20081220

AKU DAN TOPI BRAINSCAN-KU

Perut mula berkeroncong lagu 3 kupang. Lapar. Malam semalam menghabiskan masa dengan Power Rangers Putih dan Kumpulan Kung Fu Panda. Jadi aku seronok apabila kami sama-sama mengupas dengan lebih mendalam sebuah buku yang di rahsiakan tajuknya.

Maka hari ini baru bermula. Belum mula mandi. Mungkin sebentar lagi. Aku tonton Upacara Akad Nikah Mawi Ekin. (Atas desakaan Mummy). Dan meluap-luap perasaan ingin berkahwin. Aha!

Power Rangers Putih sila masuk meminang ye. Alamat surat menyurat boleh hubungi talian telefon saya ye. Details saya akan maklumkan kemudian. Terima kasih.

Mampos aku kalu Mummy tahu. Duit nak makan pun minta Abah. Bangun pagi pun Mummy kejutkan. Ada hati nak bersuami pula. Mampos suami aku kelaparan nanti gara-gara kene makan makanan segera sahaja. Oleh itu, aku berinisiatif untuk mempelajari skill-skill masakan yang bagus-bagus.

Tapi tunggu la dahulu.