20110807

FILANTROPI

Philein Antrhropos.

Biar ikhlas perbuatannya. Biar tulus niatnya.
Biar bulat tekadnya. Biar bahagia itu milik kita selamanya.
Tanpa was-was. Tanpa takut-takut. Tanpa risau-risau. Tanpa malu-malu.
Kata mereka. Romeo tak kan bisa hidup tanpa Julietnya. Mati jiwa. Merana lara.
Anggungnya cinta. Hingga satu dunia tahu kewujudannya.
Ku harap kita sama. Kerana aku tetap mengekor hingga ke hujung dunia.
Hingga hujung nyawa.


Lapar punya pasal. Tiba-tiba.

X

20110804

أمير


As-salam.

Selamat petang rakan taulan.

Puasa nombor empat. Jalan raya pun turut sama sesak semacam setiap kali waktu pulang dari kantor. Pagi pun sama. Ke Bazaar Ramadhan pun sama. Rungutan.
A-ih.

Sebut pasal A-ih, aku nekad tukar jadual perjalanan pergi dan pulang dari pejabat. Sampai awal, pulang pun awal. Formula senang.
Yah-oo.

Sebut pasal Yah-oo, esok aku pulang ke Kuantan. Jumpa masakan Abah dan Mummy. Eh silap. Jumpa Abah dan Mummy. Tunggu ye Haziq. Kakak Abang dan Abang Amir pulang.
Kita sama-sama pergi layan perasaan.

Sebut pasal layan perasaan, susah aku nak terangkan. Kucar kacir kadang-kadang. Cuba untuk tidak menghakimi sesiapa, tapi kadang-kadang gagal. Cuma aku simpan kemas-kemas dalam hati/minda apa yang aku rasa.
Tipu je.

Sebut pasal tipu je, aku sebenarnya simpan dalam minda seorang Adam (atau kat mana-manalah si Adam simpan). Kasi si Adam simpan dan rasa apa aku rasa. Kerana aku perlukan seseorang yang boleh mendengar dan memngeluarkan pendapatnya sendiri. Tanpa kelihatan bodoh atau keanak-anakan. Aku perlukan perbualan dua hala. Aku perlukan pendapat yang rasional. Aku perlukan seorang yang boleh memberi jawapan kepada semua persoalan logik/tak logik yang aku tanya. Aku perlukan seorang yang sekurang-kurangnya cuba memberi jawapan walaupun jawapan nya salah. Aku perlukan pengkritik yang jujur. Aku perlukan seorang yang bersahaja. Aku perlukan seorang yang mudah untuk di ajak berdiskusi dan berbahas. Isu Semasa, Sekitar, Musik, Filem, Matematik (Soal duit), Agama, Politik, juga apa sahaja. Mempunyai cita rasa tersendiri tanpa terikut-ikut dengan keadaan semasa / orang lain / aku. Tidak berpura-pura. Garang. Misteri. Selain gigi jarang-jarang. Kurus. Bontot tipis. Ini semua bonus.

Syukur Ya Allah.

DIA ada semuanya.

X

20110802

QADR

21 July
KLPAC, Indicine Hall,
Jalan Strachan, Sentul.

A Tribute To Yasmin Ahmad


Khamis malam. Amer dan aku. Ke KLPAC. Di pertontonkan iklan-iklan yang pernah Arwah hasilkan. Meruntun jiwa.

Jujurnya bilamana menonton dalam gelap, menangis teresak pun tak sedar. Semuanya menyentuh hati. Terpersona menonton magic nya idea sang pereka.

Menyentuh jiwa dengan cara bersahaja dan tak terlalu berusaha memikat rasa.

AL-FATIHAH

X

20110801

RAMADHONA II

Alahai terlupa nak buat ucapan sebenarnya. Mengantuk sangat. Lupa semua perkara.

Okay. Di kesempatan ini, saya dan pasangan (ecewah) ingin mengucapkan (suara latar ramai-ramai serentak) ;

" SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM.
SEMOGA AMALAN KITA DI TERIMA OLEH YANG MAHA ESA "

Dan ucapan yang lebih ringan pula ;

" JANGAN KOREK HIDUNG DI SIANG HARI PADA BULAN PUASA "

Okay. Itu sahaja. Saya sudahi dengan ucapan (ramai-ramai) ;

" WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH"

Sekian Terima Kasih.

Oh oh ni satu lagi ;

Teho hais limau. Atau nama saitifik omputihnya Ice Lemon Tea. Idaman aku pada hari ini. Ok kali ini real.

Sekian Terima Kasih.

X