20110908

MAYBE I'M JUST CRAZY

Buat hati berkocak riang. Lagu dengan kucing. Miau.


You make me lazy but I love you / Want to hate you but then I kiss you / Want to kill you but then I'd miss you / You drive me crazy but I love you <3

X
Julss

20110907

SINGING ALONG BADLY


Nak merepek. Nak tulis secara suka hati. Nak suarakan apa terbuku dalam hati. Tak payah terasa kalau tak ada kena mengena. Tak payah terasa hati kalau tak buat. Gettit? Okay.

1) Hai.

2) Kantor agak lengang.

3) Kawan lama add di facebook. Bila di tegur. Tak reply msg pula. Dan gambar nya di privatekan. Keterlaluan. Unfriend.

4) Terfikir pulak aku, selama kita hidup adakah kita betul-betul belajar dari kesilapan yang kita buat? Aku. Aku rasa ada yang aku belajar. Ada yang aku tak pernah nak belajar. Yang tak pernah nak belajar tu haruslah dari segi kewangan. Susah bebenor nak mengawalnya. Yang aku belajar banyak juga. Tapi kadang-kadang masih tergelincir. Tanpa sedar ulang balik kesilapan.So secara tak langsung proses pembelajaran gagal. Bukan secara total. Namun masih gagal.

5) Kalau lah hidup ini macam Microsoft Word. Senang. Boleh backspace kalau silap. Boleh delete terus kalau tak mahu. Boleh save kalau rasa nak save. Tapi tulah hidup tak macam tu. Dah terlajak memang susah lah nak patah balik. Nak kembali kepada keadaan asal. Tapi inilah hidup. Bukan selalu ikut apa yang kita nak.

6) Di laman social, facebook, twitter atau blog atau di belakang sibuk tunjuk kuat/buat best. Bila berhadapan, diam. Konon tak mahu bikin panas. Ini adalah perangai pengecut.

7) Salam kemaafan tak beri apa-apa makna untuk sesetengah yang buta hati. Kalau kita hulur salam kemaafan, orang sana mungkin tak selesa dan mungkin rasa tercabar dan tah la jadi gila babi ke apa.

8) Niat nak buang situasi awkward. Sebab lingkungan kawan-kawan tak banyak lari bila pulang ke kampong halaman.Nak kasi senang sikit kawan-kawan yang tak ada masalah (konon) nak kaver line. Namun gagal.

9) Jangan masuk campur jika tak wujud/tak ada masa sesuatu keadaan/situasi terjadi. Sila berdiam diri, duduk tepi.

10) Ada hal yang tak perlu di perbesarkan. Ada hal yang tak payah di perbesarkan. Selalunya yang terjadi hal yang tak perlu diperbesarkan, di perbesarkan. Yang harus di perbesarkan, tak mahu di perbesarkan. Perangai.

11) Kebanyakan orang mengaku diri matang. Tapi bila emosi kuasai diri, matang macam menyorok. Atau hilang tah kemana.

12) Bila ajak bicara soal agama selain agama Islam. Tak mahu. Takut terpesong. Bila ajak berkawan dengan mereka yang gay. Tak mahu takut terikut. Cetek.

13) Kebanyakan orang mengaku berfikiran terbuka. Aku rasa berfikiran terbuka hanya boleh nampak bila seseorang lempar pendapat. Sumbang idea. Pendek kata berfikiran terbuka ini macam bukan boleh nyatakan macam tu aje. Mengaku berfikiran terbuka adalah perbuatan orang yang tak berfikiran terbuka, tetapi ingin percaya yang mereka berfikiran terbuka. Hah! Bagi aku lah. Tak tahu bagi kau.

14) Dulu kau bilang semua buruk. Semua jahat. Kau benci mati-matian. Sekarang kau jadi apa yang kau bilang buruk, jahat dan kau benci mati-matian dulu.

15) Orang tak pakai tudung jahat. Orang yang pakai tudung baik. Pendapat yang salah. Pandangan golongan cetek fikiran.

16) Aku tak mahu (seperti) berkasih dengan diri sendiri. Jadi aku mahu kami berusaha ikut cara masing-masing. Tapi matlamat sama.

17) Sebab kahwin awal paling tak logic. Sekurangnya bagi aku. Bukan bagi kau. Kahwin awal, dapat anak awal sebab nanti boleh jadi hot mummy. Er sebelum jadi hot mummy, kenelah jadi hot dulu kot. Kalau masa anak dara suam aje. Nanti bimbang lepas dapat anak jadi sejuk terus. Eh?

18) Untuk ayat seperti "Kahwin ni best ju. Kau ngn Amer dah lama. Kau buat kecil-kecilan dahlah. Nikah je dulu ke. Tak payah lah buat besaran. Yang wajib tu aje yang perlu" Tak pun "Eh takyah lah tunang. Bazir je. Nikah je terus" Sedangkan masa majlis kau, kau dah berhabis berpuluh-puluh ribu. Termasuk majlis berinai lah ape lah ape lah. Maaf tapi aku rasa nasihat kau macam tak berapa nak bernas je. Tapi takpelah. Mungkin kau ikhlas. Atau overexcited sangat nak tengok aku dan Amer bernikah.

19) Aku tak pernah minta orang lihat perkara seperti aku lihat. Ini cara aku melihat benda. Jika kau tak gemar dan kau ada cara lain untuk lihat benda, suarakan. Aku nak dengar. Aku pun nak tahu. Mungkin kita boleh berkongsi dan membaiki cara masing-masing.

20) Perlu ke ini semua? Ini jawapannya YA, PERLU. Nak tahu sebab apa? Jom jumpa. Setuju?


Allah knows best.

X

Julss

20110906

ĀTMAN


As-Salam,

" Saya memutuskan bahwa saya akan bertahan dengan prinsip-prinsip saya. Lebih baik diasingkan daripada menyerah terhadap kemunafikan "

; Soe Hok Gie

X
Julss


20110905

PHOTOG-RA-PH-YA

As-Salam,

Perihal raya. Memang gembira. Berikut gambarajah waktu raya. Upload seketul-seketul. Sebab er saje je ;











X
Julss