah laman web Lelaki Yang Tidak Gemar Makanan Pedas. Entri yang memberi aku inspirasi untuk tak berapa nak bersedih.

Memetik kata-kata si penulis dengan ayat yang secara semulajadinya hensem.

... kita kena tanam sikap sabar. Ingat satu perkara.. orang jahat ni selalu dengki dengan hero. Tak boleh tengok hero senang. Buat ini salah.. buat itu salah....

-Abah Penulis
-
Hensem kan ayat cam tu?

Tapi aku fikir balik, aku ni hero ke? Macam tak je. Aku cuma orang kecil. Cuma Semut Merah. Sebab tu aku tak tumbuk mereka-mereka semua. Sebab aku malas. Dan takut jugak masuk penjara. Sebab takut terbunuh mereka-mereka pula nanti.

Okaylah Nak baring-baring sambil berhalusinasi.

Bye.


POWER RANGERS PUTIH RANGERS POWER

Aku sedih lagi.

Minggu ini minggu sedih.

Kepala aku banyak berfikir.

Perasaan aku tak tentu hala.

Jantung aku selalu berdegup kencang.

Aku sejuk satu badan.

Aku sedih.

20081021

PEREMPUAN KESAYANGAN JULIS

Aku call Zatul.

Dan Zatul buat aku tenang.

Alhamdulilah.

Terima Kasih buat nasihat dan kaseh sayang.

I LOVE YOU FOREVER.

HATI PECAH

Kadang-kadang aku rasa aku tak guna.
Aku beban pada semua orang.
Mummy Abah Power Rangers Putih.
Aku syukur mereka ada.
Tapi aku terlalu membebankan mereka.
Katakan mereka semua dah tak sanggup nak ada untuk aku.
Maka aku tiada sesiapa.

Aku tak mahu susahkan mereka lagi.

Aku telefon Mummy. Rasa nak menangis. Tapi tak sampai hati nak susahkan hati Mummy.
Dan aku tak tahu nak cakap ape jika Mummy tanye nape aku nangis. Akhirnya aku cakap aku terdial number Mummy. Sebab hari ini saja dah 5 kali aku telefon Mummy. Tapi sebanyak tu juga aku tak tahu nak cakap ape.

Aku telefon Power Rangers Putih. Dan aku tak tahu nak cakap ape.

Aku tak boleh telefon Abah. Nanti Abah susah hati.

Aku tak boleh telefon Zatul. Zatul pasti sedang sebok ber-praktikal.

Dan itu saja orang-orang yang aku percaya dalam hidup aku sekarang.

Dan aku tak sanggup susahkan hati mereka.

Abah Mummy Power Rangers Putih,
Betapa banyaknya aku terhutang budi dengan kamu semua. Dan semuanya aku tak tahu aku boleh balas atau tidak. Kerana kamu semua aku kuatkan hati aku. Kerana kamu semua aku mencuba. Jika tidak maka aku rela kambus diri dalam lubang. Tinggal di dalam perigi buta seumur hidup. Kerana hidup ini terlalu kejam buat aku. Terima kasih kerana masih sudi ada dengan aku.

Aku murung, gundah, sangat sangat sangat sangat sangat sedih sekarang.

MENDUNG DI TENGAH HARI

Entahlah..aku rasa aku ni macam banyak je masalah. Ataupun aku selalu cari masalah dan akhirnya masalah tu cari aku balik. Tapi sememangnya hati aku tak tenang. Gusar je sekarang ni. Banyak aku fikir. Dan Power Rangers Putih tak tahu pasal ini semua. Sebab aku tak tahu macam mana nak terangkan kat dia. Jadi aku pendam sahaja lah.

Entahlah. Aku gusar dan gundah gulana.

Kemelesetan perasaan dan falsafah hidup kembali menghantui aku.

Aku nak jadi invisible. Bukan sahaja di YM. Tetapi dimana-mana.

Aku sedih dan gundah.

Bye.

20081017

PENAWAR JIWA SENGSARA DITERIMA JAM EMPAT EMPAT PULUH ENAM PETANG.

Kesayangan Julis

Cukup bukan untuk menjelaskan segalanya.
Tak perlu penjelasan panjang lebar.

Ketika aku menulis entri ini setelah aku tersedar yang mana hidup aku sebenarnya sudah lengkap. Aku mempunyai orang-orang yang penting dalam hidup aku yakni:

1. Mummy dan Abah yang sayangkan aku.
2. Adik beradik yang sayangkan aku.
3. Power Rangers Putih.
4. Seorang Rakan Terbaik.

Sudah cukup untuk aku.

Syukur sangat ni Tuhan.

KEMELESETAN JIWA RAGA DAN FALSAFAH HIDUP

Hari ini mood baik lah. Lapang sikit rasa.

Dua tiga hari ini mood tak menentu. Macam-macam aku fikir. Macam-macam tindakan rasa nak buat. Waras dan tak waras bercampur gaul. Mujur aku masih siuman.

Semalam nampak sangat hari yang tak cerah. Bagun dari mimpi ngeri aku duduk tenung komputer. Menangis teresak-esak macam orang kurang siuman. Abistu mimpi tu ngeri sangat. Aku tak dapat lakukan apa-apa selain biarkan diri menangis puas-puas.

Kemudian Power Rangers Putih ajak pergi breakfast. Selesai.

Balik rumah. Tenung nasib. Petang pula adalah pulak pekara serabut terjadi.
Buat aku hilang deria terhadap insan-insan bernama "KAWAN".
Semalam memang rasa macam-macam.

Alhamdulilah hari ini rasa dah hilang sikit. Dan aku bertekad, nak biarkan sahaja. Lantak kan ajelah. Malas aku nak layankan mereka.

Lalu aku habiskan hari-hariku melihat cerita-cerita yang menarik dan kurang menarik di televisyen. Berborak dengan kawan terbaik seluruh cakerawala yang aku rasa ini saja yang aku miliki. Sungguh mententeramkan jiwa aku. Kami bebas cakap apa sahaja. Puas hati aku.

Bil telefon sampai semalam.

Lif kat rumah aku rosak. Turun tingkat 9 guna tangga.

Power Rangers Putih bilang aku macam terer je pasal portal yang dia sedang usahakan. Aku diam. Bukan sebab aku kedekut ilmu. Tapi sebab aku tak tahu nak jawab apa pada soalan dia sebelum itu. Aku tak terer.

Aku tak tahu aku rasa apa sekarang.

Bye Blog.

20081016

AKU BUKAN BAIK SGT PUN NAK NASIHATKAN KAU. DAN KAU LAGILAH LANGSUNG TAK BAIK.JADI KITA MUNGKIN SAMA BUKAN BEGITU?

Biarlah aku nak tulis apa pun. Aku rasa selesa.

Biarlah aku nak buat apa pun. Aku rasa selesa.

Biarlah jadi apa-apa pun. Aku malas nak peduli.

Biarlah orang nak cakap apa pun. Bukan mereka baik sangat.

Biarlah mereka dengan labu-labu mereka. Aku masih belum peduli.

Biarlah mereka. Aku malas.

Biarlah hilang apa-apa yang pura-pura penting dalam hidup aku. Sebab semuanya tak penting.

Biarlah hilang mereka yang berpura-pura. Sebab semuanya tak penting.

Biarlah mereka membuat konklusi sendiri. Sebab aku tak peduli.

Biarlah yang bukan kawan aku lagi. Aku bukan kawan kau lagi.

Biarlah hilang mereka dalam hidup ini. Aman sikit hidup aku.

Biarlah mereka nak menyebok sekarang. Mungkin nanti mereka penat.

Biarlah mereka berkata. Aku tak mampu nak tutup semua.

Tak gembira pun ada mereka. Jadi aku xpeduli.

Aku ada dunia sendiri.

Aku ada hidup sendiri.

Aku dah berhenti peduli pasal mereka-mereka yang tak penting.

Aku berhenti untuk semuanya.

Aku nak hidup dengan orang yang aku kasehi sahaja.

Pergi **** lah kau "KAWAN".

Jangan ganggu aku lagi.

Terima Kasih.

20081015

SEBAB MUSABAB MEMANG SUKAR LA KAMBING

Biarkan ajela.

20081014

HATI-HATI PILIH SAUDARA

Assalamualaikum, Waalaikumussalam.

Kehadapan Blog,

Sesungguhnya Allah itu maha adil. Maka setiap kejadiaan yang terjadi di bumi ini pasti ada sebab dan musababnya.

Aku memang terlampau malas untuk menulis beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin tangan aku terlalu gemuk dek penangan kueh mueh dan juga juadah-juadah hari raya. Maka aku bersedih atas segalanya.

Air mata kering kat pipi kerana mendengar cerita mummy ku nan satu. Betapa kesian Abah di tuduh begitu begini oleh adik beradik sendiri. Dan betapa kuasa duit dapat memecah belahkan sebuah famly. Sungguh dasyat. Semalam seorang saudara ku meninggal. Entah mengapa dalam hatiku tiada simpati yang datang. Puas aku cuba untuk bersimpati tetapi sungguhlah tiada. Seolah-olah. Error. Please Try Again. Later. Ala-ala begitulah. Jadi aku biarkan perasaan ku.

Aku berfikir kejamkah aku kerana sangat tidak bersimpati keatas pemergiannya? Aku cuba fikir pula apa yang arwah lakukan sepanjang hidupnya? Oh ya satu pun tiada kaitan dengan hidupku. Jadi titik.

Kemudian aku fikirkan sesuatu. Keluarga belah Abah yang sememangnya bukan keluarga langsung. Bukan niat membuka bekung didada sendiri tetapi hakikat memang benar. Dan sesungguhnya Abah merupakan anak yang paling tidak disayangi oleh Tok (Perempuan). Tetapi Abah merupakan anak yang paling disayangi oleh Toki (Lelaki). Malangnya, ini tidak memberi kesan, kerana Toki telah pergi jauh. Maka kembalilah Abah sebagai anak yang paling tidak disayangi oleh Tok. Bertambah pula Abah berkahwin dengan bukan pilihan Tok. Jadi Abah bertambah terasing. Dalam pada itu, Abah mengorak langkahnya ke arah lain. Buat famly sendiri. Raya pun xbalik kampung Tok. Dan aku dan adik-adik terdidik dengan falsafah tersebut. Raya xperlu balik kampung Tok. Cukup hanya kunjungan selama setengah hari dan pulang kembali ke rumah. Bukan Abah xnak balik. Tapi Abah sentiasa di kene-kenekan. Jadi kalau aku jadi Abah pun aku malas nak balik.

Adik-adik Abah dah agak berjaya la sekarang. Bukan berjaya gila. Jadi orang-orang berpangkat ke hapa. Tapi adalah kerja tetap dan lain-lain. Tetapi sekarang masing-masing dah menyombong. Bilang Abah kaya sebab makan duit haram. Padahal hanya kami sekeluarga sahaja yang tahu betapa Abah berkerja kuat untuk kami sekeluarga. Kalau tak abah xdelah jadi hitam. Tapi ini x memberi makna kepada mereka-mereka semua. Kalau nak tahu cerita, kerja yang mereka berkerja sekarang ini merupakan kerja yang Abah tolong carikan. Abah susah-susah merekomenkan mereka-mereka ini. Kalau tak tentu mereka masih jadi Pak Guard. Atau Ketua Pak Guard ke sebab dah terlalu lama bekerja. Tapi mereka seolah-olah langsung tak pernah bersyukur. Langsung tak berterima kasih pada Abah.

Dan semalam, ketika Abah pulang menziarahi saudara yang mati tersebut, Abah di malukan oleh adik-adiknya sendiri. Abah dituduh makan duit haram sebab itu lah Abah makin gemuk. Dan mereka meminta Abah kasi RM1000 setiap seorang sebab mereka nak duit. Dan jika Abah tak kasi mereka akan berdendam dengan Abah dan siaplah Abah.

Mummy telefon cakap jaga diri baik-baik. Balik dari tempat orang mati tersebut Abah tak boleh tido. Setelah di ugut oleh adik-adik sendiri yang Abah takutkan cuma aku. Kerana aku seorang diri disini. Abah tak dapat jaga aku. Abah takut mereka-mereka lakukan sesuatu pada aku. Betapa Abah sayangkan aku selamanya. Dan bertapa aku berrsedih dan menangis teresak-esak ketika diberitahu oleh mummy. Ingin saat ini aku terus peluk dan urut-urut Abah. Cabut uban Abah. Letak losen halia kat perut Abah. Ironkan baju kerja Abah. Teman Abah pergi beli ikan. Dan tak tergambar rasanya hidup tanpa Abah. Abahlah orang yang paling telus pernah aku jumpa. Abah tak pernah cuba sakitkan aku. Abah tak pernah cemburukan aku. Abah tak pernah bercerita bukan-bukan pasal aku. Abah juga tak pernah pecahkan rahsia aku. Betapa tiada kawan pun yang boleh menandingi kejujuran Abah.

Dan sesungguhnya, saat ini aku betul-betul berharap mereka-mereka yang sakiti Abah baca blog ini.

Aku selaku anak Abah yang beusia 22 tahun dan aku rasakan cukup matang untuk meluahkan rasa hati aku ini.

Wahai sialan-sialan, jika tiada Abah maka kamu semua mungkin masih merempat di tempat asal kamu. Jika tiada Abah, si mati semalam pasti tak tertanam lagi. Sebab masing-masing tak mahu pergi panggil orang uruskan jenazah. Bukan kerana orang hormatkan Abah semalam, pasti tiada siapa yang datang untuk Ratib. Dan malam ni dah takde orang nak datang me-Ratib sebab tiada Abah. Dan Tok, memilih kasih bukan? Tok tahu tak kalu takde Abah maka tiada siapa yang akan baca yasin untuk Tok bila Tok mati nanti. Mengaji untuk Tok bila Tok nazak nak mati nanti. Sebab anak-anak Tok yang lain semua buta Agama. Dan sialan-sialan semua. Bersyukurlah kamu kepada yang Satu. Bersujudlah kamu kepada yang Satu. Kerana itu yang Abah lakukan 5 kali sehari. Dan Abah ajar kami semua sekeluarga melakukannya.

Semoga Allah bukakan hati kamu-kamu yang aku tak rasa seperti keluarga Abah.
Dan pergi jahanam lah kamu semua. Jangan ganggu Abah aku.

Entri Emosi dari Penulis.

20081009

MINAH LODEH TIPAH LEPAT PAKCIK NASI AYAM.

Assalamualikum, Waalaikumussalam.
Kehadapan Blog.


Hari ini hari Khamis. Esok kalau jadi aku dan Power Rangers Putih nak pergi tanam jagung. Harap-harap jadilah.
*Amin*

Hari ini aku rasa lebih sihat berbanding semalam. Setelah memberi 2 ekor anak kucing minum aku rasa mahu menulis. Sepanjang aku beraya dengan sakannya, aku rasa gembira. Sebelum raya aritu aku ada jumpa dengan Cik Rona yang super duper sweet, peramah dan tidak kelihatan seperti usianya. *Nak petua awet muda boleh?*

Ketika raya pula kami sekeluarga menziarahi kuburan Atok Nenek. Sungguh shahdu. Pastu hujan. Dah xshahdu sangat dah. Ini kerana hujan tersebut berjaya membasahi baju raya aku. Aku pasti makcik-makcik aku pun begitu jua. Tapi mereka maintan cool sahaja. Dan akhirnya lari-lari anak ke kereta. *Tapi aku sempat buat apa yang patut kat kuburan Atok Nenek*

Pergi beraya kemudian makan. Makan dan terus makan. Aku rasa semua rumah yang aku pergi aku akan makan. Nasi xpayah bilang la. Macam-macam jenis nasi aku taram. Nasi minyak, Nasi Dagang, Nasi Impit, Nasi Kerabu pun ada tau!, dab pelbagai lagi yang malas aku nak bagitahu kerana mungkin ini akan merubah presepsi kau terhadapan aku Blog. Mungkin kau cakap aku ialah gadis pelahap. Jadi aku rahsiakan apa yang aku makan. *Gemuk*

Balik ke Kuala berLumpur, setakat ini aku tak pergi beraya mana-mana lagi. Ini kerana aku sibuk. Atau mungkinkah aku pura-pura sibuk. Dahlah aku malas nak cerita lagi. Tunggu la aku ada kemahuan. Aku akan cari jalan ok.

Bye Blog.

20081008

AKU TERLUPA LETAK TAJUK.JADI SEKARANG AKU LETAK TAJUK.

Aku kepilkan beberapa gambarajah sepanjang perayaan tahun ini. Aku tidak mempunyai daya yang mencukupi dan idea yang mencurah-curah ke ladang gandum. Akibat daripada kesakitan yang sedang aku alami ini. Walaupun tak kronik, aku tetap malas nak fikir-fikir. Jadi tataplah gambarajah di bawah dengan penuh keghairahan ye Blog.

SEBELUM RAYA

Kura-kura yang gembira bermain di Pantai.

Abah yang sedang mencari ketam.

PRP = Power Rangers Putih.

Maksu yang sedang bakar ikan.

Ketam yang Abah berjaya tangkap. Setengah baldi.

Main mercun dan bunga api di malam Raya.
Tujuan untuk halau Hantu Raya.

SEPANJANG RAYA

Sembahyang Raya.

Melawat pusara Atok dan Nenek.

Adik yang tak habis-habis mintak duit raya dari aku.

Kucing yang bernama Raya.

Ketika mengadakan lawatan ke rumah-rumah sedara mara,
Aku dapati rupa-rupanya nenek sedara aku menternak lembu.
Aku jadi teruja tengok lembu-lembu.
Tapi busuk la bau dia.
Tapi xkesah aku tetap suka.

Asik berentenet aje. Tidur la pula. Nak jaga kecantikan la katekan. eh eh

20080927

MISTERI BUKIT KEPONG

Aku dah nak pulang ke Kuantan Berhari Raya.

Sebelum itu aku perlu berjumpe Kamy untuk mengambil tempahan kek cawan berskala tinggi.

Dan aku perlu mengemas kasut-kasut yang perlu aku bawa pulang. Kentut basi. Beg aku akan bertambah berat. Campur pakaian dalam lagi. Sentot la. *Marah diri sendiri--semua pun nak bawa balik!*

Dan kepada Cik Lola, sila tampil kehadapan. Rasa mahu berkenalan pulak. Siapa kamu ye? *Senyum meleret penuh kemesraan*

Oklah aku berlalu dahulu. Banyak lagi benda tak buat. Contohnya, kemas katil. Pemalas!

20080926

UBI REBUS NAMPAK MENARIK BILA HUJAN-HUJAN BEGINI

Hujan lebat. Selesa rasanya. Beberapa hari lagi nak raya. Memberangsangkan sungguh. Mendengar koleksi lagu yang indah-indah buat aku terlelap beberapa detik. Selamat Tinggal Malaysia. Aku tido dulu.

Pastu tak boleh tido. Sebab overdose Cerita Faveret. Aku pun tgkla Cerita Feveret buat yang ke 8 ribu kalinya aku rasa. Sambil tu aku kelepet baju-baju yang nak di bawa pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba rasa banyak pula. Di tambah pula dengan baju yang akan aku dapat nanti so bertambah la banyak. Nak bawak balik rendang, lemang dan lain-lain lagi. Banyak la pulak. Tapi aku dah berjanji dengan pelayan kedai arab yang peramah tu yang aku kan bawakan dia rendang dan lemang. Dia warga Filipina. Adakah aku terlalu peramah sampaikan aku dah boleh dikatakan kawan rapat dengan dia. Siap msg-msg lagi. Tapi tak pe, mudah-mudahan nanti aku nak ke Filipina dia boleh jadi Pemandu Pelancong kami. Dan nama dia Judy. Janda beranak satu.

Semalam,

Hari kesuka ria kami. Kelas tamat jam 709 malam. Lalu lantas berbuka di dalam kereta sahaja. Jadi, kami berbuka di kedai cina. Dan menonton tanyangan layar besar. Cerita Pathology. Cerita lucah. Tapi menyeronokkan. Tapi tak seronok sebab banyak adengan di potong-potong. Tapi jangan bimbang, Power Rangers Putih tengah download cerita itu tanpa di potong adengan tersebut. *Mata kelip-kelip seronok tapi tak pasti seronok atau tak*

Dan maka aku mengepost beberapa keping gamba bagi santapan minda kamu blog.
*Tapi dengan tujuan lain, menjeleskan kau* *Buat aksi senyuman tersirat*

Pancuan yang berumur 22 Tahun.

Power Ranger Putih yang berbaju kuning.

Laici.
*Alamak dahaga la pukul-pukul petang cmni*


Sekaf bintang yang menarik.

Koleksi-koleksi yang layak dipertontonkan untuk kau blog. Yang lain aku simpan untuk rujukan sendiri.

Owh ya, Sputnik Sweetheart sememangnya sangat berhati manis. Walaupun khidmat YM macam kentut basi, tapi jangan risau, nanti kita berburak-burak lagi di masa akan datang. Ataupun menjemur muka di bawah sinaran bulan di kedai makan di seksyen lima belas ya!

Akhir kata, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Aku sayang kau blog.

Dan aku adalah Tree Hugger dan juga Vampire dalam satu masa. Itu ialah identiti rahsia aku. Jangan kasi tahu sesiapa.

Selamat Tinggal Blog. (Bye-Bye)

ROBOTS AND ROCKETS IS ALL WHAT I COLLECT.

Blog aku janji nak kasi kau tengok gamba barang yang aku beli di Kedai Penyangak kan?

Nah tengoklah.

Baju Hijau: Topman (Power Rangers Putih Punye Sebenarnye),
Step-on-Legging: Penyangak Jelita,
Kasut: Kedai yang Femes (Aku tak suka menunjuk),
Beg: Mummy punya,
Rambut: Buatan Sendiri (Cantik bukan?*Perasan*)
Lokasi:Toilet Kompleks Membeli Belah.

Esok aku tulis lagi. Kasi aku tidur. Demi kecantikan dan kesihatan diri.

Lupa. Cantik bukan seluar-yang-dipijak aku?

20080925

PENYANYI KEGEMARAN SAYA IALAH KIMYA DAWSON. LEMBU IALAH HAIWAN KEGEMARAN SAYA.

Kisah semalam yang nyaman.

Berbuka puasa kerana puasa sepanjang hari. Tahniah diri sendiri.

Kemudian berjaya berjumpa dengan Shoplifter--Ami yang super baik. Dia sangat baik. Dia siap sangggup mandi untuk jumpe dengan aku. Aku tak ingat siapa-siapa yang sanggup mandi dulu sebelum berjumpa dengan aku. Sebab aku bukan artis mahupun siapa-siapa yang penting dalam negara. Power Rangers Putih aku pun xmandi kadang-kadang bila berjumpa aku. Jadi aku isytiharkan dia sangat baik. *Terharu 5 saat*

Pertemuan diatur. Atas nasihat Power Rangers Putih, baik aku bawa buah tangan. Kerana aku banyak sangat menghantar pesanan ringkas kepada dia dengan menggunakan perkataan-perkataan yang tak sejagat. Jadi aku bergegas membeli buah tangan. Ketika kedai hampir tutup. Tapi kakak tu manis dan dia kasi aku beli. Jadi aku beli. Jadi aku dah berjaya kasi Ami yang Super-Baik sebab mandi untuk bertemu aku. Suka la Ami ni. *Aku lurus jgn bimbang*

Aku memperagakan barangan baru itu. Wah! Secocok~

*Pelempang diri sendiri sebab perasaan*

Nanti jika aku ambik gamba bersama barangan baru tersebut aku kasi kau tengok ye Blog.

Kesimpulan dari entri hari ini ialah, kunjungi Butik Penyangak sebab barangan yang super best dan juga saya berterima kasih kepada Ami yang sudi membalas setiap pesanan ringkas saya. Anyway (Tak tahu dalam bahasa melayu orang cakap apa takkan "Jalan Lain" pula kan?) Ami sesangatlah sopan satun dan baik hati.

20080924

MUNGKIN AKU PERLU LEBIH BANYAK MAKAN SAYURAN DI MASA AKAN DATANG

Hari masih muda. Tak tahu nak tulis apa. Hanya gambar ni.

Lelaki yang suka jalan laju-laju.

Kerana dia adalah Power Rangers Putih. Sebab itulah dia jalan laju-laju. Oh aku cinta kan kamu sungguh-sungguh. *Senyum mata kelip-kelip*

*Pelempang diri sendiri*

Power Rangers Putih bukan romantika orangnya. Tapi cukup bagus untuk aku. Dia terbaik. Thanks For Everything.

Kenapa aku selalu rasa yang Bahasa Melayu lebih jiwang berbanding Bahasa Inggeris? Hermm

Sehingga Masa Akan Datang! (Nampak tak ape yang aku maksudkan?)

20080923

SEROJA BUNGA SEROJA A A A A A A A A

Aku sambung entri sebelumya. Semalam aku beli bunga. Hari ini aku bangun baru aku buat gubahan terhadap bunga tersebut. Walaupun x berapa nak jadi gubahan tersebut. Tapi aku berpuas hati. Aku beli bunga Daisy. Aku rasa itu memang bunga Daisy. Ampun kan aku jika bukan. Sebab aku buta bunga kadang-kadang. Pekedai kasi 10 kuntum bunga harga bersamaan RM6. Jadi aku kasi Power Rangers Putih bebrapa kuntum dan selebihnya aku buat gubahan.

Oleh kerana Power Rangers Putih xberapa suka bunga, aku mintak balik bunga tu lepas dia bergembira sebab aku kasi dia bunga. Aku tahu dia tak kesah. Lagipun dia sayang aku. Tambahan pula separuh dari duit beli bunga tu duit dia. Jadi secara tak langsung, macam aku tolong pilihkan bunga untuk diri sendiri lah kan? Apa-apa jelah! *Tempeleng diri sendiri*

Bergembiralah dengan gambar-gambar tersebut.

3 Kuntum yang diletak kan di dalam botol Fanta Power Rangers Putih. Aku letak berhampiran peti televisyen. Boleh aku pilih samada nak pandang bunga atau televisyen.



Selebihnya aku letak dalam vase dan letak kat tepi komputer dekat dengan gambar gembira kami. Ini untuk wujudkan mood romantik dan bahagia.


Nak buka puase kat mane ye. Herm..


IRONMAN YANG SENTIASA AKU SAYANGI FOREVER AND EVER IALAH ABAH AKU

Aku nak berentri gembira hari ini. Ok aku fikir apa aku mahu tulis.

*Fikir 2 minit*

Aku sayangkan Ibubapaku. Rindu mereka. Aku anak manja. Jadi?

Semalam merupakan hari memghabiskan tenaga dan wang. Berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Dan berbuka puasa di kedai Arab. Gara-gara Power Rangers Putih nak shisha. Aku bersama Rakan Sejawat Yang Cantek Manis menuju ke kedai arab berikut. Kami sampai jam 630 petang. Duduk borak-borak. Rakan sejawat yang cantek manis order baklawah. Sejenis pencuci mulut arab. Bila order dah sampai Rakan Sejawat Yang Cantek Manis ini terliur. Lalu meng-ngap di hadapan kami.Lalu membiarkan kami terlopong dan air liur berjuntai-juntai jatuh. Rakan Sejawat Yang Cantek Manis dapat cuti khas. Sebab itu dia bebas berperlakuan sedemikian rupa.

Aku tak minum minuman bergas. Bukan kerana jaga badan mahupun aku gedik-gedik tak mahu minum. Tapi kerana aku tak boleh minum. Aku pening dan tak berupaya bernafas. Aku cuba mahu minum. Tapi tak bisa. Effek sampingan masih tebal menghantui diri aku. Kesian kan aku. Hilang nikmat dunia kata Power Rangers Putih. Aku ingat masa tu aku darjah 6. Ada sekali kawan aku masukkan air bergas dalam minuman aku dan pura-pura bukan air bergas. Aku minum. Kendian aku terduduk pening. Malam tak boleh tido. Sukar bernafas. Kesian aku. Pergi Mac Din pun mintak Ribena. Dan akhirnya Ribena menjadi minuman faveret aku setiap kali berkunjung ke Mac Din. Oh lupa nak maklum, air diatas ialah Barbican. Minuman bergas arab yang mempunyai pelbagai rasa buah. Tidak mengandungi alkohol.

Rasa macam..

Aku tak sabar nak pulang jumpa keluarga. Kerana aku nak soping raya bersama keluarga tercinta. Tak sabar. Baju kurung dah x payah risau. Sebab mummy aku yang memang suka menjahit tu dah jahitkan. *Kenapa skill menjahit mummy tak turun kat aku?* Mummy jahitkan untuk abah, abang dan ajib baju melayu. Kakak dan mummy baju kurung. Warna Deep Purple. Ah aku suka Johhny Depp. *Pelempang*

Aku rasa sepanjang aku hidup Abah aku yang hensem tu selalu menuruti apa saja keinginan aku. Apa aku nak selalunya dapat. Biarpun lambat sikit tapi pasti dapat. Abah kerja hari-hari. *Sedih* Nak cari makan. Nak kasi keluarga kita senang katanya. Kakak belajar rajin-rajin ye. Abah pesan setiap kali aku pulang.Tapi rajin-rajinkah aku belajar? Walaupun abah kasar. Tapi aku tahu abah sayangkan aku lebih dari segalanya. Bila aku pulang dia akan masakkan makanan kegemaran aku sotong masak ape tah dan lempeng super nipis versi abah. Enak. Apa pun terjadi kat aku abah tak pernah benci aku. Tak pernah tinggalkan aku. Walaupun aku selalu minta wang. Abah tak pernah benci aku. Aku menyesal sangat dulu-dulu aku selalu lawan abah. Bila abah tak kasi aku keluar bersama rakan-rakan. Sekarang baru aku boleh pk. Abah bimbang keselamatan aku. Walaupun aku tak pergi berperang tapi abah masih bimbangkan aku. Aku selalu rasakan aku terkongkong oleh abah. Tapi sekarang aku rasa kalu tak kene kongkong dulu mungkin aku dah jadi kutu jalan, hantu longkang sekarang. Terima Kasih abah. Kakak sayang abah. Dan kakak tak kan pernah tinggal kan abah selamanya...

Entri yang beremosi ini akibat dari aku rasa bersalah nak telefon abah mintak duit. Dan sekaligus melenyapkan impian aku untuk buat entri gembira seperti tercatat diatas. Apa nak buat, aku manusia dan ini blog aku. Suka hati aku lah.

20080921

SIAPA BILANG MAKANAN BOLEH MEMBUNUH? KALAU BERACUN MUNGKIN MEMBUNUH LAH.


Kan best kalau semua ini ada di dapur rumah aku. Ini ialah gambar dari buku masakan Samantha Brown. Aku tak beli buku itu. Aku hanya melihat-lihat sahaja. Terlalu mahal harganya. Lebih manis jika aku beli baju. Tapi kiranya Power Rangers Putih nak belanja. Aku terima aje. Lagipun, bagus juga jika dia belikan buku ini, boleh aku belajar memasak. Dan sekaligus menjadi isteri yang baik kelak. Tu pun kalau aku rajin nak masak-masak.

Hakikatnya aku lapar.

Bye Blog.

AKU MANDI JARANG TUTUP PINTU SEBAB AKU SEORANG YANG PENAKUT

Hujan lebat. Aku harap berterusan. Boleh aku tido seakan-akan malam. 9 hari lagi nak raya. Bestnye makan kuih sarang semut. Bestnye dapat duit raya. Dan best nye kalau plan selepas raya menjadi kenyataan. Indah. Indah. Indah.

Aku menjadi seorang yang pemalas pada hari ini. Biarpun hakikatnya hari-hari pun aku malas. Cuma hari ini aku extra malas. Atau tiada beza dengan hari sebelumnya. Kadang aku fikir mungkin penulisan aku boleh menyebabkan kesinggungan hati mereka-mereka. Tapi bila di fikir lagi, sape yang nak habiskan masa mereka baca entri-entri buruk aku ni. Jadi aku tidak peduli. Tambahan pula ini blog aku. Blog ini sayang aku. Suka hati akulah nak tulis apa. Apa mereka peduli.

*Sesi termenung berterusan selama beberapa minit yang logika*

Kembali.

Aku browse internet tengok-tengok. Jadi aku jumpa banyak gambar.

Ini menarik minat aku dalam beberapa detik. Benar sungguh perkataan nya.

Friendship by motionstudy

Tulisan yang kadangkalanya benar bukan?

Biasalah Hidup.

20080920

ENTRI YANG CUMA BOLEH MEMBANTU AKU TIDUR MALAM

Setelah berborak-borak bersama Power Rangers Putih. Aku teringin mahu pos entri ini. Entri ini entri bebas. Aku cuma meluah rasa. Kamu bukan siapa-siapa dalam hidup ini. Cuma setelah sekian lama. Aku rasa mahu pos entri ini. Kesimpulan nya aku mahu pos entri ini. Itu sahaja.

Aku suka berkawan dengan mereka dulu. Kemudian mereka bertukar menjadi sesuatu yang aku tidak dapat jelaskan. Jadi aku dah berhenti suka berkawan dengan mereka. Rupa-rupanya dalam hidup ini, ada jenis manusia yang tidak boleh di tegur. Jika di tegur maka mereka tidak dapat menerima. Dan perasaan berlumba tentang sesuatu yang bodoh bagi aku bukan aksi yang bagus. Juga berkata-kata dengan perkataan yang besar-besar serta meloyakan dan juga berlagak kuat di belakang tetapi bila berhadapan seperti semut pening sememangnya membuahkan kepada ketidak bagusan dalam persahabatan. Menghasut rakan sehingga mencetuskan kesusahan kepada orang lain merupakan aksi yang merbahaya. Kerana sekiranya si mangsa mengupah mafia, nescaya kamu bisa mati katak atau cacat seumur hidup. Oleh itu, hilangkan lah perasaan hasad kamu. Tidak perlu menunjuk-nunjuk kerana kamu tak best pun. tak kacak juga, tidak memiliki ketinggian yang ideal serta berat badan yang menyebabkan objek mengendur dengan dasyatnya sekiranya kamu menunggangnya.

Oh ya, seperkara lagi, berubahlah dari perbuatan diatas kerana kamu lelaki. Aku perempuan. Kamu tak sepatutnya memiliki ciri tersebut kerana kamu memiliki pisang dan aku tidak. Atau mungkin pisang kamu busuk dan buruk.
Alamak! Aku tidak tahu dan tak mahu berkata-kata. Kerana boleh mendorong ketidakstabilan emosi.

Terima kasih kerana keluar rumah tanpa notis. Kamu mmg awesome! Jenuh juga kami cari pengganti.

Sekali lagi, kamu mmg AWESOME. Kentut Basi!

Bye Blog.

MUNGKIN DUA GIGI AKU DI HADAPAN BESAR. AKU PEDULI APA. AKU RASA AKU KACHAK AJE. KAU PEDULI APA?

Rase lenguh. Aku menulis kau blog di komputer Power Rangers Putih. Keyboard yang berbunyi-bunyi apabila di tekan. Langsung tidak memberangsangkan otak dan mencetuskan minat Power Rangers Putih untuk membaca.

*Halau Power Rangers Putih dengan menabur beberapa janji-janji manis*


Misi berja
ya.

Power Rangers Putih dapat di halau.

*
Tadah Kesyukuran*

Siang tadi Power Rangers Putih bawa aku bersiar-siar di sekitar Kota Raya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur bosan. Tetapi setiap minit bersama Power Rangers Putih sungguh mengembirakan. Entri mengenai Power Rangers Putih mungkin membosankan. Namun aku suka kerana ini blog aku dan aku gembira menulis mengenainya.
*Muka senyum*

Aku kenal Power Rangers Putih 4 tahun yg lepas. Kenal kerana dia memakai kasut yang sama dengan aku. Tambahan pula masa it
u, aku gatal aku pun tegur la dia. Mungkin dia jua gatal masa itu. Jadi kami mengatal bersama hingga sekarang. 4 tahun. *Tadah Kesyukuran lagi*

Sejak Ramadhan, aku dapat rasakan aku membesar. Sahur makan nasi. Tidur. Bebuka makan nasi (Selalunya) pulang ke rumah baring-baring sambil tangan ghairah menekan-nekan remote tv. Kemudian mem-browse blog dengan posisi ikan paus meniarap. Pemalas. Okla aku malas.


Malas la nak menulis.




CERITA MELAYU DI TV MELOYAKAN AKU

Puasa penuh sepanjang hari. Syukur. Tapi mungkin pahala kurang. Biasalah banyak dugaan. Jumaat. Aku ingat nak tanye Power Rangers Putih dia pergi x semayang Jumaat arini. Tapi aku terlupa. Lagipun malas. Aku cair tenung wajah dia. *Mata Kelip-Kelip*

Power Rangers Putih ajak bebuka kat Curve. Aku ikut. Sampai Curve pergi survey movie. Beli tiket pastu booking tempat bebuka. Kendian lebih kurang sejam kami berkeliaran di sekitarnya. Tempat kegemaran. Kedai haiwan peliharaan. Menarik perhatian aku sungguh. Owh kami terkedu dengan aksi anjing berak kemudian jilat tahi dia sendiri. *Loya-Loya, Mata Kelip-Kelip*

Lepas pembukaan puasa kami menonton wayang bersama. Cerita pembunuhan. Lakonan Lindsay Lohan. *Mata Hampir-Hampir Tertutup*

Mengantuk tahap kuda kepang dah ni. Bercium seminit.
Okla nak tido. Selamat Malam.

Sayang Kau. Bye Blog.

20080918

TAJUK YANG GHAIRAH MUNGKIN MEMBANTU PEMBENTUKAN MINAT

Blog cantik lah hari ini. *Ilusi minda aku*

Dah nak raya dah pun. Tak sabar nak raya. Harap-harap aku puasa penuh la tahun ini. Tahun lepas pun ter-miss 4 hari. Aturan haid aku sememngnya tidak menentu. Kadang-kadang sebulan x kujung tiba. Kalu bulan Ramadhan tahun ini aku berjaya menghabiskan nya dengan cemerlang, maka xperlulah aku berpuasa. Lagipun kalau berpuasa bulan orang xpuasa, sememangnya sukar. Di tambah pula dengan Power Rangers Putih aku..malas nak terangkan.

Blog,
Aku baru saja memadamkan satu entri mengenai sekolah aku. Malas la pulak nak publish rasaya. Kesimpulan dari tulisan yang panjang tadi ialah aku mmg malas la nak ke sekolah. Dan sekiranya aku keluar berjalan-jalan di kampung halaman, aku akan berdoa agar tak terserempak dengan kawan-kawan sekolah. Malas la nak jawab soalan. Minta maaflah. Aku bukan kaki publisiti dan begitu gemarkan gathering dan sebagainya. Beberapa kali di ajak. Tapi malas. Dahlah malas la nak tulis. Aku nak main game.

Oh ya blog, lupa nak bagitahu 28/9 ni ada gathering batch aku. Mungkin aku pergi mungkin tidak. Tapi Mimichan ckp kita patut pergi sebab best jugak jumpe orang-orang. Entahlah.
Aku akan pergi kah? Ape terjadi ni diri sendiri? Ape kebendenye kau ni. *Marah*

Bye Blog.
Sayang kau, Blog.

20080917

ELMO DI BUMI YANG GERSANG

Rindu kau. Kau rindu aku x? Diam. Aku tahu jawapan nya. Hek

Blog,
Aku pulang Kuantan hari Jumaat. Teman rapat yang blikan tiket bas. Ahad pun balik bersama teman rapat. Lama tak bercerita. Super best. Rindu dia sebenarnya. Tapi dah terubat.

Blog,
Semalam aku berhadapan dengan Awak. Malas nak taip details nye. Kerana aku rasa sungguh childish. Tapi semalam merupakan hari yang paling aku banggakan. Kerana aku berjaya me-manage sebuah konfrontasi yang sememangnya aku tak faham kenapa perlu ada. Kalau mahu keluar rumah kasi lah sebab yang elok-elok sedikit. Jangan kaitkan orang lain dalam kebodohan yang kau reka sendiri. Oh ya sila tutup mulut Awak. Terbuka. Macam tak proper aku rasa. Hek. Berbalik kepada cerita sebelumnya, keputusan yang aku buat ialah. Putus kawan terus. Bagi aku tak perlu berkawan dengan orang yang kita tahu dia tak mungkin berubah. Dan senantiasa bermuka-muka. Adakah aku anti-second chance? Oh tidak sama sekali. Cuma untuk dia peluang sudah tertutup selamanya. Malas nak berkawan dengan Awak. Aku akui sepanjang hidup, aku selalu mengumpat dan diumpat. Tak penting sangat, kerana sudah 22 tahun, aku dapati kebanyakan perempuan melakukan ritual ini. Jadi bende ini dah biasa. Berputar selari dengan masa. Jadi tak perlu perbesarkan isu ini.

Blog,
Semalam, kawan baru aku telefon. Cuma satu aku bagitahu. Aku tahu dia cerdik. Aku tahu dia boleh menghakimi keadaan sebaik mungkin. Sekiranya dia rasa mahu berkawan dengan aku, teruskan. Sekiranya dia rasa Awak benar, teruskan kepercayaan itu. Sesungguhnya kau si cantik boleh uruskan keadaan ini. Aku percaya =)

Blog,
Aku gembira hari ini. Bangun dan senyum. Ini kerana pukul 12 tengah hari baru bangun. Mungkin itu membuatkan aku gembira.

Oklah blog, Aku mahu ke Bazir Ramadhan sekejap. Blog nak kirim?

Sayang kau, Blog.
Bye.

20080912

MENIARAP DI KUTUB UTARA

Aku nak balik Kuantan.

Bye Blog.

Sayang kau.

*Nanti aku kasi cederahati..eh cenderahati..hekhek*

20080911

KLIMAKS PANCUTAN MAYA BERCOMPUTER

Aku sangat teruja melihat potongan rambut Vicky B yang terbaru. Oh aku jua ingin potongan begini! Tapi sebelum itu, aku perlu memohon kelulusan dari Power Rangers Putih. Itulah yang mencatas perasaan teruja aku. *Sedih 4 minit*

Sam yang mebuatkan aku ingin menjadi lesbian. Tapi setakat ini, aku masih cintakan Power Ranger Putih dan sekaligus menjadikan aku masih di landasan yang betul. Alhamdulilah.


Vicky B yang sentiasa membuatkan aku rasa ingin beranak tiga. Thanks Vicky B, Mesti Power Rangers Putih aku gembira. Kerana selama ini aku mengeluarkan keyataan yang aku nak beranak satu shj.

Oklah blog, Semoga blog gembira dengan cadangan aku. Doakan terbaik untuk aku menghadap Power Rangers Putih petang ini. Amin.

Sayang kau, Blog.

KRISIS DI AFGAN LEBIH TERUK DARI KRISIS REMAH YANG AWAK CIPTA INI

Hari yang panas dan tegang.

Mungkin sejam yang lepas aku menyelesaikan satu permasalahan yang dasyat. Ala-ala masalah besar. Xbesar pun sebenarnya. Walaubagaimanapun aku bangga. Syabas aku! Aku berjaya mencatas semua FITNA yang dilemparkan. Walaupun subjek kelihatan mahu berkasar dengan menjelingkan mata dan jugak intonasi suara yang agak kuat juga kasar. Tapi aku tetap berlembut. Aku menagkis dengan jayanya. Kamu mesti tertanya-tanya macam mana aku tangkis semua ini, jawapannya mudah. Aku tak buat. So aku tak takut.

Blog,

Kini aku sedari sejauh manapun kita berkawan. Tapi manusia tetap manusia. Mereka memiliki perasaan yang bermacam-macam. Ada baik dan ada jahat. Namun pabila setan gondol terlalu banyak dalam hati yang hitam terbakar oleh nikotin ataupun terbakar akibat pembakaran yang disengajakan, maka mereka bertukar menjadi raksaksa yang menakutkan. Tiada hati dan perasaan. Serta kejam. FITNA adalah satu bentuk serangan yang sering di campakkan.

Blog,

Sesungguhnya aku tahu Awak masih tak ikhlas. Awak masih tipu. Awak masih bermuka-muka. Oleh itu aku akan buat cool dan tak tahu sahaja. Lantaklah dia. Dah tua tapi perangai masih nak budak-budak. Tak comel ok! Mengjengkelkan. Sungguh mengjengkelkan. Kata-kata yang di ucapkan macam tipu sahaja. Tak pernah menjaja nama aku yang cantik ini *Thanks ibu bapa love bapa ibu. Korang mmg terbaik* kepada orang lain. Tahi Lembu! Kawan Awak yang cerita. Awak tak perlu tipu aku. Mungkin kerana Awak sukar tutup mulut yang suka ternganga tu membuatkan awak suka bohong. Awak tak boleh dipercayai lagi.

AFC channel? Ape ni tangan.... sengaja bikin panas. Lapar ni. Isk.

Sedapnya juadah yang di buat. Macam senang je nak buat. Ok pg Bazir Ramadhan sudeh. Banyak pilihan.

Apa pun terjadi aku tahu aku masih ada kawan yang akan selalu dengan aku. Terima kasih kawan-kawan. Kamu tahu siapa kamu. Tak perlu nak show-off siapa kamu. Sebab publisiti murahan xdiperlukan dalam hubungan persahabatan kita.

*Sayang kamu-kamu*

Bye blog. Nak kemas-kemas baju. Manela tau kot-kot tercuri baju rakan-rakan =p

Sayang kau, Blog.

BABITURAT.

Assalamualaikum, Waalaikummusalam.

Hye Blog.

Ok aku marah skrg..
Aku benci Awak. Aku mmg benci awak.
Babi punya Awak.
Babiturat!

Awak ni suka menjahatkan orang kan? Tuduh orang bukan2. Buat cerita bukan. Tapi bila depan-depan macam baik gila. Hampir jadi gila kan?

Ok aku akan cool je. Sbb aku mmg cool. Awak yang xcool. Owh juga tua dan x matured.
So aku malas layan awak.

Kita cool kan blog?
Sbb tu dia suka menjahatkan kita. Dia jeles.

Bye blog. Sayang kau.

20080910

KEMENYAMPAHAN MINDA

Kambing gurun punya Awak.

Hempas-hempas plak. Sangat Kurang ASAM JAWA ok! Dahlah smalam ada orang dalam kesusahan Awak langsung tak keluar tolong. Awak kejam dan jahat aku rasa. Awak pun pernah terperangkap dalam situasi yang macam itu. Tapi Orang tolong kan? kan? Jahil punya Awak. Patutlah kurang rakan.

Sungguh xberapa suka Awak sekarang!

Sorry Blog,

Lupa Bagi salam. Terlalu bengang. Mengurangkan pahala bulan Ramadhan aku aje. Pembaziran! Tapi xpela. Aku rasa nak marah. Hanya blog yang faham bukan? *Mata tengok jam* Baru 320. Pukul 400 Power Rangers Putih habis kelas. *Mata tengok tv* Adegan ciuman ghairah di tv. Horny 3 minit. Kentut Basi betul! Terbang lagi pahala puasa aku. Ok fokus.

Blog,
Aku rasa aku dah kurang marah after tgk tv sebentar tadi. Terapi yang bagus. Tapi xbaik bulan Ramadhan tgk bende-bende mcm tu. Alamak blog. Ada adengan menarikla.

Bye Blog.

Assalamualaikum, Waalaikumusalam.

*Mata tak dapat di alihkan dari screen tv aku yang cantik itu*

Terima Kasih HBO kerana membantu kurangkan pahala aku.

Aku xsuka Awak tapi Aku sayang kau, Blog.

RABU RABA-HARAP BOLEH RABA-RABA MALAM NI

Kehadapan Blog,

Marah betul aku pada diri sendiri hari ini. Pagi tadi aku tidur siap boleh mimpi-mimpi lagi nak tulis apa dalam blog. (Obses la kau ni)--->Marah diri sendiri dengan nada manja. Aku buntu nak tulis apa.

Owh aku sayang Power Rangers Putih aku. Dia kawan dan teman aku yang paling terbaik. Sumpah Tuhan aku sayang dia. Aku duduk tengok luar tingkap, mendung je. Baru teringat xmandi lagi. Masih dalam uniform Spongebob. Walaupun Spongebob bukan fav kartun aku. Tapi aku selesa. Aku pandang diri sendiri. Cantik jugak kalu baju ni di padankan dengan tali pinggan vintage. Mesti stlyle. Aku cuba. Ya tuan-tuan aku cuba. Beberapa minit memperagakan di hadapan cermin aku rasa bodoh. Sangat bodoh. Tolong diri, jangan jadi bodoh macam ni lagi. Aku buntu nak tulis apa.

Aku teringat cerita semalam. Cerita kawan yang menjahatkan kawan. Memang jahat. Biarlah dia dengan kegilaan dia. Dia xramai kawan. Aku simpati. Dia baru nak merasa ada boyfriend yang ok sikit. Biarkan dia. Aku simpati. Tapi aku pelik, dahla xramai kawan, kawan yang sedia ada pun di jahat-jahatkan. Apekah?. Tolonglah diri, jangan jadi macam dia. Aku buntu nak tulis apa.

Oklah blog, aku nak mandi. Sebentar lagi aku nak berjalan-jalan dengan Power Rangers Putih menaiki Kereta Phuteh. Blog jagan jeles ye.

Sayang kau blog.

Selamat Tinggal ( Bye-bye dalam bahasa Inggeris)

20080909

BUAH MULA

Assalamualikum.Wa'alaikumusalam.

Kehadapan Blog,

Aku mula. Harap lama la kali ini. Dah banyak kali mencuba menulis blog. Sejak tahun lepas dengan beberapa cubaan yang gagal. Ye aku malas. Dan juga lupa password. Power Rangers Putih aku cakap aku terlalu banyak password. Mungkin akan lupa salah satu darinya. Aku cakap xmungkin. Aku kan hebat orangnya. Namun terbukti aku xhebat langsung. Blog jangan bagitau Power Rangers Putih aku ye. Nnt dia bangga.

Semperna bulan Ramadhan, aku nak habiskan masa menulis. Mungkin dengan cara ini aku xberapa lapar. Mungkin la kan. Namun setakat ini masih lapar. Aku tidak ke kelas hari ini. Malas. Aku tak tipu, aku jujur. Satu kelas je. Nnt aku msg Andy mintak notes. Aku belek-belek katalog ikea baru. Cari ilham. Ilham untuk mencantikkan bilik yang memang dah cantik ni. Aku xpeduli kalau orang cakap xcantik. Sbb aku rasa cantik. Tapi ilham untuk menghabiskan duit Power Rangers Putih pulak yang muncul. Harus Power Rangers Putih aku marah nanti. Tapi xpe aku cool.

Entah kenapa 2 3 hari ni aku rasa nak menulis. Mungkin aku bertambah rajin. Nnt aku tanya Power Rangers Putih aku. Blog jangan risau okay. Untuk entri pertama ni mungkin aku tulis banyak sikit. Aku nak cerita pasal Adik Ipar Power Rangers Putih II. Dia bersekolah darjah 2. Lelaki dan setakat ni masih berpuasa penuh.

Perbualan 1:

Aku : Adik Ipar Power Rangers Putih II puasa hari ini?
AIPRP II : Puasa. Tapi penatla..
Aku : Xpe-xpe. Nnt Aku kasi hadiah. Adik Ipar Power Rangers Putih II nak ape?
AIPRP II : Erm makanan sebab lapar. Biskut ke..
Aku : Biskut? Biskut je? Biskut Tiger nak?
AIPRP II : Nak! (Nada Seronok)

Perbualan 2:

Abah Suka Alleycats : Adik Ipar Power Rangers Putih II puasa penuh abah kasi 50 Ringgit.
AIPRP : Eh nape plak. Puasa 30hari jela. So kasi 30 Ringgit ajelah.

*Abah Suka Alleycats menepuk dahi.*

Adik Ipar Power Rangers Putih II sangat lurus. Berbeza dari aku yang minta macam-macam dari Abah Suka Alleycats.

Oklah blog. Aku nak tengok tv. Cerita Astronaut's Wife. Lakonan Charlize Theron dan Johnny Deep. Pasti cerita tu hensem.

Harap Jumpa nnt ye Blog. Jangan Lupakan Aku. Sayang Kau dan Power Rangers Putih dan Ipar-Iparnya. Juga Abah Suka Alleycats dan Mummy Suka Menjahit.