20120118

AVOIDANCE MOTIVATION

As-Salam.

1) Keliru betul kebelakangan ini. Keliru dengan rasa sendiri.

2) Kebanyakan hari di habiskan di pejabat. Ini salah satu tuntutan. Tapi kadangnya rasa agak terjengkel. Hingga boleh senaraikan 10 perkara menjengkelkan yang berlaku pada waktu tersebut.

3) Saya cuba menjadi seseorang yang lebih baik. Yang lebih sabar, yang lebih teratur, yang lebih fokus dan yang membaca semua buku-buku yang di beli.

4) Namun saya enggan menjadi seorang yang lebih gemuk. Dan bagi saya gemuk bukan termasuk dalam percubaan untuk menjadi terbaik.

5) Macam biasa, no 4 menjadi perkara mudah untuk berlaku.

6) Saya menegaskan yang saya akan bertahan dan mempertahankan kepercayaan saya.

7) Saya akan lebih banyak mendengar pendapat dan pandangan mereka yang bijak pandai. Atau yang lebih banyak membaca dari saya. Namun saya akan menapis dan menepis sekiranya butirannya tidak saya setujui.

8) Untuk menulis setiap rasa yang saya rasakan setiap detik adalah agak mustahil bagi saya. Kerana, kehidupan saya di penuhi dengan aktiviti yang membataskan kemahuan terhadap penulisan.

9) Mendengar dan mempercayai adalah perkara yang perlu di analisis.

10) Saya terlalu sayangkan kehidupan saya. Dan saya bertegas untuk tidak mempedulikan pandangan negetif terhadap saya, mahupun mereka yang saya kasihi.


Antara perkara aneh berlaku pada waktu pagi. Ya, saya menulis blog secara rawak dan dengan penuh emosi. Namun kosong isinya.

:|

Peluk,

Juls.

20120117

FOR HE'S A JOLLY GOOD FELLOW



Happy Birthday Julissa.

P/S : Cerita 10 Januari lepas. Hadiah paling awesome dalam dunia ( saya ).


X
Juls

20120108

AFEKSI

As-Salam.

Dan Hello.

Kekasih,

Berat untuk aku luahkan segala. Bukan fitrahku bermadah segala. Dan bukan kelebihanku beraturan tiada cela. Kau dan aku nyata berbeza. Namun Pencipta temukan kita. Agar dapat bersama. Mengejar cita, meraikan cinta. Dalam perjuangan yang tiada tarikh luputnya.

Yang Benar,
Serikandi Cintamu



Klasifikasi cinta bagi aku. So...Yeah

X,
Juls

20111215

BETROTHAL







Haritu punya acara. Seterusnya, acara tahun 2012. Mei dan Jun. Insyallah. Doakan lancar. Amin

Terima kasih untuk kawan-kawan yang hadir. Terutama Sophia, Suriya dan Zatul Nadya. Zatul Nadya tak tidur haritu tunggu hingga majlis selesai.

X
Juls