20111103

TRAVEL THROUGH THE LAND

As-Salam.

Sekian lama tak menulis. Bukannya malas. Tapi tak keruan sibuknya. Bila hujung minggu ke sana ke mari pula. Penuhi apa yang perlu di penuhi. Tuntutan kehidupan.

Alhamdulillah. Serunya sudah sampai. Rezeki mengizinkan keramaian. Ini sebenarnya menyeronokkan. Maaf kiranya tingkah laku, bicara dan kehendak melampaui batas. Mungkin tiada alasan untuk jelaskan. Namun ya, keinginan memandu kegigihan.

Doakan segala berjalan lancar.

Dan untuk Kekasih, mungkin kita tidak layak untuk bicara soal ketuhanan, pegangan serta kepercayaan. Mungkin mereka katakan kita bukan orang yang tepat dan kita lakukan ribuan kesilapan. Namun, siapalah mereka untuk menilai. Siapalah mereka untuk memahami kita. Kita ada kita. Dan kita percaya yang mana Tuhan adalah satu. Dan Dia maha memahami dan maha berkuasa. Setiap kuasanya kita rasa.

"And He is Allah , [the only deity] in the heavens and the earth. He knows your secret and what you make public, and He knows that which you earn."
- 6:3 , Surah Al-An'am


X
Julss

20111010

MONENDAY

As-Salam,

Kehadapan mereka yang sentiasa pandang hadapan dan menjadikan pengalaman di masa belakang sebagai pengajaran. Lenguh kaki tangan pinggang dan pinggul. Namun bukanlah mengeluh. Malah bersyukur untuk rezeki yang sebegini.

Mudahan gembiralah sepanjang sisa-sisa tahun 2011 ini dan gembiralah sepanjang tahun hadapan dan seluruh umur. Mudahan Allah mudahkan segala kesulitan.

Mudahan Allah kurniakan kita akal fikiran yang waras, jauhkan kita dari sifat riak dan kurniakan kita jodoh yang berpanjangan.

Selamat Hari Isnin :)

X

20111005

ANGRY BIRDY

As-Salam.

"Of late because of their power and their apparent success they have become arrogant. And arrogant people, like angry people will make mistakes, will forget to think."

-Tun Dr M


X

20110930

HEARING, KNOWING

As-Salam.

Hanya Dia yang maha mendengar, yang mengetahui segala rahsia.

Cuba lelap kerana siangnya terlalu lelah melayan kerenah kerjaya. Percubaan gagal biar dicuba rapatkan mata. Kepala pusing namun akal ligat bercerita. Mengundang pelbagai tanda tanya. Adakah ini sindromnya?

Heh. Sindrom apa nya. Sukarlah nak tidur. Di pejabat Kak Aini kasi resipi untuk tidur nyenyak. Campurkan Apple Cider dengan Madu kedalam segelas air. Minum. Insyallah nyenyak hingga esok. Namun aku terlalu malas nak bangun pergi ke dapur dan buat campuran magic tersebut.

Sifat malas tak berkesudahan. Apa nak jadi?

Gugup tak tentu pasal. Tulah. Siang tadi gelakkan Amer kerana gugup. Nah ambik kau. Waktu sebegini pula turn aku untuk gugup tak tentu pasal. Jujurnya perasaan bercampur-baur. Namun Insyallah, dengan kekuasaan-Nya, semuanya baik-baik belaka.

Walaubagaimana pun. Unnecessarily over researching bisa mengundang penyakit mental. Jadi perlu kawal atau lebih baik berhenti sahaja.

X,
Julss