Rindu kau. Kau rindu aku x? Diam. Aku tahu jawapan nya. Hek
Blog,
Aku pulang Kuantan hari Jumaat. Teman rapat yang blikan tiket bas. Ahad pun balik bersama teman rapat. Lama tak bercerita. Super best. Rindu dia sebenarnya. Tapi dah terubat.
Blog,
Semalam aku berhadapan dengan Awak. Malas nak taip details nye. Kerana aku rasa sungguh childish. Tapi semalam merupakan hari yang paling aku banggakan. Kerana aku berjaya me-manage sebuah konfrontasi yang sememangnya aku tak faham kenapa perlu ada. Kalau mahu keluar rumah kasi lah sebab yang elok-elok sedikit. Jangan kaitkan orang lain dalam kebodohan yang kau reka sendiri. Oh ya sila tutup mulut Awak. Terbuka. Macam tak proper aku rasa. Hek. Berbalik kepada cerita sebelumnya, keputusan yang aku buat ialah. Putus kawan terus. Bagi aku tak perlu berkawan dengan orang yang kita tahu dia tak mungkin berubah. Dan senantiasa bermuka-muka. Adakah aku anti-second chance? Oh tidak sama sekali. Cuma untuk dia peluang sudah tertutup selamanya. Malas nak berkawan dengan Awak. Aku akui sepanjang hidup, aku selalu mengumpat dan diumpat. Tak penting sangat, kerana sudah 22 tahun, aku dapati kebanyakan perempuan melakukan ritual ini. Jadi bende ini dah biasa. Berputar selari dengan masa. Jadi tak perlu perbesarkan isu ini.
Blog,
Semalam, kawan baru aku telefon. Cuma satu aku bagitahu. Aku tahu dia cerdik. Aku tahu dia boleh menghakimi keadaan sebaik mungkin. Sekiranya dia rasa mahu berkawan dengan aku, teruskan. Sekiranya dia rasa Awak benar, teruskan kepercayaan itu. Sesungguhnya kau si cantik boleh uruskan keadaan ini. Aku percaya =)
Blog,
Aku gembira hari ini. Bangun dan senyum. Ini kerana pukul 12 tengah hari baru bangun. Mungkin itu membuatkan aku gembira.
Oklah blog, Aku mahu ke Bazir Ramadhan sekejap. Blog nak kirim?
Sayang kau, Blog.
Bye.
