Lama tak tulis entri panjang mengurai. Maka dengan segala kegedikan yang bersisa-sisa di jiwa ini, aku merelakan diri sendiri menulis entri panjang. Boooo.
Ok baiklah. Kita mulakan!
Sebenarnya harini, aku cam tersedar apa sebenarnya yang aku suka dalam diri lelaki. Sebelum ni tak ada kriteria khas pun untuk aku mencari lelaki fujaan. Cuma it would be great if he is Kurt Cobain. Bahaha ok abaikan. Eh ape pulak abaikan. Kurt Cobain ni kira macam lelaki pujaan aku dari bangku sekolah lagi. Emo ni. eh eh Zokayyyy. Kita lupakan Kurt Donald Cobain yang mati pada sekitar April 1994 (kot) sob sob sobrie.
Fokus fokus. Owh sebenarnya aku baru menyedari apa yang aku rasa seksi dari seorang lelaki dan ciri idaman tersebut mampu mencairkan lemak-lemak di badanku ini. heh Semestinya selain dari ciri-ciri yang mamat ni ada lah kan, aku sebenarnya berpendapat yang mana seorang lelaki perlu ada karisma tersendiri. Bukan Karisma Kapoor yang tuan puan. Somehow cam kelihatan cool tetapi bukan cold. heh guna kretiviti sendiri lah ye. Dia perlu ada goal dlm hidup dia & tau cmne nak achieve. wah.
Kendian, bagi akulah kan, tak taula bagi kau ke kau ke kau ke kau ke kau ke kau ke kau ke camnekan.. Aku suka jika lelaki bukan jenis yang caring kronik gila. Yakni bagi aku tahap yang annoying gila la kan. Yang jenis, asek nak bersayang-sayang setiap masa, nak kena bertentangan mata ke hape kan, jenis cakap telefon nak berbisik-bisik dan kemudian nak i love u i love u pastu tak reti reti nak letak dann hantar mesej ringkas ditelefon yang jijik-jijik tu terutama bila selamat malam sayangku,kau menyinari ku.. bla bla bla berjanjilah yang kita akan bersama selamanya bla bla.. takpun dalam bahasa inggeris tapi maksud sama ajelah kan.Entahla untuk aku sehari boleh lah macam gini. Hari-hari wa jadi gila. Wa cakap sama lu.
Seterusnya, aku gemar jika lelaki yang kurang bercakap. Mungkin kerna aku banyak sangat nak bercakap kan ///_-
Maksudnya, takdela bisu sangat sampai aku pun tak tahu nak cakap ape kan. Yang jenis bila dia becakap it make sense to me. Bila dia start the conversation, macam sedap je nak join dan tak lah kelihatan dia seperti keanak-anakkan dan memperbodoh-bodohkan diri sendiri. Good at indirect jokes. Tu bonus. Aku suka gila yang sengal-sengal ubi. Comel ok. Tapi bukan dibuat-buat dan keterlaluan. Lalu akibat itu, dia kurang menonjol sebab bakat bercakap dia tapi menonjol sebab kesenyapan dia tu. hah! Lagi satu yang spesis ni selalu jumpe ni, yang jenis bila jumpe in vitual, bapaklah pung pang, bila in reality terus sawan peluh. Becakap pun tak. Tapi vitualnya... opsss terlebih sudah! heh itu den tak berapo nak suko.
Makanya lelaki yang boleh membuat keputusan tetapi tak mementingkan diri sendiri amatlah adinda gemari. wahwah ni susah nak terangkanlah. Malas nak terangkan pun ada jugak. heh
Yang jenis-jenis low profil, tak terlalu menunjuk kebolehan tapi sebenarnye amatlah tegas dan mampu mengwow kan org ramai tu antara yang daku gemarilah. wahawaha
Yang paling utama, yang jenis jadi diri sendiri. Takdela nak berfura-fura jadi orang lain atau fura-fura suka semua benda yang aku suka. Rimas dowh.
Itu jela yang mampu aku fikirkan buat setakat ini. Tambahan pula aku dah macam malas pula nak menaip pepanjang. heh
Dan untuk mamat ni, terima kasih untuk 62 bulan ++ bersama. Terima kasih untuk jadi diri sendiri dan terima kasih untuk jadi BFF aku. Aku tak perlu BFF ramai-ramai pun. Bikin kusut aje. Buat apa ada BFF kalu banyak gila rahsia sesama sendiri dan nak terasa-terasa bagai. Maaf ye tuan puan saya dah bersara dah. Jadi kawan bese-bese ajelah ek heh
The joy of food and money is childish while the joy
of praising God is mature.
Maka yang demikian, Thank You Allah for all nikmat.
Alhamdulillah.
