As-Salam dan Hello.
Lama tak mengarang. Sibuk tak keruan.
Akhirnya, Alhamdulillah saya dan Amir melangkah satu fasa dalam hubungan kami. Dan Insyallah tahun hadapan kami akan di satukan. Syukur untuk kemudahan, rezeki dan jodoh.
Saya terpanggil untuk mengarang. Mungkin nak jadi garang. Tapi takut sakit batu karang (?) heh
Antara yang berlegar dalam kepala saya adalah :
1) Saya terlalu keliru dengan mereka yang gemar merosakkan bahasa. Bahasa dalam sebaris ayat pun bercelaru. Tapi sibuk laungkan "Cintailah Bahasa Kebangsaan". Tapi yelahkan. Manusia berubah. Nanti-nanti eloklah tu.
2) Saya terlalu keliru dengan mereka yang seronok bila dia rasa kita kesusahan. Hanya sekadar dengar-dengar dari orang lain, mereka menyimpulkan yang kami kesusahan dan tak gembira. Senyum meleret hingga ke telinga. Tapi yelahkan. Manusia berubah. Nanti-nanti eloklah tu.
3) Saya terlalu keliru dengan diri sendiri yang telalu rindukan rakan-rakan sebaya. Tapi yelahkan. Manusia berubah. Nanti-nanti eloklah tu.
4) Saya terlalu keliru dengan mereka yang terlalu taksub dengan kerja sendiri. Hingga naik meluat saya di buatnya. Saya cuba biarkan sahaja obsesi mereka namun gagal. Mereka mengaku yang mereka bukan kebudakkan. Namun, sigh. Tapi yelahkan. Manusia berubah. Nanti-nanti eloklah tu.
5) Saya terlalu keliru dengan manusia dan segala perkara di sekeliling mereka. Jadi apa yang saya perlu buat adalah saya perlu buat diri saya tidak terkeliru. Macam mana tu? Entah saya belum pasti.
6) Untuk Amir, terima kasih kerana sudi melayani kekeliruan saya. Saya janjikan awak sesuatu yang terbaik. Yang akan benarkan kita berdua menjejakkan kaki di Jannah Tuhan (InsyaAllah). Mereka tidak tahu. Tapi Tuhan tahu. Saya percaya yang Tuhan memahami segalanya.
7) Saya berdoa segalanya berjalan lancar bagi Julissa dan Amir.
8) Bantu saya dengan sama-sama mohon untuk item number 7. Terima kasih. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya :)
X
Julis
