20120212

CENDAYAM



As-Salam,

Malam-malam begini, penulis rasa nyaman. Aku berhenti menulis beberapa ketika, terlalu banyak perkara perlu di fokuskan. Seperti biasa hidup di jalani dengan gembira. Biarpun ada sahaja halangan, namun aku cuba enjoy.

Tolak tepi rasa gundah gulana. Tolak tepi rasa tidak berdaya.

Setiap detik amat berharga.

Takdir Tuhan disampaikan dengan pelbagai cara :

1) Aku berjumpa sahabat lama. Sayang tidak mengenali mereka dalam jangka terdahulu. Namun bersyukur ada kesempatan mengenali mereka.

2) Perkongsian pendapat secara positif. Energi positif seperti mengalir deras tiap kali dengar pendapat mereka.

3) Mencetuskan kembali sifat adventures.

4) Membuka mata kami akan wujudnya sesuatu yang selama ini hanya bermain di minda kami sahaja.

5) Aku tertanya bagaimana si Isteri survive dalam persekitaran yang sangat negetif.

6) Dia somehow kuat semangat orangnya.

7) Aku tertanya bangaima si Isteri survive bilamana suami sering keluar daerah.

8) Rujuk nombor 6.

9) Aku kagum, hormat dan gembira berkenalan dan bersahabat bersama mereka.

10) Alhamdulillah.



X

Juls

20120126

OFFICE GUY



Compliance and Process
New Media

Boss - Iffah - Julis


X,
Juls

20120124

ARCHETYPAL LOVERS






" We'll be playing and having fun and it makes me feel so fine
I can't control my brain "

Hip Hip



X
Juls

20120119

LAHYK

Perkara yang kita suka dan perkara yang kita tidak suka.

Bukan semua perkara yang kita suka akan di sukai oleh orang ramai juga. Contohnya, kita suka menunjuk-nunjuk kehebatan (konteks : kekayaan mahupun kebijaksanaan) tapi orang lain tak suka. Sebenarnya, bukan tak suka, cuma tak selesa agaknya.

Kebijaksanaan mahupun kekayaan yang ada bukan jambatan bagi sesorang untuk bermegah. Megah membuatkan diri alpa. Hingga ke tahap sukar di tegur. Di sangka cerdik. Tetapi jadinya bodoh. Kerana terlalu sombong untuk menerima pendapatan orang lain.

Aku tak kisah di anggap tidak bijaksana, kerana bagi aku, bijaksana sangat luas definasinya. Dan kau siapa sahaja untuk mengukur kebijaksanaan orang lain? Dan ya, bukan segala pekara kita ( jenis yang pandai-pandai belaka ) boleh selesaikan. Lupakah? Yang semuanya manusia biasa. Jadi ya, toleh kiri kanan dan mungkin bertaubat sikit kot? Atau merendah diri sikit lah kotnya. Ke tak? Terpulang lah.

Perkara yang kita tak suka pula bukan semua orang akan tak suka juga.

Dan perkara yang kita tak suka boleh rosakkan minda dan hati kita dan membuatkan kita negetif sepanjang masa. Sedih kan? Biasalah Manusia.

So yeahhhhh :|


X
Juls