Hujan lebat. Aku harap berterusan. Boleh aku tido seakan-akan malam. 9 hari lagi nak raya. Bestnye makan kuih sarang semut. Bestnye dapat duit raya. Dan best nye kalau plan selepas raya menjadi kenyataan. Indah. Indah. Indah.
Aku menjadi seorang yang pemalas pada hari ini. Biarpun hakikatnya hari-hari pun aku malas. Cuma hari ini aku extra malas. Atau tiada beza dengan hari sebelumnya. Kadang aku fikir mungkin penulisan aku boleh menyebabkan kesinggungan hati mereka-mereka. Tapi bila di fikir lagi, sape yang nak habiskan masa mereka baca entri-entri buruk aku ni. Jadi aku tidak peduli. Tambahan pula ini blog aku. Blog ini sayang aku. Suka hati akulah nak tulis apa. Apa mereka peduli.
*Sesi termenung berterusan selama beberapa minit yang logika*
Kembali.
Aku browse internet tengok-tengok. Jadi aku jumpa banyak gambar.
Ini menarik minat aku dalam beberapa detik. Benar sungguh perkataan nya.

