Untuk bercakap banyak. Realitinya bercakap tu memang kegemaran aku.
Namun vitualnya, aku tak pandai nak karang panjang-panjang. Teringin juga nak cerita panjang-panjang. Olahan yang membina mental, duniawi dan ukhrawi. Tapi memang tak berapa nak canggih bila nak mengarang.
Tapi aku cubalah untuk kali ni. Kamon.
Nak cerita pasal apa tah. Hmp.
Kehidupan seharian? Tak dela menarik sangat. Cuma sana sini ada penambahan dan pengurangan. Sudah tentulah pengurangan tu dari segi kewangan. Heh.
Bekerja ni bukan buat diri makin kaya pun. Makin banyak tanggungjawab adalah. Makin kaya dengan hutang. Semua benda nak kena bayar. Nak kena selesaikan. Tapi setakat ni, kerja aku memang aku suka. Bos semua best-best. Persekitaran sungguh syok. Kakak-kakak sebagai kawan-kawan memang semua best-best. Pelik la bila cerita soal kerjaya kat sini. Jadi malas lah cerita.
Syukur Alhamdulillah kerana perkerjaan yang memang aku suka ni. Thank you Allah.
Pasal Amer. Amer biasalah. Kerja dia memerlukan dia banyak berjalan ke sana- ke sini- ke sinu. Hal pindah ke region lain tu dah tak jadi. Tapi di ganti yang macam ini. Yang macam sekarang. Bila soal Amer kerja apa? Dia jawab. Kerja jaga tol. Kasi kad untuk tol di tol booth :|
Sabar je lah aku. Amer memang macam tu.
Syukur Alhamdulillah untuk pekerjaan yang Amer suka ni. Thank you Allah.
Pasal Keluarga. Belah aku. Mummy Abah sihat walafiat. Depa nak p melancong ke Langkawi minggu ni. Maklumlah. Tinggal Haziq sorang je sekarang. Nasrul dah p belajar di Melaka. Belah Amer. Hmp. Mak Abah sihat walafiat. Mereka mungkin sibuk dengan rumah baru (kot?) Maklumlah nanti menantu nak datang. Eh bukan. Maklumlah nanti nak raya. (Heh) Updates pasal adik beradik belah Amer. Tak de updates. Sebab takde adik beradik.
Syukur Alhamdulillah untuk keluarga-keluarga yang menerima dan sayangkan kami. Thank you Allah.
Pasal Kami. Hmp. Kita tunggu sama-sama. Nak cerita panjang lebar takut pulak. Oh 09 Julai 2011, aniversary kami yang ke 7. Tak sangka aku boleh tahan dengan perangai Amer. Dan tak sangka Amer boleh tahan dengan perangai aku. Tapi konfirm lah Amer boleh tahan. Sebab aku ni baik dan sopan orangnya. (Heh)
Syukur Alhamdulliah untuk jodoh ini. Thank you Allah.
Er. Oklah. Cukup panjang? Lantaklah.
"
If someone were to harm my family or a friend or sombody I love, I would eat them. I might end up in jail for 500 years, but I would eat them
"
John Christoper Depp II
#EhSamelah.
Byes.