Aku selalu kadang-kadang berimaginasi untuk menjadi seorang ala-ala Poison Ivy dalam Batman tu. Cam ala-ala tunjuk jahat cmtula. Tapi baik sebenarnya. Then aku cm wujudkan sesuatu yang namanya agak jahat. Atau pun memang jahat. Sebenarnya nama itu aku cipta ketika aku marah. Dan memang kelihatan jahat gila la.
Setelah beberapa ulasan dan perjalanan maya ke kawasan-kawasan yang aku sebenarnye ketagih mengunjungi tetapi cam ala-ala taknak mengaku ( seperti peminat rahsia la), kemudian aku dapati yang mana kunjungan aku dengan bertopengkan nama yang jahat bukan mengunakan nama yang biasa tersebut mewujudkan rungsing di hati peneroka asal kawasan tersebut.
Alamak!
Aku tidak datang dengan sebarang niat jahat. Saje aje mahu tengok-tengok. Sungguh tiada apa-apa niat songsang. Cuma guna nama yang agak keterlaluan mungkin. Hehe
Dengan ini aku pohon maaf. Minta maaf sangat-sangat. Minta maaf betul-betul la ni. Maafkan kelakuan aku yang konon-konon ingin jadi ala-ala Poison Ivy tetapi nampaknya ter-poison diri sendiri dan menggundang gundah di hati orang-orang baik semua.
Maaf ye. Tak buat lagi dah. Hehe
