Akibat daripada kesibukan tahap kuda kepang, maka aku tiada masa untuk bersenang diri menulis blog dan sebagainya.
Sepatutnya aku sudah mulai belajar hari ini. Tapi akibat kemalasan jadi aku tidak memulakan apa-apa. Baru minggu pertama. Mengenangkan Power Rangers Putih yang sudah boleh bersenag lenang akibat tamat pengajian, aku dalam diam rasa jeles kepadanya ( dalam cara yang baik). Mulalah aku terkenang detik-detik aku malas belajar. Siapa suruh aku pergi drop subjek-subjek tu semua. Padanlah muka aku. Kini aku sendiri menghabiskan sisa-sisa pengajian tanpa di temani teman-teman yang aku kenali. Tapi percaya atau tidak, aku sebenarnya selesa bila duduk di kalangan rakan sekelas yang aku tidak kenali. Takde lah aku bercakap banyak sangat. Sekaligus menambah kosentrasi aku di dalam kelas. Hekhek
Aku fikir hari Jumaat ini, aku mahu pulang ke Kuantan. Rindulah kepada dua ekor kura-kura yang memang busuk Ya Rabbi. Konfius aku. Arini kasi mandi 14 jam kemudian dah busuk balik. Sebab tu aku selalu mengusulkan agar keluarga kami membela seekor kucing kembali. Tapi seperti biasa msg pending. Abah cakap dah cukuplah Awau (Kata ganti diri kepada kucing). Asek kene curi takpun hilang tah kemana ataupun mengatal dengan kucing lain (Lela) yang merupakan isteri kepada kucing Makcik Som. Maka, apabila hubungan sulit mereka di hidu oleh Suami Lela, (Majnun) maka, aku rasalah Majnun ajak geng dia belasah Awau aku. Kemudian menghalau Awau dari kawasannya. Dan sampai sekarang aku tak jumpa Awau aku yang bernama Fabuloso itu.
Rahsia Besar ---> Bila aku jumpa Lela. Aku tak pandang matanya. Sebab aku rasa dialah puncanya. Aku ibaratkan Lela seperti watak Sofia Jane dalam Isteri Perempuan dan Dot Dot Dot. Bila aku terlihat Majnun pulak aku panggil dia Kucing Lembu. Sebab dia bertompok hitam putih. Aku akan pura-pura terpijak ekor dia. Dan seperti faham-faham pula, dia pusing kepala buat-buat tak sakit dan buat bunyi "Miau?" (Walaupun aku jatuh cinta bunyi merdunya namun aku tetap tegarkan hati demi Fabuloso) Dan bila Majnun buat aksi sebegitu, aku selalu bayangkan dia cakap "Itu je yang kau boleh buat? Ah tak sakit pun" dan tonggek kan punggung sambil berjalan perlahan ala-ala kawat perlahan.
Dan sekarang Mummy aku bagitahu yang Lela sudah lari ikut jantan. (Tepat sangkaan aku, Lela ialah Isteri Perempuan dan Dot Dot Dot). Majnun pula sedang bersedih. Hari-hari makan rumput. (Aku tak heran sebab dia Kucing Lembu). Lela tinggalkan 5 ekor anak yang comel hasil perkongsian hidup bersama Majnun (.....atau mungkin Fabuloso?)
DAN SOALAN CEPU EMAS MUMMY....
Mummy : Makcik Som nak kasi Awau.
Aku : Yeke? (Excited)
Mummy : Aah. Anak Si Lela. bla bla (Cerita Lela ikut jantan ......)
Aku : Perempuan Isteri dan Dot Dot Dot sungguh.
Mummy : Jadi macam mana? Nak tak? Abah cakap ikut sukala..
Aku : Ala..anak si majnun kan...
Mummy : Aah..tapi mungkin anak si Fabuloso jugak.
Aku : Oh shit!
p/s - Bagaimana ni? Aku terkeliru antara dua jalan. Aku tak mau bela keturunan Majnun. Jika anak Fabuloso, kesian la mereka-mereka. Isk! Takkan nak kene buat ujian DNA dulu baru aku boleh bela Awau. Tapi ada ke ujian DNA untuk Awau.. Masalah peribadi sungguh!
