20110928

WEOROLD (-ULD)


As-Salam.

Kebelakangan ini sibuknya lain macam. Nak checkidaut aktiviti di Twitter pun dah tak sempat. Banyak juga yang berlaku sekitar bulan Syawal ni. Aku cuba re-cap. Macam tak penting pun. Tapi.. teruskan jelah. Heh

1) Roadtax & Insuran dah tamat. Lubang besar di dompet. Bahana nak pakai kereta macam tu. Ha rasa jelah penangan nya. Itu baru kereta macam tu. Jika kereta yang jenis bukan-bukan, ha pandai-pandailah fikir.

2) Rumah terbuka sana sini. Di kantor sahaja dah berapa kali ada aktiviti makan-makan. Memang yummy kenangkan segala jenis juadah. Makan banyak sikit terkenangkan berat badan. Hah. Konflik antara makanan dan aku. Tak akan berakhir selamanya.

3) Amer bersuara untuk lebih maju ke hadapan dengan pelan-pelan masa depan. Harap di permudahkan. Amin.

4) Baca karya penulisan orang-orang bijak pandai. Rasa diri kerdil.

5) Ke kelas motivasi. Saje je. Nak kutip pengalaman mereka. Cerita bagaimana dia di sisih dan di kelaskan berada dalam dunia sendiri. Dunia yang orang lain belum terokai. Di salah anggap dan di sisihkan. Aku nak ulas pasal ni. Aku ulas di point nombor tujuh.

6) Abah ajak ikut konvoi Kelab Kilat TNB Kuantan Sabtu ni. Ke Johor. Aku dan Amer on aje.

7) Rentetan dari point lima. Ini hanya pendapat aku. Setelah dengar apa yang penceramah cerita. Dan baca beberapa buku. Aku rasa berkeputusan untuk memberi pandangan dan menyimpulkan apa yang aku dengar dan baca.

8) Kalau tak suka apa yang aku simpulkan, bolehlah buat bodoh aje. Lagipun aku tulis bukan untuk kepuasan sesiapa pun. Hanya untuk sendiri dan mereka yang penting.

9)Gambaran mengenai dunia. Luas. Di fikiran aku begitulah. Luas dan banyak yang perlu diterokai. Yang jenis sempit, pernah jumpa tapi tak rasa nak teroka. Mudahan takkan terjerumus. Dunia kita beza-beza. Macam mana bezanya? Apa bezanya? Masing-masing sahaja yang tahu. Pelik kan. Banyak rupanya jenis dunia di dunia. Dunia yang manusia cipta sendiri. Hanya untuk merasa selesa.

10) Ilmu kita pun cetek aje. Aku tak tahu lah ilmu korang. Tapi untuk aku, aku rasakan ilmu yang ada pada aku sekarang cetek aje. Nak kategorikan dunia seseorang memang tak boleh.

11) Buruk betul perangai bila suka hati kelaskan dunia seseorang. Exsekeuis me, awak dah checkidaut ke dunia sebelah sana besar mana? Luas mana? Pernah terfikir tak dunia orang lain lebih elok? Haa tak tahu bukan?

12) "Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu-Nya." [ Surah Thaahaa: 110 ]

13) Manusia cenderung untuk kelaskan dunia manusia lain hanya berlandaskan cerita dari satu pihak sahaja. Yang mana sangatlah bodoh dan tidak matang bagi pandangan aku. Manusia juga cenderung untuk menilai seseorang hanya berdasarkan tahap akademinya sahaja. Bidang canggih-canggih dah kira cerdik pandai. Bijak segala. Fikirlah juga, mungkin yang kurang tahap akademinya miliki akal fikiran yang lebih jelas. Pengalaman hidup yang lebih meluas. Yang membentuk jati diri yang lebih baik. Yang lebih merendah diri berbanding yang belajar tinggi-tinggi tapi terlalu angkuh untuk hormati orang lain.

14) Aku akan beranggapan yang kau baik-baik sahaja orangnya. Hinggalah kau buktikan ianya tidak benar. Lagipun semuanya rahsia pencipta. Kita siapa sahaja untuk tentukan segala? Chillex.

15) Okay itu sahaja rasanya. Kalau tak suka boleh kembali kepada point nombor 8.

Serba kekurangan,

Julss.