2008 bukanlah tahun yang bagus untuk aku. Berlaku pelbagai perkara yang tidak memberangsangkan jiwa. Tapi takpe la. Azam tahun lepas masih lagi belum tertunai rasanya. Tapi ada jugak yang tertunai dan ada jugak yang baru aku tahu tak mungkin akan tertunai. Contohnya aku ingin jadi pendiam. Aku cuba juga. Untuk beberapa minit di dalam kenderaan bersama Power Rangers Putih.
PRP : Asal diam sangat?
Aku : Nak cuba jadi pendiam.
PRP : Gila ke ape? Tak mungkin punya.
Lagipun tak best la awek pendiam.
Cepat bosan.
Aku : Nak cuba jadi pendiam.
PRP : Gila ke ape? Tak mungkin punya.
Lagipun tak best la awek pendiam.
Cepat bosan.
*Cepat-cepat bercakap. Menarik nafas dan meluahkan semua bende yang terlintas di kepala aku ketika aku berdiam diri.
Itu adalah azam tahun baru aku yang hampir mungkin tak tercapai. Atau mungkin aku akan ubah nya kepada aku akan jadi pendiam dengan orang yang aku tak kenal atau baru kenal. Tapi entahla. Aku tak tahula macam mana. Atau mungkin aku boleh lupakan saja dan teruskan hidup.
Tahun ini aku mahu berusaha bersungguh-sungguh. Dan aku ingin kurus. Kecilkan peha dan tangan juga perut. Terlalu banyak mahu di kecilkan. Tapi aku akan berusaha juga. Oleh kerana adalah beberapa azam aku, jadi aku akan tulis dalam bentuk yang lebih ringkas. Yakni menyenaraikannya.
1) Perbanyakkan Ibadah. *Insyaalah.
2) Aku ingin kuruskan badan. (Penerangan seperti di atas. Aku tak rajin nak menaip)
3) Kahwin. Untuk kurangkan maksiat dan juga agar kami tak perlu berpisah apabila cuti panjang dan menghabiskan masa kami dengan sms-es, menalipon dan mms-es (bila terlalu rindu. Tapi jarang-jarang berlaku sebab paling lama pun kami berjauhan seminggu je kot. Rindu tak sempat nak terjana).
4) Menghabiskan senarai tempat pelancongan yang kami "list-down" kan ketika tahun 2008. Cuma tinggal beberapa tempat sahaja lagi sebelum ia masuk ke senarai tempat pelancongan luar negara.
5) Pergi Filipina jumpa Judy. Tiada penerangan. Aku suka perempuan ini.
6) Banyak baca buku. Dan tonton lebih banyak cerita yang bagus.
7) Pakai kereta idaman.
Walaupun aku tahu ini tidak mungkin terjadi tahun ini. Tapi mampos la. Ini list aku suka hati aku lah.
8) Lebih responsible terhadap diri sendiri.
9) Lupakan segala peristiwa 2008 yang buruk-buruk.
10) Kurang boros.
11) Belikan sesuatu yang mahal kepada abah-mummy. (Insyaalah)
12) Belajar masak masakan yang di gemari Power Rangers Putih selain sambal ikan bilis.
13) Banyak luangkan masa dengan "Perempuan Kesayangan Juliss".
14) Elakan bergaul dengan mereka yang terlalu sukar untuk di fahami.
Itu merupakan harapan yang aku harap aku dapat tunaikan sepanjang 2009 ini. Ada lagi harapan rahsia yang aku senaraikan. Tapi memandangkan ianya rahsia, maka tak dapatlah aku senaraikan di sini. Maaf ya!
Memandangkan aku menghabiskan tahun 2008 dan mulakan tahun baru 2009 dengan menghabiskan masa berkongsi suka duka bersama "Kesayangan Juliss" dengan cara yang tenang, maka aku gembira kerana aku mulakan tahun ini dengan sesuatu sangat baik untuk aku. Aku berharap tahun 2009 menyajikan aku dengan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan dan mententeramkan jiwa raga. Amin.
Oh ya. 8 hari lagi menuju ke 10 January. Aku bakal menambah umur. Yeay!

