Setelah beberapa lama menyepi, akhirnya aku meringankan tangan untuk menulis sesuatu di sini.
Maka terjadilah entri ini.
Dan aku masih lagi tidak berapa rajin untuk semua ini. Tapi tak pela. Aku kan peramah orangnya.
Sebenarnya, aku menyepi agak lama la jugak dari perhubungan rangkaian sosial popular zaman kini. Malas.
Oleh kerana di Kota Metropolitan ini aku hanya bertemankan Power Rangers Putih jadi aku lebih lebih gembira dan bersyukur. Dan maka, aku rasa aku perlu mulakan hidup baru. Kerana aku dah tak kenal ramai orang. Atau aku tak mahu berkenalan dengan ramai orang yang sebeanarnya aku dah kenal tapi aku dah malas nak kenal. Jadi tiada maksud aku nak maksudkan sesiapa. Ini hanya ayat penyata. Sesiapa jangan nak gedik-gedik terasa. Jika terasa juga, maka kamu adalah seorang yang gedik. Jadi untuk mengelak jadi gedik, sila jangan terasa.
Dan maka banyak yang aku pelajari bebrapa bulan yang lepas. Aku akan belajar dari kesilapan aku sendiri. Aku akan bangun dari kesilapan aku sendiri. Dan aku tidak mahu melakukan kesilapan yang sama lagi. Kini aku jadi lebih fokus dan tenang. Fokus dengan kehendak kehidupan aku. Fokus hanya untuk yang perlu. Aku akan sedaya upaya mengasingkan diri dari apa-apa yang aku fikir aku tak perlu bergaul.
Jadi aku bangkit menjadi...
POWER RANGERS KUNING.
Baru secocok.
p/s: Ingin minta maaf kepada Rhona. Kerana berjanji tetapi tidak dapat tepati. Rhona, Power Rangers Kuning ini sangat sibuk menyelamatkan negara. Nanti kita bertemu ye. Maaf sangat-sangat.
