20090402

NEW PART, SAME ACTION. CEWAH!

Earth Hour. Si adik bergaya poyo.

Merujuk kepada tajuk di atas. Mmg agak lama la jugak kan aku tidak meng-update ceritas kat blog ini. Bukan aku lupakan kau blog. Cuma masa tidak mengizinkan. Aku terlalu seboks.

Sebenarnya ada juga masa-masa yang terluang untuk aku meng-update blog ini. Cuma aku terlalu malas. Atau jari-jemari aku tidak mengizinkan aku manaip terlalu lama (halusinasi belaka).

Maka hari ini, aku bangun dan memasak. Dan tepat jam sepuluh aku bersama Power Rangers Putih bergegas ke MidVal untuk menonton Fast & Furios 4 atau dalam bahasa melayunya Pantas & Garang 4 (Seperti yang tertulis di layar panggung wayang). First day, First show. Aihh kegilaan Power Rangers Putih la ni. Aku ikutkan.

Maka keghairahan menonton cerita itu hanya lebih kepada Power Rangers Putih la kan. Aku hampir ada kosong interest. Cuma kekacakan felakon menyebabkan jiwa ku kacau beberapa ketika. Ahh *Berfantasi 4 minit*

Sebelum-sebelum itu, aku dan Power Rangers Putih menonton Talentime. Memang mengoyak jiwa. Ah sedih gitu. Aku menangis dan dengan macho nya aku sedaya upaya menyembunyikan dari diketahui oleh Power Rangers Putih. Jawapan ialah tidak berhasil. Tapi tak pela cerita nya sangat ........ (tak dapat diungkapkan kerana menakjubkan ) --> bagi aku la kan. ehem ehem.

Dan seterusnya aku diserang selesema dan batuk-batuk. Dan kebarangkalian untuk demam mungkin agak tinggi. *kof kof*


Takpela izinkan aku berehat ya blog. Byes.