Tetanya kenapa aku menulis blog. Trend kan?
Jawapan jujur dari aku merupakan aku benar-benar belum pasti kenapa. Yang pasti kadang-kadang Hati Power Rangers Kuning ini sering kali mahu melontarkan sepatah dua kata. Tapi tidak pasti mahu dilontarkan kepada siapa. Power Rangers Putih pastilah akan mendengar jika aku mahu berceloteh. Namun kadang-kadang perbualan tersebut akan di akhiri dengan perselisihan kecil yang mana membuatkan aku mahu tidak makan. (Namun tidak pernah berjaya).
Oleh yang demikian, hari ini tiba-tiba seolah-olah ada semangat yang membuatkan aku menulis dengan pantas. (Ok baiklah aku tipu, tidak pantas kerana aku berhenti beberapa ketika untuk bermain game yang baru di beli)
Namun, point nya merupakan aku menulis. Apa tah??
Sebenarnya, aku sedang mengasingkan diri aku dengan dunia luar. Yakni, dunia yang aku mahu dan ingin buang jika boleh. Aku kiranya mahu menukar set kawan-kawan dan tidak mahu mengantikan dengan apa-apa. Kawan-kawan di Kota Metropolitan kiranya bagi aku amat kompleks untuk di fahami. Jadi untuk tidak mengusutkan keadaan diri aku, aku mahu mengekalkan sebilangan set kawan-kawan dalam kumpulan premier dan yang selebihnya dalam kumpulan sekunder. (Ah! aku sendiri xfaham. Tapi macam best)
Maksud:
Kawan Kumpulan Biasa
Mereka : Ramai. Semua yang rasa aku kawan mereka.
Jenis : Aku tidak akan berkongsi perasaan, cara hidup, kefahaman, info yang aku rasa mereka tidak perlu tahu, lebih kepada hai-hai bye-bye-type.
Tindakan : Aku tidak pilih kawan. Berkawan sahaja secara sukarela dan percuma.
Kawan Kumpulan Istimewa
Mereka : Tidak ramai. Malahan mungkin seorang sahaja.
Jenis : Yang aku benar-benar percaya nak mati.
Tindakan : Jenis yang percaya dan bertanya jika ada tak kena. Dan jika aku salah dia tegur. Dan tidak cuba terlalu kuat untuk menjadi kawan terbaik. Serta sifar perasaan cemburu.
Kawan Kumpulan Kawan dan Teman
Mereka : Power Rangers Putih shj.
Penerangan : Tiada yang lain.
Mungkin tulisan ini sangat memeningkan. Namun percaya atau tidak, tulisan ini sedikit sebayak melegakan perasaan aku yang bergelora. wah!
