20110712

HELLO CONSCIENCE

Hai.

" In psychological terms conscience is often described as leading to feelings of remorse when a human commits actions that go against his/her moral values and to feelings of rectitude or integrity when actions conform to such norms. "

Aku terhakimi sepasang kekasih. Di klinik. Pagi tadi. Maaf. Tapi aku tak mampu nak menahan fikiran dan hati dari mengulas. Mungkin kerana klinik cuma ada aku dan mereka. Serta seorang ahli farmasis.

Bermula.

"Saya sayang awak. Kalau saya nak apa-apa awak belanja. Awak usahakan. Awak faham saya bila saya perlukan apa-apa." Ujar Hawa.

Adam hanya tersenyum. Angguk-angguk.

Barangkali terlalu lemah untuk membalas. Demam agaknya. Atau dia sedar yang aku mendengar perbualan mereka. Salah satulah.

Kiranya, Adam tak mampu memenuhi kehendak Hawa. Tak mampu manabur wang ringgit untuk Hawa. Adakah Hawa masih setia padanya? Adakah Hawa masih sayang padanya? Wujudkah cinta Hawa untuk Adam? Masih samakah layanan Hawa kepada Adam?

Otak aku berteka-teki. Adakah perlu cinta dibina dan diukur dari segi kemampuan material seseorang? Padamkah api cinta kiranya tiada baja material untuk ditabur di atas benih yang di panggil cinta?

Cinta zaman sekarang agaknya. Tak ada duit nak makan guna apa kan? Cinta dan kasih sayang bukan boleh beli beras secupak dua pun.

" Ligat berfikir seketika. Di hitung dan di kira. Bimbang aku jua sama. Atau dia turut serta. Di timba dalam beberapa ketika, rasanya tidak sebegitu rupa. Jika material ukurannya. Dah lama aku ditinggalkan merana.

Mungkin cara bercinta manusia berbeza-beza. Ada pelbagai rupa. Tak boleh dibandingkan dengan cereka. Doakan yang terbaik untuk semua. Mudahan Allah lindungi jiwa kita. "

Aku pergi klinik sebab cirit birit dari semalam. Kemudian pagi ni demam tak tentu hala. Tengahari masuk office juga. Kalau layankan sakit, konfirm melarat.

Mainan fikiran orang sakit.

Macam terlebih sensitif sebab lenguh otot.

Byes.


20110711

:'O

Sepanjang pagi sampai ke kantor. Aku mengomel tak berhenti. Dalam hati jela. Heh

Sakit kepala. Sakit gigi. Sakit perut. Sakit hati rasa. Nak berjalan ke klinik pun rasa malas. Sakit dalam satu masa. Mungkin tanda-tanda demam.

Tiba-tiba tah macamana tangan terclick satu link. Terus termuhasabah diri :|

"Do not slander fever, because it takes away many wrong actions, just as the blacksmith's bellows remove dross and impurities from iron."
[ Sahih Muslim ]

Err skeri la juga. Laptop aku ni terlalu canggih ke sampai boleh sedarkan aku? Seolah-olah laptop dapat detect "O o pemilik aku (yang cute) ni dah nak terpesong ni. Hulurkan bantuannnnn. Kamoooooon" :|

Bila guna fikiran aku yang waras, aku yakinkan diri ini semua takdir Allah. Ketentuan Ilahi. Kehebatan Allah :')

Tapi ini benar-benar Wah! Hebatnya!

TICKET TO RIDE

Salam dan Hello.

Hujung minggu.

Sabtu 9/7.
Mulanya malas nak keluar pasal bimbang jalan sesak. Ternyata meleset. Ibu kota mungkin sesak. Namun sekitar kawasan Bangsar dan menghala ke Mid Valley, memang sangat sangat dan tersangatlah lengang. Jalan biasa ke kantor lancar lain macam. Kan best jika setiap hari pun macam tu.




Gambarajah di atas menunjukkan kawasan parking Mid Valley yang semua duk bising paling susah nak dapat parking la. Ramai sangat orang atau banyak sangat kenderaan. Sabtu lepas lengang. Boleh golek dari kiri ke kanan. Tapi aku tak buat lah. Sebab er sebab kalau buat kebarangkalian Amer tinggalkan aku sendirian di situ amatlah cerah. (Heh)


Seterusnya hari Ahad 10/7.
Siang nya ada Majlis makan-makan di rumah Wan di Ampang. Wan masak nasi beriyani (kot) dan sekaligus dengan sambutan hari lahir Amer, Danial dan Wan sendiri. Aku walaubagaimanapun terlupa nak tanya umur Wan berapa tahun. Tak berapa prihatin di situ. (Tsk)

Tiada gambarajah. Terlalu sibuk makan dan tolong ( baca:makan ). Oh Oh dan terlalu sibuk layankan 13 cucu Wan yang lain (tak termasuk yang kecil dan tak mahu orang lain pangku kecuali ibubapa sendiri) Oh dan tak termasuk juga budak laki-laki yang ikut Amer pergi main bola kat luar rumah. Alahmak berapa jumlah sebenar eh :|

Malam. Ke Citta Mall. Wondermilk Cuppacakes Show. Sempat tengok Capoeira. Dan jumpa Ami dan Naz dan Yanny.

Oh oh dan Kak Aini rakan sejawatan. Rumah Kak Aini depan Citta. Pergi Citta jalan kaki. Anak-anak pakai seluar tidur je. Semua comel-comel. Semua comel-comel. Comel-comel.








Itu booth Ami. Selain tu boleh jelajah sini untuk shoping koleksi yang cantik menarik kedebom.

<3

Byes.



20110709

THE RISING DAWN


In The Name of God, The Most Beneficent & Most Merciful


Say, "I seek refuge in the Lord of daybreak
From the evil of that which He created
And from the evil of darkness when it settles
And from the evil of the blowers in knots
And from the evil of an envier when he envies."



Surat Al-Falaq (The Daybreak)