20090426

BEZA ANTARA RAMBUT DAN BULU. HERM

Akhirnya. Aku dah tuntuing rambuts.

Niat dihati nak tunting rambuts cenggini.

Google Image

Tapi akhirnya menjadi lebih kepada ini.

Google Image

Power Rangers Putih : Pendeknye. Lebih pendek dari rambut Power Rangers Putih.

Kami lepak dan berjumpa rakan-rakannya, dan dia memperkenalkan aku sebagai Joey. Herm. Mujur nama cute. Jika tidak aku mengajuk 45minit. Dan mujur dua-peralatan-yang-hanya-ada-pada-wanita-sahaja ini membezakan aku dan kaum serumpun Power Rangers Putih.

Jika tidak...

Maaf aku terlalu malas untuk berfikir.

p/s: Jika rajin nnt aku uploadkan gambar sebenarku. Buat masa sekarang, bergembiralah dengan gambar aku diatas.

Maaf aku dusta semata. Itu bukan aku. Mungkin aku akan jadi sekurus itu jika aku lupakan santapan malam yang aku sering ambil. herm

20090424

FOR NO ONE ELSE

weheartit

Walaupun kondisi pershentaan kami di tahap yang baik sentiasa. Namun kadang kala aku rase terlalu tergedik-gedik meraih shentanya. Biarpun sememangnya Power Rangers Putih sememangnya sifar perasaan. Tapi kadang-kala aku meruntun-runtun mahu di manjakan.

Owhh aku memang gediks. Dem.

20090423

BELUM MATI

ffffound

Nak tunting rembuts rasa.

Herm.

20090402

NEW PART, SAME ACTION. CEWAH!

Earth Hour. Si adik bergaya poyo.

Merujuk kepada tajuk di atas. Mmg agak lama la jugak kan aku tidak meng-update ceritas kat blog ini. Bukan aku lupakan kau blog. Cuma masa tidak mengizinkan. Aku terlalu seboks.

Sebenarnya ada juga masa-masa yang terluang untuk aku meng-update blog ini. Cuma aku terlalu malas. Atau jari-jemari aku tidak mengizinkan aku manaip terlalu lama (halusinasi belaka).

Maka hari ini, aku bangun dan memasak. Dan tepat jam sepuluh aku bersama Power Rangers Putih bergegas ke MidVal untuk menonton Fast & Furios 4 atau dalam bahasa melayunya Pantas & Garang 4 (Seperti yang tertulis di layar panggung wayang). First day, First show. Aihh kegilaan Power Rangers Putih la ni. Aku ikutkan.

Maka keghairahan menonton cerita itu hanya lebih kepada Power Rangers Putih la kan. Aku hampir ada kosong interest. Cuma kekacakan felakon menyebabkan jiwa ku kacau beberapa ketika. Ahh *Berfantasi 4 minit*

Sebelum-sebelum itu, aku dan Power Rangers Putih menonton Talentime. Memang mengoyak jiwa. Ah sedih gitu. Aku menangis dan dengan macho nya aku sedaya upaya menyembunyikan dari diketahui oleh Power Rangers Putih. Jawapan ialah tidak berhasil. Tapi tak pela cerita nya sangat ........ (tak dapat diungkapkan kerana menakjubkan ) --> bagi aku la kan. ehem ehem.

Dan seterusnya aku diserang selesema dan batuk-batuk. Dan kebarangkalian untuk demam mungkin agak tinggi. *kof kof*


Takpela izinkan aku berehat ya blog. Byes.