20080925

PENYANYI KEGEMARAN SAYA IALAH KIMYA DAWSON. LEMBU IALAH HAIWAN KEGEMARAN SAYA.

Kisah semalam yang nyaman.

Berbuka puasa kerana puasa sepanjang hari. Tahniah diri sendiri.

Kemudian berjaya berjumpa dengan Shoplifter--Ami yang super baik. Dia sangat baik. Dia siap sangggup mandi untuk jumpe dengan aku. Aku tak ingat siapa-siapa yang sanggup mandi dulu sebelum berjumpa dengan aku. Sebab aku bukan artis mahupun siapa-siapa yang penting dalam negara. Power Rangers Putih aku pun xmandi kadang-kadang bila berjumpa aku. Jadi aku isytiharkan dia sangat baik. *Terharu 5 saat*

Pertemuan diatur. Atas nasihat Power Rangers Putih, baik aku bawa buah tangan. Kerana aku banyak sangat menghantar pesanan ringkas kepada dia dengan menggunakan perkataan-perkataan yang tak sejagat. Jadi aku bergegas membeli buah tangan. Ketika kedai hampir tutup. Tapi kakak tu manis dan dia kasi aku beli. Jadi aku beli. Jadi aku dah berjaya kasi Ami yang Super-Baik sebab mandi untuk bertemu aku. Suka la Ami ni. *Aku lurus jgn bimbang*

Aku memperagakan barangan baru itu. Wah! Secocok~

*Pelempang diri sendiri sebab perasaan*

Nanti jika aku ambik gamba bersama barangan baru tersebut aku kasi kau tengok ye Blog.

Kesimpulan dari entri hari ini ialah, kunjungi Butik Penyangak sebab barangan yang super best dan juga saya berterima kasih kepada Ami yang sudi membalas setiap pesanan ringkas saya. Anyway (Tak tahu dalam bahasa melayu orang cakap apa takkan "Jalan Lain" pula kan?) Ami sesangatlah sopan satun dan baik hati.