20110804

أمير


As-salam.

Selamat petang rakan taulan.

Puasa nombor empat. Jalan raya pun turut sama sesak semacam setiap kali waktu pulang dari kantor. Pagi pun sama. Ke Bazaar Ramadhan pun sama. Rungutan.
A-ih.

Sebut pasal A-ih, aku nekad tukar jadual perjalanan pergi dan pulang dari pejabat. Sampai awal, pulang pun awal. Formula senang.
Yah-oo.

Sebut pasal Yah-oo, esok aku pulang ke Kuantan. Jumpa masakan Abah dan Mummy. Eh silap. Jumpa Abah dan Mummy. Tunggu ye Haziq. Kakak Abang dan Abang Amir pulang.
Kita sama-sama pergi layan perasaan.

Sebut pasal layan perasaan, susah aku nak terangkan. Kucar kacir kadang-kadang. Cuba untuk tidak menghakimi sesiapa, tapi kadang-kadang gagal. Cuma aku simpan kemas-kemas dalam hati/minda apa yang aku rasa.
Tipu je.

Sebut pasal tipu je, aku sebenarnya simpan dalam minda seorang Adam (atau kat mana-manalah si Adam simpan). Kasi si Adam simpan dan rasa apa aku rasa. Kerana aku perlukan seseorang yang boleh mendengar dan memngeluarkan pendapatnya sendiri. Tanpa kelihatan bodoh atau keanak-anakan. Aku perlukan perbualan dua hala. Aku perlukan pendapat yang rasional. Aku perlukan seorang yang boleh memberi jawapan kepada semua persoalan logik/tak logik yang aku tanya. Aku perlukan seorang yang sekurang-kurangnya cuba memberi jawapan walaupun jawapan nya salah. Aku perlukan pengkritik yang jujur. Aku perlukan seorang yang bersahaja. Aku perlukan seorang yang mudah untuk di ajak berdiskusi dan berbahas. Isu Semasa, Sekitar, Musik, Filem, Matematik (Soal duit), Agama, Politik, juga apa sahaja. Mempunyai cita rasa tersendiri tanpa terikut-ikut dengan keadaan semasa / orang lain / aku. Tidak berpura-pura. Garang. Misteri. Selain gigi jarang-jarang. Kurus. Bontot tipis. Ini semua bonus.

Syukur Ya Allah.

DIA ada semuanya.

X