20100111

BDAY R NATURE'S WAY OF TELLIN US TO EAT MO CAKE

Hujung minggu kelahiran.

Sebtu Ahad semuanya penuh. Tahun ini lain macam sikit. @weirdscyno dan den sememangnya bergembira setiap masa. Kecuali part den hilangkan alat kawalan jauh pemain muzik dalam kenderaanya. Ok itu tak gembira. Tapi yang gembira kembali ialah den lupo den letak dalam beg duit den. Nampak sangat tak de duit. Sampaikan boleh letak remote dalam beg duit. heh

Walaupun macam ada yang di rancang tak berapa menjadi, tapi den bersyukur dan bergembiro aje. Tak de yang kurang. 

Semperna umur den yang ke-24, den nak jejiwang la sikit ya.

Start jiwang. heh

Serima sasih ye @weirdscyno untuk segala. Tapi ang tahu tak, ang tak perlu jadi romantik, ang tak perlu jadi lain macam atau ang tak perlu jadi macam-macam untuk den. Ang hanya perlu jadi ang yang jujur gila bagitau den bilamana ada orang nak buat suprise party kat den, muka slamber gila hulur duit suruh birthday girl pergi beli kek sendiri, muka ketat gila dan beleter macam makcikpengpangpetpot bila masa den hilangkan remote yang tak perlu ada pun takpa padahal ni birthday den ni kenapo ekau garang sangat ni, muka tak bersalah gila meluru ke restoran kegemaran ang yang sebenarnya den memang tak gemar, dan muko sedih gila hulur beg duit untuk den tat kala den nak boli hadiah den sendiri. Apo yang den dapek dari ekau memang apo yang den mahu selamanya. Syukur untuk itu.

Oh dan Paranormal Activity macam tak takut. Tapi takutttt. Apeda, ingat nak romantik, dia nak tengok cita hantu plak. Ni hari lahir siapa tah! ///-_-"\\\

 






Cekaout bibir merah tu. HAH

Semoga tahun ini sama-sama membawa kita kearah kepositifan. Dan untuk @weirdscyno, semoga tahun ini adalah tahun nya. Amin.

Terima kasih untuk Ucapan Selamat Hari Lahir dari semua.

*PELUKBESAR*