20110709

SEVEN O NINE

Yo.

Tujuh tahun yang lepas. Dengan izin Tuhan, aku kenal Amer. Lepas seminggu orientasi kami bersama.

Alhamdulillah. Sampailah sekarang.

Okay. Aku ingat tahun ke tujuh ni. Aku nak buat kelainan sikit lah. Maklumlah tahun depan mungkin kami kira Anniversary baru pula.
Hah!

Jadi, Yeah.
Sebenarnya,

Aku ingin jadi yang terbaik untuk dia.
Yang dapat di banggakan.
Yang dapat di harapkan.

Aku ingin jadi cahaya yang menyinari kegelapannya.
Bersama menentang dunia.
Bersama membina bahagia.

Aku ingin hadiahkan dia sebuah keluarga sempurna.
Tempat menumpang kasih.
Tempat mengaduh sakit.

Namun segalanya adalah misteri Pencipta.
Yang memberi nikmat.
Yang memberi rahmat.

Doaku,
Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkanlah jodoh kami selamanya. Lancarkanlah perjalanan hidup kami. Mudahkanlah rancangan kami. Teguhkanlah hati kami. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Amin.

Hah!

Tak kreatif. Tak puitis. Tak berbakat. Tak apa.
Aku jujur. Heh

Aku tahu kalau Amer baca ni. Mesti dia juih-juih bibir dan buat mulut itik :|
Ekspresi muka dia pun aku boleh bayangkan. Sengaja cari gaduh. Sengaja bikin panas.

Happy Seventh Anniversary MerLan. <3


Byes.

20110708

HERE THERE & EVERYWHERE

Untuk bercakap banyak. Realitinya bercakap tu memang kegemaran aku.

Namun vitualnya, aku tak pandai nak karang panjang-panjang. Teringin juga nak cerita panjang-panjang. Olahan yang membina mental, duniawi dan ukhrawi. Tapi memang tak berapa nak canggih bila nak mengarang.

Tapi aku cubalah untuk kali ni. Kamon.

Nak cerita pasal apa tah. Hmp.

Kehidupan seharian? Tak dela menarik sangat. Cuma sana sini ada penambahan dan pengurangan. Sudah tentulah pengurangan tu dari segi kewangan. Heh.

Bekerja ni bukan buat diri makin kaya pun. Makin banyak tanggungjawab adalah. Makin kaya dengan hutang. Semua benda nak kena bayar. Nak kena selesaikan. Tapi setakat ni, kerja aku memang aku suka. Bos semua best-best. Persekitaran sungguh syok. Kakak-kakak sebagai kawan-kawan memang semua best-best. Pelik la bila cerita soal kerjaya kat sini. Jadi malas lah cerita.

Syukur Alhamdulillah kerana perkerjaan yang memang aku suka ni. Thank you Allah.

Pasal Amer. Amer biasalah. Kerja dia memerlukan dia banyak berjalan ke sana- ke sini- ke sinu. Hal pindah ke region lain tu dah tak jadi. Tapi di ganti yang macam ini. Yang macam sekarang. Bila soal Amer kerja apa? Dia jawab. Kerja jaga tol. Kasi kad untuk tol di tol booth :|
Sabar je lah aku. Amer memang macam tu.

Syukur Alhamdulillah untuk pekerjaan yang Amer suka ni. Thank you Allah.

Pasal Keluarga. Belah aku. Mummy Abah sihat walafiat. Depa nak p melancong ke Langkawi minggu ni. Maklumlah. Tinggal Haziq sorang je sekarang. Nasrul dah p belajar di Melaka. Belah Amer. Hmp. Mak Abah sihat walafiat. Mereka mungkin sibuk dengan rumah baru (kot?) Maklumlah nanti menantu nak datang. Eh bukan. Maklumlah nanti nak raya. (Heh) Updates pasal adik beradik belah Amer. Tak de updates. Sebab takde adik beradik.

Syukur Alhamdulillah untuk keluarga-keluarga yang menerima dan sayangkan kami. Thank you Allah.

Pasal Kami. Hmp. Kita tunggu sama-sama. Nak cerita panjang lebar takut pulak. Oh 09 Julai 2011, aniversary kami yang ke 7. Tak sangka aku boleh tahan dengan perangai Amer. Dan tak sangka Amer boleh tahan dengan perangai aku. Tapi konfirm lah Amer boleh tahan. Sebab aku ni baik dan sopan orangnya. (Heh)

Syukur Alhamdulliah untuk jodoh ini. Thank you Allah.

Er. Oklah. Cukup panjang? Lantaklah.


"
If someone were to harm my family or a friend or sombody I love, I would eat them. I might end up in jail for 500 years, but I would eat them
"
John Christoper Depp II


#EhSamelah.

Byes.

20110707

ROLL OVER BEETHOVEN


Jumpa Drugbuddy masa kat Penang hari itu. Legend ni. Sama-sama orang Kuantan. Tapi tak terjumpa pula kat Kuantan :|

Dulu Drugbuddy, sekarang aksijari. Tapi masih Drugbuddy.



Pi/as :
Jangan nak mengaku blogger tegar lah kalau Drugbuddy pun kau tak kenal. Heh.

20110706

CAN'T BUY ME LOVE


Yeah.

Bila rasa down gusar dan malas nak peduli dunia. Himpunan suara dia yang aku dengar. Kene korek dalam komputer. Sebab sekarang banyak dengar muzik tahun selepas 1993. Ye ke? Macam tak je sebenarnya.

Kononnya yang bentuk aku dari zaman sekolah. Ini lah dia. Bentuk jadi apa? Jadi busuk.

Bukan bau. Penampilan. Busuk. Budjet Grunge ah? Heh

Kenal dia dulu. Baru kenal Amer. Jadi. Yeah.

Tapi ini ialah forever love. Bagi aku lah. Tak tahu lah pulak bagi kau.

Di petik dari dia.

My heart is broke and I have some glue
Help me inhale and mend it with you
We'll float around, hang out on clouds
Then we'll come down

:')