20080911

KRISIS DI AFGAN LEBIH TERUK DARI KRISIS REMAH YANG AWAK CIPTA INI

Hari yang panas dan tegang.

Mungkin sejam yang lepas aku menyelesaikan satu permasalahan yang dasyat. Ala-ala masalah besar. Xbesar pun sebenarnya. Walaubagaimanapun aku bangga. Syabas aku! Aku berjaya mencatas semua FITNA yang dilemparkan. Walaupun subjek kelihatan mahu berkasar dengan menjelingkan mata dan jugak intonasi suara yang agak kuat juga kasar. Tapi aku tetap berlembut. Aku menagkis dengan jayanya. Kamu mesti tertanya-tanya macam mana aku tangkis semua ini, jawapannya mudah. Aku tak buat. So aku tak takut.

Blog,

Kini aku sedari sejauh manapun kita berkawan. Tapi manusia tetap manusia. Mereka memiliki perasaan yang bermacam-macam. Ada baik dan ada jahat. Namun pabila setan gondol terlalu banyak dalam hati yang hitam terbakar oleh nikotin ataupun terbakar akibat pembakaran yang disengajakan, maka mereka bertukar menjadi raksaksa yang menakutkan. Tiada hati dan perasaan. Serta kejam. FITNA adalah satu bentuk serangan yang sering di campakkan.

Blog,

Sesungguhnya aku tahu Awak masih tak ikhlas. Awak masih tipu. Awak masih bermuka-muka. Oleh itu aku akan buat cool dan tak tahu sahaja. Lantaklah dia. Dah tua tapi perangai masih nak budak-budak. Tak comel ok! Mengjengkelkan. Sungguh mengjengkelkan. Kata-kata yang di ucapkan macam tipu sahaja. Tak pernah menjaja nama aku yang cantik ini *Thanks ibu bapa love bapa ibu. Korang mmg terbaik* kepada orang lain. Tahi Lembu! Kawan Awak yang cerita. Awak tak perlu tipu aku. Mungkin kerana Awak sukar tutup mulut yang suka ternganga tu membuatkan awak suka bohong. Awak tak boleh dipercayai lagi.

AFC channel? Ape ni tangan.... sengaja bikin panas. Lapar ni. Isk.

Sedapnya juadah yang di buat. Macam senang je nak buat. Ok pg Bazir Ramadhan sudeh. Banyak pilihan.

Apa pun terjadi aku tahu aku masih ada kawan yang akan selalu dengan aku. Terima kasih kawan-kawan. Kamu tahu siapa kamu. Tak perlu nak show-off siapa kamu. Sebab publisiti murahan xdiperlukan dalam hubungan persahabatan kita.

*Sayang kamu-kamu*

Bye blog. Nak kemas-kemas baju. Manela tau kot-kot tercuri baju rakan-rakan =p

Sayang kau, Blog.