As-Salam.
1) Keliru betul kebelakangan ini. Keliru dengan rasa sendiri.
2) Kebanyakan hari di habiskan di pejabat. Ini salah satu tuntutan. Tapi kadangnya rasa agak terjengkel. Hingga boleh senaraikan 10 perkara menjengkelkan yang berlaku pada waktu tersebut.
3) Saya cuba menjadi seseorang yang lebih baik. Yang lebih sabar, yang lebih teratur, yang lebih fokus dan yang membaca semua buku-buku yang di beli.
4) Namun saya enggan menjadi seorang yang lebih gemuk. Dan bagi saya gemuk bukan termasuk dalam percubaan untuk menjadi terbaik.
5) Macam biasa, no 4 menjadi perkara mudah untuk berlaku.
6) Saya menegaskan yang saya akan bertahan dan mempertahankan kepercayaan saya.
7) Saya akan lebih banyak mendengar pendapat dan pandangan mereka yang bijak pandai. Atau yang lebih banyak membaca dari saya. Namun saya akan menapis dan menepis sekiranya butirannya tidak saya setujui.
8) Untuk menulis setiap rasa yang saya rasakan setiap detik adalah agak mustahil bagi saya. Kerana, kehidupan saya di penuhi dengan aktiviti yang membataskan kemahuan terhadap penulisan.
9) Mendengar dan mempercayai adalah perkara yang perlu di analisis.
10) Saya terlalu sayangkan kehidupan saya. Dan saya bertegas untuk tidak mempedulikan pandangan negetif terhadap saya, mahupun mereka yang saya kasihi.
Antara perkara aneh berlaku pada waktu pagi. Ya, saya menulis blog secara rawak dan dengan penuh emosi. Namun kosong isinya.
:|
Peluk,
Juls.