20100616

CARRY ON, CARRY ON AS IF NOTHING REALLY MATTERS

"Taip panjang-panjang pun tak guna kalau tak ada point."


Kawan aku cakaplah. Aku angguk tanda setuju.

Aku nak taip pendek sahaja. Tapi kalau terpanjang pun tak kesahlah kan. Kita sama-samalah cari point.

Tak gitu kawan?

HORMAT

Bagi aku paling penting. Tak kesah la kau bijak pandai macamana pun, ambil kos canggih-canggih, tapi jangan rasa diri terlalu bagus sampaikan tak hormat orang di sekitar. Pemunggut sampah pun kau kene hormat. Atas dasar kemanusiaannya.

Itu pun kalau kau manusia lah kan.

Hormat ni pelbagai segi. Nak terang kan satu-satu memang tak senang. Aku rasa hormat ni perbuatan dua hala. Rasanya bukan belajar dari sekolah. Sebab kadang-kadang cikgu tak hormat murid sedangkan murid digesa hormat cikgu. Bila budak kelas bawah cikgu mengajar pun lebih kurang. Tak cerdik, cikgu tak tumpu sangat. Pada pendapat aku jela.

Tak taula pada pendapat kau.

Aku ada dalam situasi yang mana seorang ini secara terang-terangan menghakimi perempuan yang tak berhijab. Pendapat dia mudah sahaja.


"Perempuan berhijab baik yang tak berhijab jahat. "


Dia tanya pendapat aku. Aku secara jujurnya menjawab.


"Ibu bapa saya tak mengajar saya supaya menilai manusia dari segi begitu. Oh lelaki kegemaran saya pun fikir kita tak patut nilai manusia dari luarannya sahaja."


Dia diam.Aku diam. Sama-sama diam. Malaikat lalu kot. Entahla. Tuhan sahaja yang tahu.

Aku fikir kenapa dia fikir macam tu? Lelaki kegemaran bersuara.


"Mungkin dia tiada dalam situasi kita kot."


Mungkin juga aku fikir. 

Aku jumpa ramai je perempuan berhijab buat dosa-dosa kering. Dan ada juga je yang kasi nasihat ilmiah tentang pandangannya terhadap situasi berpasangan secara kebaratan namun dia pun lakukannya. Mungkin sekali sekala. Namun, buat juga. Jadi apa bezanya. Ibarat bercakap di hadapan cermin. Masam betul.

Tapi kita semua manusia. Ada hati ada perasaan. Atitude tidak diukur dari segi cara pemakaian dan corak pergaulan. Segalanya ada dalam hati masing-masing. Niat dan pegangan. Dari situ menunjukkan siapa diri kita sebenarnya. Ha baru boleh buat penilaian. Penilaian Menengah Rendah. Heh

Malas nak sentuh soal budaya hormat menghormati antara sahabat. Kang banyak pula isu aku taip. Kang ada pulak yang tak puas hati.

Budaya hormati tuan rumah. Ah ni pun malas nak cerita. Kawan-kawan pandai bukan? Bijak-bijak semua. Jadi fikirla sendiri.

Semua dah besar panjang. Pandai-pandai la fikir. Nak nasihat lebih-lebih, beri pandangan panjang berjela kang ada yang tersalah anggap pulak.

Dunia ini luas. Lihat dunia dulu. Jangan rasa diri terlalu bagus. Keputusan segala peperiksaan masa di sekolah mahupun di universiti bukan penentu sejauh mana bagus dan geniusnya kita berfikir tentang kehidupan. Kehidupan banyak definasinya.

Hormat tu nombor satu.

KOKPANDAMULAH.

X