Assalamualikum, Waalaikumussalam.
Kehadapan Blog.
Hari ini hari Khamis. Esok kalau jadi aku dan Power Rangers Putih nak pergi tanam jagung. Harap-harap jadilah. *Amin*
Hari ini aku rasa lebih sihat berbanding semalam. Setelah memberi 2 ekor anak kucing minum aku rasa mahu menulis. Sepanjang aku beraya dengan sakannya, aku rasa gembira. Sebelum raya aritu aku ada jumpa dengan Cik Rona yang super duper sweet, peramah dan tidak kelihatan seperti usianya. *Nak petua awet muda boleh?*
Ketika raya pula kami sekeluarga menziarahi kuburan Atok Nenek. Sungguh shahdu. Pastu hujan. Dah xshahdu sangat dah. Ini kerana hujan tersebut berjaya membasahi baju raya aku. Aku pasti makcik-makcik aku pun begitu jua. Tapi mereka maintan cool sahaja. Dan akhirnya lari-lari anak ke kereta. *Tapi aku sempat buat apa yang patut kat kuburan Atok Nenek*
Pergi beraya kemudian makan. Makan dan terus makan. Aku rasa semua rumah yang aku pergi aku akan makan. Nasi xpayah bilang la. Macam-macam jenis nasi aku taram. Nasi minyak, Nasi Dagang, Nasi Impit, Nasi Kerabu pun ada tau!, dab pelbagai lagi yang malas aku nak bagitahu kerana mungkin ini akan merubah presepsi kau terhadapan aku Blog. Mungkin kau cakap aku ialah gadis pelahap. Jadi aku rahsiakan apa yang aku makan. *Gemuk*
Balik ke Kuala berLumpur, setakat ini aku tak pergi beraya mana-mana lagi. Ini kerana aku sibuk. Atau mungkinkah aku pura-pura sibuk. Dahlah aku malas nak cerita lagi. Tunggu la aku ada kemahuan. Aku akan cari jalan ok.
Bye Blog.
