20110801

RAMADHONA

As-Salam.

Bulan Ramadhan. Hari Pertama.

Kalau imbau balik, Ramadhan tahun lepas paling mencabar. Pelbagai dugaan dan cubaan. Alhamdulillah semua nya di lalui dengan cekal bersama Awak-Tahu-Awak-Siapa (hehu).

Tapi kalau tak kerana Ramadhan tahun lepas, tak ada lah kita capai apa yang kita ada sekarang. Betul tak Awak? Alhamdulillah.

Mudah-mudahan tahun ini kita bersama-sama melalui satu lagi Ramadhan dengan jaya dan cemerlangnya! Baru pukul 11, otak dah ligat fikir nak pergi Bazaar Ramadhan kat mana. Di kantor pun orang kurang. Kebanyakannya balik kampung sambut Ramadhan pertama bersama keluarga. Aku. Aku pulang Kuantan minggu ini. Tunggu ya Kuantan.

Walau umur dah bercambah, Abah tetap call pukul 430 pagi suruh bangun sahur. Tak suruh kejutkan pun. Tapi tahlah. Terasa manja.

Jujurnya, mengantuk ni. Ada kerja nak kena buat. Tapi mengantuk. Oklah nak pejam mata lah selama beberapa minit. Byes

XX