20080909

BUAH MULA

Assalamualikum.Wa'alaikumusalam.

Kehadapan Blog,

Aku mula. Harap lama la kali ini. Dah banyak kali mencuba menulis blog. Sejak tahun lepas dengan beberapa cubaan yang gagal. Ye aku malas. Dan juga lupa password. Power Rangers Putih aku cakap aku terlalu banyak password. Mungkin akan lupa salah satu darinya. Aku cakap xmungkin. Aku kan hebat orangnya. Namun terbukti aku xhebat langsung. Blog jangan bagitau Power Rangers Putih aku ye. Nnt dia bangga.

Semperna bulan Ramadhan, aku nak habiskan masa menulis. Mungkin dengan cara ini aku xberapa lapar. Mungkin la kan. Namun setakat ini masih lapar. Aku tidak ke kelas hari ini. Malas. Aku tak tipu, aku jujur. Satu kelas je. Nnt aku msg Andy mintak notes. Aku belek-belek katalog ikea baru. Cari ilham. Ilham untuk mencantikkan bilik yang memang dah cantik ni. Aku xpeduli kalau orang cakap xcantik. Sbb aku rasa cantik. Tapi ilham untuk menghabiskan duit Power Rangers Putih pulak yang muncul. Harus Power Rangers Putih aku marah nanti. Tapi xpe aku cool.

Entah kenapa 2 3 hari ni aku rasa nak menulis. Mungkin aku bertambah rajin. Nnt aku tanya Power Rangers Putih aku. Blog jangan risau okay. Untuk entri pertama ni mungkin aku tulis banyak sikit. Aku nak cerita pasal Adik Ipar Power Rangers Putih II. Dia bersekolah darjah 2. Lelaki dan setakat ni masih berpuasa penuh.

Perbualan 1:

Aku : Adik Ipar Power Rangers Putih II puasa hari ini?
AIPRP II : Puasa. Tapi penatla..
Aku : Xpe-xpe. Nnt Aku kasi hadiah. Adik Ipar Power Rangers Putih II nak ape?
AIPRP II : Erm makanan sebab lapar. Biskut ke..
Aku : Biskut? Biskut je? Biskut Tiger nak?
AIPRP II : Nak! (Nada Seronok)

Perbualan 2:

Abah Suka Alleycats : Adik Ipar Power Rangers Putih II puasa penuh abah kasi 50 Ringgit.
AIPRP : Eh nape plak. Puasa 30hari jela. So kasi 30 Ringgit ajelah.

*Abah Suka Alleycats menepuk dahi.*

Adik Ipar Power Rangers Putih II sangat lurus. Berbeza dari aku yang minta macam-macam dari Abah Suka Alleycats.

Oklah blog. Aku nak tengok tv. Cerita Astronaut's Wife. Lakonan Charlize Theron dan Johnny Deep. Pasti cerita tu hensem.

Harap Jumpa nnt ye Blog. Jangan Lupakan Aku. Sayang Kau dan Power Rangers Putih dan Ipar-Iparnya. Juga Abah Suka Alleycats dan Mummy Suka Menjahit.