20080923

IRONMAN YANG SENTIASA AKU SAYANGI FOREVER AND EVER IALAH ABAH AKU

Aku nak berentri gembira hari ini. Ok aku fikir apa aku mahu tulis.

*Fikir 2 minit*

Aku sayangkan Ibubapaku. Rindu mereka. Aku anak manja. Jadi?

Semalam merupakan hari memghabiskan tenaga dan wang. Berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Dan berbuka puasa di kedai Arab. Gara-gara Power Rangers Putih nak shisha. Aku bersama Rakan Sejawat Yang Cantek Manis menuju ke kedai arab berikut. Kami sampai jam 630 petang. Duduk borak-borak. Rakan sejawat yang cantek manis order baklawah. Sejenis pencuci mulut arab. Bila order dah sampai Rakan Sejawat Yang Cantek Manis ini terliur. Lalu meng-ngap di hadapan kami.Lalu membiarkan kami terlopong dan air liur berjuntai-juntai jatuh. Rakan Sejawat Yang Cantek Manis dapat cuti khas. Sebab itu dia bebas berperlakuan sedemikian rupa.

Aku tak minum minuman bergas. Bukan kerana jaga badan mahupun aku gedik-gedik tak mahu minum. Tapi kerana aku tak boleh minum. Aku pening dan tak berupaya bernafas. Aku cuba mahu minum. Tapi tak bisa. Effek sampingan masih tebal menghantui diri aku. Kesian kan aku. Hilang nikmat dunia kata Power Rangers Putih. Aku ingat masa tu aku darjah 6. Ada sekali kawan aku masukkan air bergas dalam minuman aku dan pura-pura bukan air bergas. Aku minum. Kendian aku terduduk pening. Malam tak boleh tido. Sukar bernafas. Kesian aku. Pergi Mac Din pun mintak Ribena. Dan akhirnya Ribena menjadi minuman faveret aku setiap kali berkunjung ke Mac Din. Oh lupa nak maklum, air diatas ialah Barbican. Minuman bergas arab yang mempunyai pelbagai rasa buah. Tidak mengandungi alkohol.

Rasa macam..

Aku tak sabar nak pulang jumpa keluarga. Kerana aku nak soping raya bersama keluarga tercinta. Tak sabar. Baju kurung dah x payah risau. Sebab mummy aku yang memang suka menjahit tu dah jahitkan. *Kenapa skill menjahit mummy tak turun kat aku?* Mummy jahitkan untuk abah, abang dan ajib baju melayu. Kakak dan mummy baju kurung. Warna Deep Purple. Ah aku suka Johhny Depp. *Pelempang*

Aku rasa sepanjang aku hidup Abah aku yang hensem tu selalu menuruti apa saja keinginan aku. Apa aku nak selalunya dapat. Biarpun lambat sikit tapi pasti dapat. Abah kerja hari-hari. *Sedih* Nak cari makan. Nak kasi keluarga kita senang katanya. Kakak belajar rajin-rajin ye. Abah pesan setiap kali aku pulang.Tapi rajin-rajinkah aku belajar? Walaupun abah kasar. Tapi aku tahu abah sayangkan aku lebih dari segalanya. Bila aku pulang dia akan masakkan makanan kegemaran aku sotong masak ape tah dan lempeng super nipis versi abah. Enak. Apa pun terjadi kat aku abah tak pernah benci aku. Tak pernah tinggalkan aku. Walaupun aku selalu minta wang. Abah tak pernah benci aku. Aku menyesal sangat dulu-dulu aku selalu lawan abah. Bila abah tak kasi aku keluar bersama rakan-rakan. Sekarang baru aku boleh pk. Abah bimbang keselamatan aku. Walaupun aku tak pergi berperang tapi abah masih bimbangkan aku. Aku selalu rasakan aku terkongkong oleh abah. Tapi sekarang aku rasa kalu tak kene kongkong dulu mungkin aku dah jadi kutu jalan, hantu longkang sekarang. Terima Kasih abah. Kakak sayang abah. Dan kakak tak kan pernah tinggal kan abah selamanya...

Entri yang beremosi ini akibat dari aku rasa bersalah nak telefon abah mintak duit. Dan sekaligus melenyapkan impian aku untuk buat entri gembira seperti tercatat diatas. Apa nak buat, aku manusia dan ini blog aku. Suka hati aku lah.